Diari Kurus

Uncategorized

5 Sebab Tubuh Anda Cepat Gemuk

161970_gemuk-merasa-langsing_663_382

1

Kegemukan bagi sebagian orang menjadi masalah tersendiri. Dengan tubuh gemuk, pergerakan kita juga terbatas begitu juga saat kita mengenakan pakaian. Tubuh gemuk juga mengganggu penampilan dan seringkali menjadi penyebab utama orang gemuk tidak percayakan pada diri sendiri untuk tampil di depan umum.

Continue Reading ➞

Diet Epal Ini Akan Membuatkan Anda Turun Berat 2kg Seminggu

Khasiat Epal Hijau

Percaya atau tidak ,epal hijau yang nilainya tidak sampai berapa ringgit mampu menjadikan anda seperti model terkenal?Nak tahu macam mana epal hijau boleh menjadikan anda seperti model? jom baca artikel dibawah..

Ramai yang tahu kebaikan epal hijau bagi yang ingin kuruskan badan tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Ini telah terbukti apabila seringkali  kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan ‘an apple a day, keeps the doctor away’.

Continue Reading ➞

Kenapa Perlu Bekukan Lemon Anda??

Freeze-Your-Lemons

Mengapa? Mengapa anda perlu bekukan Lemon anda?.

Menurut satu kajian, Lemon dan buah-buahan boleh membantu untuk merawat pertumbuhan sel-sel kanser payudara kerana sebatian semulajadi yang terkandung didalamnya yang di panggil  limonoids. Kenyataan ini menyokong semua kajian lepas bahawa buah-buahan boleh membantu menghalang risiko untuk kanser payudara. Selain itu, tahukah anda lemon adalah buah sitrus yang kaya vitamin C. Ia juga berfungsi sebagai bahan antiseptik semulajadi membantu mengatasi masalah kulit. Cukup dengan memerah jus lemon ke dalam air masak dan jadikan ia rutin minuman harian anda. Anda akan perasan perubahan kulit wajah yang lebih berseri dan kurang masalah jerawat. Continue Reading ➞

8 khasiat Anggur penyembuh penyakit.

anggur

 

Menerusi kajian secara ilmiah mengenai buah anggur, diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan.anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, dan disebut-sebut sebagai makanan fungisional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang terkandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular. Dalam artikel ini anda dapat mengetahu bagaimana Anggur memberi kesan yang positif terhadap kesihatan anda.

  • Melindungi kulit dari kanser.

Kajian menunjukan bahawa anggur mengandungi Resveratrol yang positif untuk melawan penyakit kanser. Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B. iaitu sejenis protein yang dikaitkan dengan pembentukan kanser. Penggunaan ekstrak biji anggur pada kulit dapat melindungi radiasi sinaran uv matahari. Dengan itu, dapat melindunginya daripada kanser kulit. Continue Reading ➞

Diet Epal Ini Akan Membuatkan Anda Turun Berat 2kg Seminggu

Khasiat Epal Hijau

Percaya atau tidak ,epal hijau yang nilainya tidak sampai berapa ringgit mampu menjadikan anda seperti model terkenal?Nak tahu macam mana epal hijau boleh menjadikan anda seperti model? jom baca artikel dibawah..

Ramai yang tahu kebaikan epal hijau bagi yang ingin kuruskan badan tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Tetapi ada juga  yang tidak tahu kebaikan yang ada dalam epal hijau.tetapi ini telah terbukti apabila seringkali  kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan ‘an apple a day, keeps the doctor away’.

Epal hijau secara amnya, epal terbahagi kepada 2 jenis iaitu epal hijau dan epal merah. Ramai yang mengesyorkan memakan epal hijau untuk mengurangkan berat badan. Apakah kandungan yang terdapat di dalam epal hijau yang membuatkan ramai orang menyarankan agar memakan epal hijau dalam membantu mendapatkan bentuk badan yang langsing.

Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrient tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154 g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.

Epal hijau  juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan,jika makan sebiji epal yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi.

 

Kelebihan Epal Hijau

  • Mengandungi Karbohidrat

Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

  • Makanan tinggi serat

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.

  • Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.

Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.. Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.

 

Jom lihat menu diet saya dengan epal hijau. Tapi selitkan juga makanan berkhasiat untuk tetap bertenaga walaupunn dalam tempoh berdiet

 

DIET EPAL HIJAU

( Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak 4 kilo dalam masa sebulan dengan diet ini. )
SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk

Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau

Lunch: Jus Epal Hijau

Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau

Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam )
                                                    Sup Sayur
                                                    Nasi (sikit je tau) 

10 malam sebelum tido:Jus Epal Hijau 

* Minum air masak al least 3 liter satu hari. Anda akan mengalami penurunan 1 @ 2kg seminggu.

 

p/s : Tapi perlu ingat, jus epal ni di blend sendiri, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan buat kita rasa kenyang .Ia juga amat sesuai untuk semua lapisan, lelaki dan juga perempuan.

3 Fakta Mengenai Coklat Yang Buatkan Kulit Anda Cantik

Coklat merupakan makanan yang paling popular dan disukai oleh masyarakat kerana rasanya yang lazat dan menyegarkan. Dan pada hari ini kita boleh lihat banyak produk makanan coklat yang dijual di pasaran.maka wajar, jika saat ini coklat menjadi produk makanan yang paling disukai oleh masyarakat. Walaubagaimanapun, masih ramai masyarakat kita beranggapan bahawa coklat adalah menggemukkan, penyebab kerosakan gigi dan kencing manis. Sebenarnya kajian telah membuktikan bahawa coklat mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi manfaat kesihatan.

chocolate

Mitos dan Fakta Sebenar Tentang coklat:

  Coklat boleh menggemukkan

  •  fakta: Masalah gemuk biasa terjadi apabila seseorang makan secara berlebihan. Jika kita makan secara sederhana termasuk coklat dan bersenam secara teratur pada setiap hari, masalah obesiti boleh dielakkan. Jadi, jangan salahkan coklat semata-mata jika anda terlalu gemuk!. 🙂

Coklat ialah makanan tidak berkhasiat

  • fakta: Coklat dengan kandungan lebih 70%  mempunyai manfaat untuk  kesihatan, kerana coklat kaya dengan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid.  Fenol berfungsi  sebagai antioksidan yang mampu mengurangi kolestrol dalam darah sehingga dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dapat mencegah daripada serangan kanser,stroke  dan darah tinggi. dengan Satu bar coklat susu seberat 42.5 gram (1.5 auns) menyumbang banyak zat dan khasiat kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA). Zat itu ialah Kalsium (9%), Riboflavin (9%), Protein (6%), Zat Besi (3%), Vitamin A (2.4%) dan Thiamine (2%). Nilai khasiat cokelat  akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Kesimpulannya, coklat sangat berkhasiat.

Coklat menjadi penyebab utama kerosakan gigi

  • fakta: Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun, mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang boleh menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula yang tinggi dalam sesetengah jenis coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.

selain memberi manfaat untuk kesihatan coklat juga memberi manfaat untuk kecantikan.

Anti penuaan

  • Coklat boleh dijadikan rawatan untuk kawasan kulit luar dimana kandunagan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan berperanan untuk menegangkan kulit badan sehingga anda akan kelihatan selalu muda dan segar. Lakukan ramuan coklat ini secara rutinn sebanyak 2-3 kali seminggu.

Detoksifikasi kulit.

  • Detoksifikasi ialah proses pembuangan racun pada kulit. Coklat juga boleh diaplikasikan menjadi satu produk kecantikan iaitu dengan campuran coklat bubuk (cocoa powder) dan kafein ia sangat bermanfaat bagi detoksifikasi kulit. Bukan itu sahaja campuran coklat dan kafein mampu mengatasi masalah kulit berminyak dan kusam.

Manfaat-Coklat-Untuk-Kesehatan-Dan-Kecantikan

 

Scrub Alami

  • coklat juga boleh dijadikan scrub alami untuk perawatan kulit. dengan menggunakan scrub coklat, maka dapat mencerahkan kulit tubuh serta menghilangkan sel-sel kulit mati dalam tubuh. Caranya iaitu dengan melelehkan bubuk coklat, lalu campurkan dengan susu sehingga berbentuk krim. Lalu, aplikasikan scrub coklat ini pada wajah dan leher anda.

masker-coklat-640x470

kesimpulanya,coklat tidak memudaratkan kesihatan malah baik untuk kesihatan dan kecantikan jika diambil pada kadar yang betul. selamat mencuba. 🙂

 

 

JANGAN CARI PASAL DENGAN UBAT KURUS?

fake_drugs

Sudah menjadi fitrah semulajadi setiap wanita ingin kelihatan cantik dan memiliki bentuk tubuh yang menarik. Kebanyakan wanita beranggapan bahawa tubuh yang langsing melambangkan kecantikan dan kejayaan seseorang individu. Dengan penampilan sebegitu mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.

Adakah anda salah seorang wanita yang gemuk dan ingin kelihatan cantik sehingga sanggup mengambil pelbagai risiko dengan ubat kurus tanpa mengetahui apakah kesan yang anda terpaksa hadapi selepas pengambilan ubat tersebebut ?Apakah ini satu trend wanita masa kini, sanggup bergadai nyawa untuk memiliki tubuh yang langsing seperti model? Continue Reading ➞

Menu Sarapan Untuk Kurus,Ramping Dan Langsing.

women_asians_breakfast_1280x800_4379

SMOOTHIES PISANG &OAT

Jika sebelum ini, menu sarapan anda adalah nasi lemak mahupun roti canai. Apa kata ubah cara pengambilan sarapan anda dengan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat, disamping  dapat menjadikan bentuk badan lebih langsing dan sihat. 🙂

banana-smoothie1

 

 Bahan-bahan:

 ¼ cawan oat

 ½ cawan yogurt asli rendah lemak

1 biji pisang dipotong tiga

 ½ cawan susu rendah lemak

 2 sudu besar madu

 ¼ sudu kecil serbuk kayu manis Continue Reading ➞

MUDAHNYA NAK KURUS

cara-menurunkan-berat-badan
Ramai yang beranggapan susahnya nak kurus.Mungkin ini disebabkan mereka tidak tahu cara yang betul untuk memulakan diet yang kurus. Dan ada juga yang tak yakin pada diri sendiri yang mereka mampu untuk kurus , sampai sanggup berhabis beribu ringgit untuk kelihatan kurus dan menawan. Tetapi sekiranya sikap disiplin,tiada keyakinan dan usaha tidak wujud dalam diri memang agak sukar untuk anda kurus, So hari ini saya kongsi sedikit tips untuk anda amalkan bagi mereka yang baru mula nak start diet.Tips ni anda kena latih diri anda supaya ikut cara yang saya kongsi..sebab ini tiada ubat ubat kurus tau.Ia hanya bergantung pada cara pemakanan dan disiplin diri sendiri .

Salad Sayuran sebagai teman makan malam
—> Jadikan salad sayuran sebagai  menu makan malam  kerana ia rendah  kalori namun berserat tinggi untuk membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama dan dapat menghindari anda mengambil makanan ringan seperti snek untuk di jadikan makan malam. Continue Reading ➞

Cegah bahaya obesity..

Jika anda ada terlalu banyak lemak, terutamanya pada bahagian pinggang. Anda mungkin berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

obes

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dengan cara menurunkan berat badan dan mengekalkannya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Pengambilan kanji dan lemak yang berlebihan membawa kesan yang negative terhadap bentuk badan anda. Namun ini tidak bermakna kita harus berhenti ambil kanji serta lemak dan hanya ambil sayur -sayuran saja. Kita perlu mengambil diet yang seimbang yang mengandungi daging, kanji, sayur-sayuran, buah-buahan dan air yang akan membantu kita mengekalkan bentuk badan yang seimbang dan menarik. Di samping itu, pengambilan makanan seimbang membantu anda untuk menghilangkan berat badan serendah dua atau tiga kilogram. Penurunan berat badan boleh membantu anda untuk memberikan penurunan tekanan darah yang dramatic serta dapat mengelak dari pelgagai jenis penyakit. Berikut adalah amalan pemakanan seimbang yang boleh diamalkan: Continue Reading ➞