Diari Kurus

Ikut 7 Langkah Ini Untuk Capai Berat Badan Ideal Anda

langkahkurus0.1

1

Proses untuk mengurangkan berat badan bukannya mudah. Ia merupakan satu proses yang memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada anda. Tidak semua mempunyai matlamat yang sama dalam mencapai berat badan yang ideal, ada dikalangan anda yang ingin kurangkan berat badan lebih 30kg dan ada yang hanya ingin mengurangkan berat badan sebanyak 3kg untuk mencapai berat badan ideal mereka. Perkara yang sama dialami oleh semua ialah masalah dalam memastikan matlamat masimg-masing tercapai. Bagi anda yang buntu untuk mengetahui cara bagaimana untuk mencapai berat badan yang anda impikan, artikel ini akan membantu anda untuk menyelasaikan masalah tersebut.

1. Kawal Kalori

langkahkurus1

Untuk mengurangkan berat badan merupakan proses memerlukan anda memastikan keseimbangan didalam jumlah pengambilan kalori dengan jumlah kalori yang anda bakar. Jika pengambilan kalori anda kurang berbanding jumlah kalori yang anda bakar, berat badan anda akan berkurang. 1kg bersamaan 7,700 kalori. Jika anda ingin mengurangkan berat badan sebanyak 1kg 1minggu anda perlu mengurangkan kalori sebanyak 1,100 kalori sehari. 1,100 kalori sehari mungkin dapat sukar untuk dicapai, tetapi jika anda menggabungkan senaman dan pengawalan makanan, matlamat anda mungkin akan tercapai. Tetapi perlu ingat, anda perlu pastikan pengambilan kalori anda tidak terlalu sedikit kerana ia akan mengurangkan tahap metabolisme anda.

2. Ukur Makanan Anda

langkahkurus2

Untuk mengukur makanan anda dengan tepat anda perlu menggunakan alat seperti sudu, cawan dan alat penimbang. Dengan hanya menganggarkan jumlah makanan yang anda ambil dengan mata kasar akan menyebabkan anda anggaran anda tidak tepat terutama sewaktu anda lapar. Jika anda tidak mempunyai alat penimbang untuk menimbang jumlah makanan yang anda ambil. Anda boleh gunakan sahaja tapak tangan anda. Contohnya, untuk nasi anda dinasihatkan untuk mengambil sebesar genggaman anda sahaja dan protein sebesar tapak tangan anda.

3. Makan 5 Kali Sehari

langkahkurus3

Tidak digalakkan untuk anda meninggalkan jadual pemakanan anda seharian hanya untuk menjimatkan pengambilan kalori, ini kerana ia akan menyebabkan kadar metabolisme anda akan menjadi perlahan dan menyebabkan berat badan anda naik. Jika anda seorang yang gemar makan snek dilewat diwaktu malam, pastikan anda memakan snek anda sebelum 1 otau 2 jam sebelum tidur untuk memastikan sistem penghadaman anda berjalan dengan lancar. Untuk menghalang anda daripada nafsu memakan secara berlebihan, anda sepatutnya merancang 3 kali hidangan utama yang diselang-seli dengan hidangan sampingan seperti snek. Jarak masa diantara hidangan utama dengan snek mestilah tidak lebih daripada 4 jam kerana ia akan menyebabkan anda makan berlebihan diwaktu hidangan seterusnya. Contohnya,

7.00 pagi – Sarapan pagi
9:30 pagi – Snek
1:00 tengah hari – Makan Tengah hari
3:30 petang – Snek
6:30 petang – Makan malam

4. Rancang Jadual Pemakanan Anda

langkahkurus4

Untuk menguruskan badan, ia akan menyebabkan anda untuk melibatkan diri anda kedalam aktiviti-aktiviti senaman dan penyediaan jadual pemakanan. Dengan pelan pemakanan yang sihat bukan sahaja dapt membantu anda dalam menurunkan berat badan tetapi ianya juga dapat menghindari anda daripada risiko untuk menghidapi penyakit yang berbahaya seperti serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.

5. Tetapkan Matlamat Yang Kecil

Untuk menurunkan berat badan, ia akan memakan masa yang lama. Masa yang diambil oleh seseorang untuk menguruskan berat badan adalah bergantung kepada pelbagai faktor seperti umur dan jantina seseorang. Perlu untuk anda menetapkan matlamat yang kecil dahulu untuk mencapai matlamat anda yang sebenar seperti 5kg untuk 2 minggu pertama dan jika anda capai matlamat kecil tersebut, anda berhak mendapat sedikit ganjaran setelah semua usaha yang anda lakukan.

6. Bersenam

langkahkurus6

Mengawal pemakanan hanya sebahagian daripada proses menurunkan berat badan dan sebahagian yang lain adalah adalah senaman. Dengan diet sahaja, mungkin sukar dan akan mengambil masa anda lebih lama untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori dengan lebih banyak anda perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya selama 1jam untuk 5 kali sehari. Tetapi jika anda seorang yang sibuk, senaman selama 20 minit sudah memadai. Cuma anda perlu pastikan masa 20 minit anda tersebut dipenuhi dengan senaman yang memerlukan intensiti yang tinggi seperti HIIT (High Intensity Interval Training) dimana anda dapat membakar lebih 100 kalori hanya dalam masa 1 minit berbanding aktiviti berlari yang hanya membakar 100 kalori dalam masa 10 sehingga 15 minit.

7. Bersabar

langkahkurus7

Bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Ia akan mencabar anda daripada pelbagai sudut fizikal, mental dan emosi anda. Tidak semua akan mendapat hasil yang serupa biarpun melakukan aktiviti senaman dan pelan pemakanan yang sama. Ini disebabkan oleh bentuk badan mereka yang berbeza-beza. Bagi anda yang baru memulakan senaman dan mendapati berat badan anda meningkat biarpun anda telah mengawal pengambilan kalori dan melakukan senaman yang secukupnya, anda tidak perlu risau kerana ini mungkin disebabkan oleh berat yang datang daripada otot yang anda bina hasil daripada senaman tersebut.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x