Diari Kurus

Diet Sihat Bantu Wanita Ini Turun Berat Badan Sehingga 40 Kg

1

Memiliki berat badan yang berlebihan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Namun begitu, tidak ramai yang sanggup memilih cara berdiet sihat kerana beranggapan seolah-olah nafsu makan mereka akan mati kerana terpaksa ‘dibunuh’.  Kenapa masih berfikiran sebegitu sedangkan anda menginginkan bentuk tubuh yang cantik dan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Jadi, tidak ada salahnya sekiranya anda perlu meninggalkan makanan kegemaran yang tidak berkhasiat dan menggantikannya dengan diet makanan yang lebih seimbang.

Begitulah yang telah dilalui oleh Tya Subiakto, seorang komposer muzik terkenal di Indonesia. Kisah inspirasi kurus ini telah diambil melalui pengalamannya sendiri dalam akaun peribadi facebooknya dan turut dikongsi dalam artikel Tya sukses menurunkan berat badan hingga 40KgGaya bahasa telah diubah bagi memudahkan pemahaman. Ikuti kisahnya dan rahsia kejayaan beliau.

Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanyakan diet apa yang telah saya  jalani untuk menurunkan berat badan. Saya sudah mencuba pelbagai kaedah dan rawatan dari mengambil susu diet, bermacam-macam pil pelangsingan hinggalah kepada rawatan akupuntar. Namun semua usaha tersebut tidak berhasil. Jika berhasil turun pun, ia cuma sementara dan berat badan akan kembali naik.

Gambar sebelum kurus

Gambar 92 kg dan sebelum menjalani diet

Pada bulan September 2012, berat badan saya pernah mencapai 92 kg. Tambahan saya juga mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Berbagai-bagai pemeriksaan perlu dijalani dan melalui ujian USG, saya disahkan mengidap fatty liverFatty liver adalah keadaan hati yang diseliputi lemak. Lalu, saya bertanyakan kepada doktor apakah yang harus saya lakukan agar lemak di kawasan hati dapat disingkirkan. Menurut doktor tidak ada ubat untuk  fatty liver.  Namun, saya perlu mengelakkan pengambilan minyak dan juga santan.

Sejak dari itu saya mula berazam untuk menjaga pola diet pemakanan termasuklah mengelakkan dari mengambil makanan yang bersantan dan berminyak. Tambahan pula sejarah keturunan saya merupakan penghidap penyakit diabetes. Jadi, saya juga memutuskan untuk berhenti dari mengambil gula.

Gambar semasa menjalani diet sihat

Gambar semasa menjalani diet sihat

Jadi, sejak hari itu saya hanya memakan makanan yang direbus dan makanan mentah. Alhamdulillah, saya mengalami penurunan berat badan yang lebih baik dan konsisten. Bermula dari bulan September 2012 berat saya 92 kg membawa kepada bulan Januari 2013, berat saya turun kepada 77 kg. Ini bermakna berat badan saya telah turun sebanyak 15 kg. Jadi dalam sebulan saya boleh turun sekitar 3,75 kg.

Setelah hampir setahun menjalani diet ini, berat saya pun akhirnya kembali normal, iaitu 52 kg pada Ogos 2013.

Berikut merupakan menu makan saya setiap hari:

Menu Bangun Tidur
1. Perahan 1 biji jus lemon
2. Air putih 3 gelas
3. Susu soya tanpa gula

Menu Sarapan Pagi
1. Jus tomato
2. Jus lobak merah
3. Jus epal
4. Jus nanas
5. Jus betik

Jangan minum air putih 1 jam selepas minum jus. Jika ingin minum pastikan selepas 1 jam berlalu. Pastikan kesemua jus itu diasingkan ke dalam gelas berasingan (tidak bercampur dalam satu gelas yang sama).

Menu Makan Tengah Hari
Untuk makan tengah hari saya merebus makanan seperti steamboat. Di dalam makanan tersebut termasuklah;
1. Sayuran hijau
2. Cendawan
3. Kentang
4. Daging ayam tanpa kulit atau ikan
5. Sayur salad (dimakan mentah)

Menu Makan Malam
Saya kembali minum jus :
1. Jus betik
2. Jus lobak merah
3. Jus tomato
4. Jus epal

Jika masih lapar, minum jus betik secara berulangan sehingga perut berasa kembali kenyang. Boleh juga dengan menggantikannya dengan minum air putih atau makan pisang.

Catatan:

  1. Semua jus dibuat tanpa gula.
  2. Hindari minyak, santan dan gula. Elakkan juga nasi dan produk berasaskan tepung putih.
  3. Untuk makan tengah hari, boleh mengambil nasi jika tidak mampu menahan lapar, tetapi kurangkannya kepada 1 senduk setiap hari.
  4. Biasanya saya akan celebrate 1 hari setiap 10 hari (misalnya pada hari 10, 20, 30 dalam sebulan) dengan makan apa sahaja makanan kegemaran, namun masih pastikan ia bukan makanan yang digoreng (berminyak). Jika makan air krim, saya hanya mengambil 1 skop sahaja berserta dengan air putih.
  5. Jangan timbang berat setiap hari. Timbanglah berat badan setiap 10 hari. Selain menimbang berat badan, saya juga membuat ukur lilit lingkaran pinggang, pinggul, lengan, dan pergelangan tangan.
  6. Jangan lupa minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air putih membantu menyahtoksik dalam tubuh.
  7. Ambil suplemen atau vitamin. Biasanya saya mengambil vitamin C setiap hari dan vitamin E dua kali seminggu.
  8. Just enjoy the menu.. Jangan merasa terpaksa untuk berdiet.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x