Diari Kurus

Kaedah Untuk Mencapai Berat Badan Yang Ideal

564464-Food-1371496722-698-640x480

1

Persepsi untuk kurus perlu diubah kepada mencapai berat badan yang ideal. Amalan gaya hidup yang sihat adalah penting dan lebih utama untuk memastikan kita mencapai berat badan yang seimbang. Ini termasuk penjagaan pemakanan setiap waktu perlulah dititik beratkan.

Semua orang, tidak kira umur atau pangkat mampu untuk mendapat berat badan yang ideal, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian.

Selain itu, melakukan senaman berkala dengan tetap amat membantu pembakaran lemak berlebihan di badan. Berat badan ideal akan menjadikan seseorang itu lebih muda dan sihat serta berkeyakinan tinggi dalam melakukan apa jua aktiviti harian. Ia membolehkan aktiviti seharian berjalan dengan lancar.

 

Kaedah Ideal  1 – Jangan Menahan Perut Dalam Pemakanan

Makanan memberi kita tenaga untuk kita melalukan aktiviti harian dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari  apa yang kita ambil, tubuh kita akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolism tubuh menjadi rendah.

Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolism tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama.

 

Kaedah Ideal  2 – Amalkan Ambil Sesuatu Yang Pahit Terlebih Dahulu Sebelum Makan

Minumlah kopi atau kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

 

 

Kaedah Ideal  3 – Minum Sekurang-Kurangnya 9 Gelas Keatas Air Kosong Setiap Hari

Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak kerana air boleh mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh.

 

Kaedah Ideal  4 – Elakkan Minum Minuman Yang Bergas

Minuman bergas biasanya megandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.

 

Kaedah Ideal  5 – Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan petangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

 

 

 

Kaedah Ideal 6 – Sentiasa Sarapan Pagi Setiap Hari

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Ini kerana sarapan pagi boleh menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolism juga meningkat untuk membakar kalori.

 

Kaedah Ideal  7 – Makan Dengan Perlahan-Lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan secara normal.

 

Kaedah Ideal  8 – Mengunyah Makanan Dalam Kuantiti Yang Sedikit/Kecil.

Kunyahlah makanan dalam kuantiti yang sedikit dan saiz cebisan yang kecil sebelum menelan. Dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

 

Kaedah Ideal  9 – Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x