Diari Kurus

Makanan Diet

9 Tips Ini Harus Diberi Perhatian Jika Anda Cuba Untuk Hamil

1

Jika anda sedang merancang untuk hamil tidak lama lagi, anda mungkin sedar bahawa kesihatan anda akan menjadi penting dalam kedua-dua peringkat iaitu pada tahap merancang untuk hamil serta sewaktu kehamilan itu sendiri.

Ramai wanita diberi cadangan oleh doktor mengenai cara untuk menjaga diri sendiri, tetapi kadang-kadang nasihat kesihatan yang bermanfaat ini boleh terlepas pandang atau tidak disebut oleh sesetengah doktor.

Berikut 9 tips kesihatan yang anda perlu tahu untuk diberi perhatian jika anda cuba untuk hamil dan mahu meningkatkan kesihatan anda serta mengoptimumkan peluang anda untuk hamil.

Tips ini juga berguna untuk semua wanita tanpa mengira usia dan ia dengan mudah boleh dimasukkan ke dalam diet harian anda sahaja.

Continue Reading ➞

7 Makanan Sihat Dan Sedap Untuk Merawat Tekanan Darah Tinggi

Darah tinggi membunuh secara senyap!

Ia pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk seluruh dunia.

Tekanan darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack), lemah jantung (heart failure) dan kegagalan buah pinggang.

Makanan yang anda makan dengan ketara ia memberi kesan terhadap tahap kesihatan tekanan darah anda; ubat-ubatan juga turut memberi impak kepada kesihatan anda keseluruhannya.

Jika berterusan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan batu karang, penyakit arteri koronari, kehilangan ingatan, serangan jantung, strok, kehilangan penglihatan, dan banyak lagi yang anda tidak jangka!

Continue Reading ➞

11 Gaya Hidup Ini Akan Turunkan Berat Badan Tanpa Anda Sedari. Jom ubah!

Diet dilakukan memang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Tapi kebanyakan orang gagal meneruskan proses diet atau dengan erti kata lain tidak konsisten. Cara mudah untuk anda turunkan berat badan adalah dengan perbetulkan amalan gaya hidup anda. Kerana gaya hidup menjadi satu kebiasaan dan ia akan membuat anda tidak rasa terbeban untuk diet semata-mata.

Apa yang kita perlu untuk penurunan berat badan yang optimum bukanlah mengurangkan pengambilan kalori semata-mata; kita memerlukan satu gaya hidup sebagai penyelesaian yang akan menyokong usaha kita supaya lebih mudah.

Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang melibatkan diri dalam gaya hidup tertentu dapat menurunkan berat badan lebih mudah dan lebih semulajadi daripada yang lain.

Continue Reading ➞

5 Minuman Panas Ini Berkesan Untuk Bantu Anda Kurus

Setiap wanita mengidamkan berat badan yang ideal. Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu anda ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah. Yang paling penting SELAMAT. Ada cara yang boleh anda amalkan untuk menurunkan berat badan tanpa diet.

Jika anda tidak mempunyai banyak waktu untuk selitkan senaman sebagai rutin harian, anda pasti berminat untuk mencuba minuman panas ini bagi membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Sebenarnya ada beberapa jenis minuman panas yang ramai orang tidak tahu ia mampu menjadikan anda kurus tanpa perlu bersusah payah. Ia tidak hanya sedap diminum tetapi juga boleh menghilangkan lemak dalam badan, dan membuat anda tampil ramping. Minuman panas apakah itu? Jom kenalpasti.

Continue Reading ➞

5 Tips Mudah Untuk Cepat Kurus 2017

Time to start that diet

Apabila menyebut tentang penurunan berat badan, satu-satunya cara untuk ia hilang adalah dengan anda percaya dan usaha, walaupun perubahan itu slow and steady!

Anda akan berdepan dengan konflik, bila mana anda perlu untuk menurunkan berat badan dengan SEGERA. Contohnya seperti ketika anda perlu menghadiri peristiwa penting seperti majlis perkahwinan atau reunion sekolah.

Jika anda perasan, para atlet dan selebriti mampu mengurangkan berat badan dengan cepat. Sebagai contoh, peninju MMA secara strategik mampu mengurangkan dan menambah berat badan dalam masa beberapa hari sebelum pertandingan malah Beyonce juga pernah turunkan berat 9kg dalam 2 minggu untuk satu watak filem.

Bagaimana mereka melakukan ini?

Continue Reading ➞

7 Cara Semulajadi Untuk Melawan Selsema

selsema

Setiap kali jatuh sakit, kita akan berasa menyesal untuk tidak menghargai apa yang dikatakan nikmat kesihatan. Jadi jangan mengambil mudah tentang kesihatan walaupun ia nampak remeh. Apabila anda ada nikmat kesihatan itu – jagalah ia seeloknya.

Walau bagaimanapun, ia tidak mudah. Selsema adalah hasil daripada influenza, virus jahat yang boleh menyerang saluran pernafasan anda. Ia biasanya merebak  melalui udara dari seorang ke seorang, jadi anda tidak akan tahu bila ia mungkin menyerang.

Tetapi anda mungkin tidak mahu menyimpan stok ubat selsema sejumlah yang besar dari farmasi yang mana mungkin mengandungi bahan kimia pada label. Pada musim ini, anda perlu mendapatkan maklumat lanjut cara semulajadi untuk melawan selsema.

Untuk menjadikan ia lebih mudah, kami telah senaraikan 7 cara semulajadi untuk anda menjaga kesihatan anda semasa musim selsema. Continue Reading ➞

5 Jenis Makanan Ini Membantu Anda ‘Recover’ Lebih Cepat Selepas Senaman

senaman

Setiap kali selepas melakukan senaman, anda mesti penat dan hilang tenaga kan? Untuk kembali fokus dan meneruskan pekerjaan anda, anda perlu pulihkan tenaga secepat mungkin untuk anda terus bersemangat.

Apa yang anda ambil setiap kali sebelum anda memasuki gym, angkat berat, atau lakukan amalan yoga secara langsung memberi kesan terhadap prestasi senaman anda, tetapi makanan yang anda ambil sebelum melakukan senaman tidak penting bagi program senaman anda. Sebenarnya, yang paling penting adalah makanan yang anda ambil selepas senaman.

Individu yang makan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat dalam masa satu jam selepas senaman akan kembali pulih dengan lebih cepat berbanding mereka yang skip makan selepas senaman keseluruhannya.

5 Pilihan Makanan Sihat Untuk Pemulihan Pasca Senaman

Berikut adalah 5 makanan yang anda boleh makan dan akan membantu anda pulih dengan lebih cepat selepas senaman yang anda lakukan. Makanan-makanan ini juga akan membantu mengurangkan keradangan dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Pendek kata, ini adalah satu keuntungan untuk kita semua dan ia adalah sesuatu yang harus dicuba.

Continue Reading ➞

Anda Selalu Berasa Lapar? 7 Penyebab Utama Dan Cara Berkesan Mengatasinya

makan banyak

Adakah anda pernah duduk dalam keadaan yang tenang dan sunyi dikelilingi orang-orang tetapi perut anda merintih minta diisi dan memalukan bagi semua orang untuk mendengar?

Walaupun anda cuba untuk mengabaikannnya, sebenarnya secara rahsia anda sedang melawan perasaan yang tidak selesa dengan perut kosong, hampir tidak mampu untuk memberi perhatian, dan berkhayal tentang makanan yang sedap-sedap.

Kemudian anda sedar bahawa anda mendapati diri anda berada dalam situasi begini terlalu kerap. Mengapa anda sentiasa lapar?

“Kelaparan adalah keperluan fisiologi terhadap kalori, garam, dan air, dan ia didorong oleh gabungan faktor, termasuklah diet anda, hormon selera makan, dan juga faktor-faktor emosi, seperti tekanan,” kata Maggie Moon, RD, pakar pemakanan yang berpusat di Los Angeles. Continue Reading ➞

Pelan 30 Hari: Mudah Untuk Diamalkan Supaya Anda Berhenti Mengambil Gula

gula

Adakah anda berfikir hidup hanya satu hari tanpa gula menakutkan anda?

Secara jujur, kami tidak akan menyalahkan anda jika ia benar. Kerana pakar pemakanan juga bergelut dengan ketagihan gula.

Gula adalah satu komponen penting dalam diet kita, sama ada kita mahu mengaku atau tidak, kerana ia tersembunyi dalam segala-galanya. Jadi, jika anda akhirnya bersedia untuk berhenti mengambil gula demi kesihatan anda yang lebih baik, kami cadangkan anda mula mengikuti pelan 30 hari kami bermula hari ini.

Dengan mengambil laluan ini, anda akan melihat banyak faedah untuk memastikan anda cukup bermotivasi untuk terus berada di jalan yang sihat ini.

Hidup Tanpa Gula (a.k.a Faedah Berhenti Gula)

Continue Reading ➞

5 Manfaat Air Putih Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

tips kurus

Air merupakan salah satu sumber semulajadi yang paling kaya dan mudah didapati. Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Banyak meminum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, sirap bandung atau segala jenis minuman yang manis-manis.

Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, yang mana rupa fizikalnya dan rasanya adalah seperti air. Air apakah itu? Tentulah “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong” atau “Air Putih”. Bukan air manis ya.

air manis

Tetapi adakah anda tahu bahawa dengan hanya minum air mengikut pelan air yang betul boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan?

Continue Reading ➞