Diari Kurus

Cegah bahaya obesity..

Jika anda ada terlalu banyak lemak, terutamanya pada bahagian pinggang. Anda mungkin berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

1

obes

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dengan cara menurunkan berat badan dan mengekalkannya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Pengambilan kanji dan lemak yang berlebihan membawa kesan yang negative terhadap bentuk badan anda. Namun ini tidak bermakna kita harus berhenti ambil kanji serta lemak dan hanya ambil sayur -sayuran saja. Kita perlu mengambil diet yang seimbang yang mengandungi daging, kanji, sayur-sayuran, buah-buahan dan air yang akan membantu kita mengekalkan bentuk badan yang seimbang dan menarik. Di samping itu, pengambilan makanan seimbang membantu anda untuk menghilangkan berat badan serendah dua atau tiga kilogram. Penurunan berat badan boleh membantu anda untuk memberikan penurunan tekanan darah yang dramatic serta dapat mengelak dari pelgagai jenis penyakit. Berikut adalah amalan pemakanan seimbang yang boleh diamalkan:

  • Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kalau ikutkan memang banyak jenis buah-buahan yang boleh dijadikan makanana untuk diet anda. Antaranya ialah buah apple,pisang, oren, kiwi, dan sebagainya. Buah apple sangat bagus dijadikan buah kegemaran untuk menu diet bagi menurunkan berat badan. Apple mempunayai kadar lemak yang rendah tetapi serat yang ada dalam buah apple sangat tinggi, serat ini akan membantu anda merasa cepat kenyang. Manakala pisang juga dikategorikan sebagai makanan sumber zat, dimana ia hampir sempurna kerana mengandungi enam nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh iaitu air,gula,protein,lemak,vitamin dan mineral. seterusnya, buah kiwi juga mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet seimbang. Cukup sekadar 2 biji buah kiwi yang bersaiz sederhana setiap hari,tubuh kita lengkap dengan khasiat yang diperlukan. Buah kiwi bukan sahaja sedap malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang,vitamin semulajadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potassium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya baik untuk usus,selain ia memberi vitamin yang diperlukan oleh badan,ia juga menjaga usus kita supaya sihat dan baik serta serat yang terkandung di dalamnya bertindak penting dalam merendahkan paras kolestrol dalam darah.

pix_gal6

  • Pengambilan protein dalam makanan.

Pengambilan protein dalam makanan juga amat penting kerana protein merupakan bahan penting dalam pembinaan tubuh dan ia bertindak sebagai membaiki,mengganti,dan membuat tisu-tisu serta memastikan pertumbuhan secara optimum. Semua jenis tisu dalam tubuh manusia amat memerlukan protein termasuk tulang,darah dan otot. Kebiasaanya sumber protein diperolehi daripada sumber haiwan seperti ika,ayam,daging,telur,dan tumbuhan terutama kekacang(kacang,kacang peas) adalah sumber protein yang yang mengandungi vitamin dan mineral. Sumber protein dari ikan laut dalam mengandungi lemak Omega 3 yang boleh membantu untuk mengelakkan penyakit jantung seperti ikan salmon mengandungi banyak lemak Omega3 berbanding ikan yang lain.

  • Kurangkan pengambilan lemak tepu

Lemak terbahagi kepada dua iaitu, lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu ialah boleh meningkatkan kolesterol dalam darah yang boleh menyebabkan risiko penyakit jantung. Contoh lemak tepu seperti, butter, keju, cream dan biskut.  Kurangkan pengambilan makanan lemak tepu dan seelok-eloknya anda digalakkan mengambil makanan tidak berlemak tepu. Contoh lemak tidak tepu seperti minyak sayuran dan minyak ikan dalam kuantiti yang sedikit. Untuk pengambilan daging, anda digalakkan untuk mengambil di bahagian isi dan buangkan di bahagian lemak daging. Sumber daging merah mengandungi lebih lemak tepu berbanding daging putih seperti ikan dan ayam.

1

  • Perbanyakkan minum air putih.

Seterusnya ialah anda perlu perbanyakkan pengambilan air putih.dimana air  merupakan sumber kehidupan. Sepertimana yang kita tahu lebih 60% dalam tubuh manusia adalah terdiri daripada air. Jika tubuh kita kekurangan air ia boleh menyebabkan kematian. Khasiat air putih bukan sahaja untuk membersihkan tubuh tetapi ia merupakan zat yang diperlukan oleh badan. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan untuk beberapa hari namun kita tidak mungkin mampu bertahan jika tidak minum air walaupun untuk satu hari. Khasiat air putih juga adalah untuk melancarkan proses pencernaan dimana makanan yang dimakan mudah untuk dihadam dan terhindar dari masalah sembelit, dengan pengambilan air yang mengcukupi saluran pencernaan akan lebih lancar dan pergerakan usus akan menjadi lebih baik dalam mencerna makanan, sehingga tubuh anda menjadi sishat. Selain itu, minum air putih yang mencukupi turut menyehatkan kulit serta kulit menjadi lembap dan tidak kering. Kekurangan air dalam badan atau ia dipanggil dehidrasi turut memberi kesan yang negative terhadap kulit anda. Kekurangan air  menyebabkan kulit anda kering dan tidak bermaya. Khasiat air putih juga melancarkan peredaran darah, iaitu dengan meminum air putih system pencernaan dan system metabolisme tubuh menjadi bersih dan sihat, sehingga peredaran darah juga lancar, dan sudah tentu anda dapat mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Seterusnya, air putih juga turut membantu dalam proses penurunan berat badan, ini kerana air putih tidak mengandungi kalori,gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan anda. Saranan yang lebih baik untuk proses diet adalah perlu mengambil 2-3 liter air putih dalam satu hari.

 

 

2

untuk sihat dan cergas jom kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu dengan pengambilan makanan yang berkhasiat, disamping menurunkan berat badan.

p/s:jika anda ada sebarang cadangan, sila komen dibawah ya.

 

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x