Diari Kurus

Jangan Makan Makanan Ini Sebelum Anda Tidur

Tidak perlu nafikan yang anda gemar makan di waktu malam apabila anda lapar dan lama kelamaan ianya menjadi tabiat atau rutin wajib harian anda. Tidak mengapa jika anda makan sebelum waktu tidur anda tetapi anda perlu memilih makanan yang betul demi kebaikan tubuh badan anda serta untuk membantu anda menurunkan berat badan. Memakan makanan yang salah akan mengganggu tidur anda yang lena dan menambah kalori yang tidak diperlukan oleh badan anda.

1

lewatmalam0


1. Makanan Manis
Diwaktu malam secara automatik badan anda akan pergi ke peti sejuk dan mengambil makanan yang manis seperti coklat atau aiskrim sebelum tidur. Mungkin ianya sudah menjadi tabiat anda atau lidah anda terasa kempunan untuk merasa makanan manis. Sebenarnya tabiat pemakanan sebegitu, tidak digalakkan kerana ia boleh meningkatkan kandungan gula didalam tubuh badan anda dan boleh menyebabkan tenaga anda meningkat secara mendadak dan seterusnya mengganggu anda daripada mendapat tidur yang berkualiti. Cuba anda elakkan makanan manis seperti kek dan biskut dan gantikan dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan yang kaya dengan serat.

lewatmakan1

2. Karbohidrat
Di waktu malam, sungguh indah jika hari anda diakhiri dengan roti bakar dan dimakan bersama air teh atau kopi suam. Hilang segala tekanan anda yang anda alami seharian. Tetapi diet pemakanan seperti itu tidak digalakkan. Menurut pakar nutrisi, untuk menguruskan badan, anda dinasihatkan mengurangkan pengambilan karbohidrat di waktu malam terutama sebelum waktu tidur kerana semasa anda tidur, tahap metabolisme anda akan berkurang dan ini akan menyebabkan pengambilam makanan karbohidrat tadi akan disimpan sebagai lemak.

3. Makanan Berminyak
Penting untuk anda mengelakkan makanan bergoreng atau berminyak ini kerana makanan tersebut akan mengambil masa yang lama untuk dihadam dan seterusnya akan menyebabkan tahap metabolisme anda berkurang. Apabila tahap metabolisme anda menurun, badan anda akan menjadi sukar untuk membakar kalori. Jika tabiat ini diteruskan, anda perlu ucapkan selamat tinggal impian anda untuk menjadi ramping.

lewatmalam3

4. Makanan Pedas
Rempah ratus seperti lada hitam mungkin terkenal sebagai penawar untuk merawat penyakit secara semulajadi tetapi untuk dijadikan hidangan sebelum tidur amatlah tidak digalakkan. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang memakan makanan pedas di waktu malam menyebabkan mereka tidak mempunyai yang tidak berkualiti. Ini mungkin disebabkan oleh suhu badan mereka meningkat setelah memakan makanan pedas tersebut.

5. Jumlah Protein Yang Banyak
Sesetengah protein perlu dimakan sebelum waktu tidur untuk membantu anda membina otot tanpa lemak (lean muscle) tetapi jika ia diambil secara berlebihan akan mengganggu sistem penghadaman anda kerana ia menggunakan banyak tenaga ketika proses penghadaman. Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan anda tidak mempunyai tidur yang lena. Cukup hanya makan protein dalam jumlah yang kecil untuk membantu menghilangkan rasa lapar anda.

lewatmalam5

6. Jus
Jus buah-buahan seperti jus oren dan jus limau tidak digalakkan untuk diminum sebelum waktu tidur anda. Ini kerana buah-buahan tersebut mengandungi asid yang akan menyebakan anda mengalami pedih ulu hati. Selain itu, jus buah-buahan yang kaya dengan gula semulajadi akan menyebabkan tahap gula anda meningkat dan seterusnya akan mengganggu tidur anda yang lena.

lewatmalam6

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x