//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

Cerita Diet

5 Tip Turunkan Berat Badan Khas Buat Lelaki Gemuk

Lelaki paling gemuk di China nekad menguruskan badan selepas rasa malu dan terhina

Seorang pemuda yang pernah memegang gelaran lelaki tergemuk di China, nekad menguruskan badan selepas berasa teramat malu dan terhina selepas diusung menggunakan troli ke hospital kerana saiz badannya yang terlalu besar dan tidak muat untuk menaiki ambulans pada 2010. Berat badan Liang Yong, 26, yang sebelum ini mencecah 225 kilogram, kini berjaya susut sebanyak 78.6 kilogram kepada 146.4 kilogram selepas lima tahun mengikuti program diet anjuran sebuah hospital di Chongqing, barat daya China.

Jadi, abang-abang ‘terlebih sado’ di luar sana tu…tak rasa tercabar ke dengan kegigihan lelaki ini menyingkirkan lemak-lemaknya? Jangan tunggu sampai anda dimalukan, baru rasa menyesal tak sudah.

Post kali ini khusus untuk lelaki debab, gemuk, buncit, boroi dan seumpamanya. Jika anda ingin kelihatan sihat, segak, cergas, kacak dan lebih maskulin, bersemangatlah ikuti 5 tip untuk kuruskan badan yang akan kami kongsikan. [continue reading…]

Idamkan Perut Rata, Amalkan 9 Kaedah Ini

Perut merupakan pusat utama bagi kebanyakan penyakit dan ubat atau rawatan yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal pemakanan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”

Tabiat terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Sindrom berlakunya kerengsaan usus ini menandakan bahawa anda mungkin mengalami ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita. Apakah simptom-simpton tersebut?

[continue reading…]

Amalkan 5 Langkah Ini Untuk Elakkan Penyakit Kronik

Memiliki kualiti hidup yang sihat dan sejahtera serta bebas daripada penyakit berbahaya merupakan impian setiap orang. Isu ini sering kali diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat di mana mengamalkan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu mendapat kelangsungan hidup yang lebih lama mahupun sihat sepanjang hayatnya. Terdapat banya pendapat berkaitan dengan gaya hidup sihat. Jadi, kami kongsikan kepada anda lima langkah mudah untuk hidup sihat yang boleh kita sama-sama amalkan mulai dari saat ini. [continue reading…]

Padah Nak Kurus! Lelaki Ini Hampir Mati Disebabkan Pil Diet

Lewis-Bron-diet-pi_2623129a

Kerana terlalu taasub mahukan bentuk badan sasa, seorang bapa nyaris maut disebabkan terlebih dos pil diet yang menyebabkan badannya ‘masak’ dari dalam.

Lewis Brown, 25, mula mengunjungi gim untuk tujuan kesihatan, tetapi lama-kelamaan semakin obses dan makan steroid untuk mencapai berat badan sekitar 95 kilogram. [continue reading…]