Diari Kurus

JANGAN CARI PASAL DENGAN UBAT KURUS?

fake_drugs

1

Sudah menjadi fitrah semulajadi setiap wanita ingin kelihatan cantik dan memiliki bentuk tubuh yang menarik. Kebanyakan wanita beranggapan bahawa tubuh yang langsing melambangkan kecantikan dan kejayaan seseorang individu. Dengan penampilan sebegitu mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.

Adakah anda salah seorang wanita yang gemuk dan ingin kelihatan cantik sehingga sanggup mengambil pelbagai risiko dengan ubat kurus tanpa mengetahui apakah kesan yang anda terpaksa hadapi selepas pengambilan ubat tersebebut ?Apakah ini satu trend wanita masa kini, sanggup bergadai nyawa untuk memiliki tubuh yang langsing seperti model?

Sekiranya amalan ini berterusan, ia bukan sahaja merugikan malah tanpa disedari boleh membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa sendiri.

JOM KENALI JENIS DAN KESAN BAHAN BERBAHAYA DALAM UBAT KURUS YANG PERNAH ANDA AMBIL.

Selalunya ubat kurus akan  mengandungi bahan kimia seperti “fenfluramine” dan ‘nicotinamide” .

Apakah itu Fenfluramin?

  • Fenfluramin tergolong dalam kumpulan ubat anoretik yang bertindak mengurangkan paras serotonin di dalam otak. Ia merencat selera makan dan seterusnya mengakibatkan pengambilnya mengalami penyusutan berat badan. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang berfungsi sebagai pengutus saraf di dalam otak.
  • Ia juga bertindak menghalang serotonin di dalam plasma darah daripada diserap ke dalam platelet (sel-sel pembekuan dalam darah) menyebabkan paras serotonin di dalam darah meningkat.
  • Apabila kandungan serotonin terlalu tinggi dalam darah ia boleh merosakkan salur darah terutama pada paru-paru dan jantung, kerosakan injap jantung, kelenjar tiroid membengkak, kerosakan hati, tekanan darah tinggi, strok serta gangguan mental.
  • Kegagalan fungsi hati pula boleh berlaku dalam masa satu minggu hingga sebulan jika diambil secara berlebihan. Sekiranya diambil secara berterusan dalam jangkamasa yang lama, ia boleh mengakibatkan radang hati (hepatitis).
  • Pada kebiasaanya fenfluramin digunakan untuk merawat kes kegemukan melebihi 20 peratus berat badan yang dicadangkan. Ia boleh menurunkan sebanyak 10 peratus berat badan manakala dalam sesetengah kes sehingga antara 15 dan 20 peratus. Ia juga disyorkan kepada pesakit diabetes yang gemuk bagi membantu menurunkan berat badan mereka untuk mengelakkan risiko lain.
  • Kesan sampingan akibat mengamalkan pil langsing antaranya ialah cirit-birit, mual mulut menjadi kering, hipertensi, sukar hendak tidur, rasa panas badan, berdebar-debar, sakit dada, berpeluh dan kerap membuang air kecil.

“KENAPA AKU MAKIN GEMUK ? INI JUGA DISEBABKAN PENGAMBILAN UBAT KURUS YANG SALAH”

SO,SILA BERHATI-HATI DENGAN UBAT KURUS YANG ANDA PILIH.LEBIH BAIK RUJUK PADA YANG LEBIH PAKAR UNTUK PENGAMBILAN UBAT KURUS YANG BETUL.. SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK KURUS DENGAN BETUL..BOLEH  KOMEN ” bantu saya ” UNTUK SAYA BANTU ANDA KURUS DENGAN CARA BETUL DAN SELAMAT  🙂 .

Untuk produk kurus yang baik, dan berkesan, kami sarankan anda cuba produk ini. Klik Disini

 

• Meet the Author ➞ uji



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x