Diari Kurus

Panduan

5 Menu Salad Yang Tidak Digalakkan Makan Ketika Diet

young-smiling-man-eating-a-saladHai, lunch makan apa? Ada yang makan salad sahaja ke? Salad sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana mengandungi serat (fiber) yang tinggi. Lagipun ketika berdiet memang amat kita digalakkan agar mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Salah satu makanan yang yang biasa dimakan orang-orang yang sedang berdiet adalah salad. Ya, dalam semangkuk salad, semua keperluan nutrisi sudah mencukupi. Namun begitu, benarkah dakwaan bahawa berdiet dengan salad merupakan antara makanan yang sesuai, sihat dan seimbang?

1

Sebenarnya tidak semua jenis salad dibolehkan atau disarankan untuk diambil ketika berdiet. Sayuran atau buah-buahan yang segar serta dressing rendah lemak merupakan salad yang baik untuk diet anda. Namun, seringkali kita pasti tergoda untuk menambahkan rasa tambahan yang lain seperti krim, mayonis atau pun keju ke dalamnya. Jika anda sedang berdiet, pastikan anda tidak mengambil jenis-jenis salad seperti di bawah ini.

Continue Reading ➞

14 Tip Dan Senaman Yang Boleh Dilakukan Untuk Kekal Cergas Di Pejabat

Woman-exercise-in-office

Topik sebelum ini telah kami kongsikan mengenai bahaya duduk terlalu lama. Jadi sebagai kesinambungannya, kami kongsikan pula kepada anda mengenai beberapa tips dan senaman yang boleh dilakukan walaupun berada di pejabat. Nak bersenam tidak semestinya perlu ke gim, taman riadah atau pusat-pusat rekreasi, di dalam rumah atau di meja kerja juga boleh.

Namun begitu, mencuri masa semata-mata untuk membuat sedikit senaman mungkin amat mencabar, terutamanya jika anda seorang yang ‘gila kerja’. Bersenam di pejabat juga mungkin mustahil. Tetapi jika hendak seribu daya, pasti ada caranya untuk anda kekal aktif dan cergas. Apa yang perlu hanyalah sedikit pengurusan dan juga inspirasi agar dapatlah anda selitkan sedikit aktiviti cergas yang mampu buat tubuh anda kekal bertenaga.

Continue Reading ➞

Berapa Kg Perlu Turunkan Berat Badan Dalam Seminggu?

Fat-Thin-Women

Kebanyakan orang, khususnya wanita, lebih dominan memikirkan tentang berat badan ideal mereka. Masalah ini sering menjadi alasan mereka untuk melakukan diet ketat untuk menurunkan berat badan sebanyak yang mungkin dalam waktu yang singkat.

Namun begitu, berapa ramaikah di kalangan kita yang tahu berapa banyak berat badan yang boleh dikurangkan dalam masa seminggu, sebulan atau setahun dan ia dianggap selamat? Mengikut livestrong.com, penurunan berat badan yang selamat dan efektif adalah tergantung kepada berat badan anda. Buatlah kombinasi yang seimbang antara diet pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal yang boleh membantu membakar kalori dan jangan biarkan tubuh menjadi tempat berkumpulnya lemak-lemak yang tidak diingini.

Continue Reading ➞

Tahukah Anda, 4 Tabiat Tidur Ini Buat Anda Cepat Gemuk

289535FB00000578-3077965-Obesity_and_depression_not_a_lack_of_sleep_is_the_driving_force_-a-4_1431424578738

Kehidupan yang serba moden dan rutin harian yang padat menyukarkan kita untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Biasanya waktu tidur normal seseorang adalah antara tujuh (7) jam sehari. Namun, ramai orang hanya menghabiskan waktu istirehatnya lima (5) jam sahaja.

Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan.

Continue Reading ➞

15 Risiko Dan Komplikasi Kehamilan Jika Ibu Hamil Obesiti

pregnant

Kebanyakan wanita hamil ingin mengekalkan bentuk badannya agar sentiasa nampak cantik, namun hal ini agak mustahil kerana wanita hamil akan mengalami perubahan bentuk fizikalnya termasuklah pertambahan berat badan.

Walau bagaimanapun, agak membimbangkan jika pertambahan berat badan berlaku secara mendadak dan tidak terkawal. Ia bukan sahaja memberikan risiko buruk kepada ibu malah bayi dalam kandungan. Apakah risikonya saiz badan yang semakin membesar semasa hamil? Apakah risikonya kepada ibu dan bayi? Bolehkah risiko tersebut diubah?

Continue Reading ➞

Pentingkah Kolesterol? 9 Tips Sihat Untuk Kawal Kolesterol Tinggi

0012524998

Topik kali ini berkaitan kolesterol. Bagi anda yang mementingkan kesihatan atau sedang berdiet, sangat penting untuk mengetahui jumlah atau kadar kolestrol yang perlu diambil dalam setiap makanan. Walaupun kolesterol penting dalam menjana haba, namun jika diambil secara berlebihan ianya akan membahayakan tubuh badan malahan membawa kepada pelbagai penyakit yang kronik.

Continue Reading ➞

Teknik Diet Intermittent Fasting (IF) Bantu Kuruskan Badan

 

5:2 Fasting Diet Words on Scale Lose Weight

Pernah dengar kaedah atau teknik berdiet Intermittent Fasting (IF)? Berkesankah teknik diet ini dalam membantu saya untuk kurus? Mungkin ada yang tak pernah dengar apa itu Intermittent Fasting(IF). Diet ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Secara am, intermittent fasting atau IF telah dipopularkan oleh Deddy Corbuzier sebagai OCD (Obsessive Corbuzier Diet) yang mana beliau telah mencetuskan satu revolusi baru dengan memperkenalkan diet ini melalui leangains.com, dan biasanya ia memerlukan anda untuk berpuasa selama 24 jam sekali sehari bagi setiap minggu. Kaedah ini nampaknya terbukti berkesan kerana ia bukan sahaja membantu dalam membakar lemak, padahal dalam masa yang sama ia turut membina otot-otot tubuh.

Continue Reading ➞

9 Manfaat Anda Perlu Cuba Senaman Berbasikal

cycling_into_-the_-sunsetBerbasikal sama ada di dalam mahupun di luar rumah ialah satu bentuk keseronokan yang boleh diperolehi dengan mudah. Tetapi ia akan menjadi lebih berfaedah jika ia dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal. Berbasikal amat berkesan dan menjadi satu latihan yang akan mengurangkan ketegangan fikiran dan boleh dijadikan satu aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Sukan berbasikal sudah lama menjadi pilihan popular di beberapa negara maju. Bagaimana pula dengan penerimaan masyarakat kita terhadap sukan berbasikal ini? Sejauh mana bagusnya aktiviti ini untuk kesihatan lebih-lebih lagi apabila anda sudah lama tidak bersenam?

Sukan berbasikal dikatakan dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan. Namun, terdapat banyak kebaikan dan manfaat lain dengan melakukan aktiviti berbasikal. Apa kata kita sama-sama semak apa sebabnya anda perlu mencuba senaman ini sebagai aktiviti rutin.

Continue Reading ➞

Jauhi 7 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Perut Buncit

cara-mengecilkan-perut

Memiliki perut buncit memang sesuatu yang menggerunkan bukan sahaja lelaki, malahan juga buat kaum wanita. Tiada siapa yang menginginkan perut sedemikian rupa, apatah lagi seakan menjadi trauma jika dilabel ‘mengandung gajah’. Jika anda memiliki perut yang buncit, itu tandanya anda memiliki tahap kesihatan yang tidak baik.

Bagi kebanyakan orang, semakin kita meningkat umur semakin besar dan buncit perut kita. Selalunya kita menyangka kerana kita banyak makan. Perut buncit memang tidak selesa dan menjejaskan penampilan seseorang. Ia membuatkan seseorang berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan. Persoalannya, kenapa perut menjadi buncit? Sebenarnya, ada beberapa faktor atau tabiat yang tanpa sedar kita telah melakukannya sehari-hari sehingga akhirnya mengundang kepada pelbagai masalah lain teurtamanya masalah berperut buncit. Apa tabiat tersebut? Jom kita semak sama-sama.

Continue Reading ➞

Miliki Tubuh Menawan Dengan Zumba. Ketahui 6 Manfaatnya

Dancer at Zumba fitness training in dance studio

Senaman zumba mungkin kedengaran agak asing, tetapi kini semakin ramai ingin mempelajarinya berikutan kepelbagaian muzik serta pergerakan ketika bersenam memberikan keseronokan berganda, apatah lagi jika ia dilakukan dalam kumpulan kecil.

Zumba merupakan satu tarian senaman aerobik lengkap kerana ia menggabungkan aspek kecergasan dan kekuatan. Senaman ini mampu membakar lemak serta meningkatkan tahap metabolisme dan membantu membentuk tubuh wanita menjadi lebih cantik dan menarik.

Continue Reading ➞