Diari Kurus

Kenapa Perlu Bekukan Lemon Anda??

Freeze-Your-Lemons

1

Mengapa? Mengapa anda perlu bekukan Lemon anda?.

Menurut satu kajian, Lemon dan buah-buahan boleh membantu untuk merawat pertumbuhan sel-sel kanser payudara kerana sebatian semulajadi yang terkandung didalamnya yang di panggil  limonoids. Kenyataan ini menyokong semua kajian lepas bahawa buah-buahan boleh membantu menghalang risiko untuk kanser payudara. Selain itu, tahukah anda lemon adalah buah sitrus yang kaya vitamin C. Ia juga berfungsi sebagai bahan antiseptik semulajadi membantu mengatasi masalah kulit. Cukup dengan memerah jus lemon ke dalam air masak dan jadikan ia rutin minuman harian anda. Anda akan perasan perubahan kulit wajah yang lebih berseri dan kurang masalah jerawat.

Ramai yang mendakwa bahawa kita tidak sepatutnya membuang lemon yang telah diperah begitu sahaja, kerana lemon lebih bermanafaat untuk kesihatan jika digunakan keseluhannya termasuk kulit lemon. Tapi bagaimana cara untuk kita menggunkannya?

Caranya senang sahaja, anda hanya perlu bekukan lemon yang telah diperah. Setelah lemon dibekukan anda tidak perlu mengupas lemon tersebut.sebaliknya anda perlu memarut atau cincangkan lemon tersebut supaya ia menjadi hancur. Kemudian anda boleh gunakan lemon itu untuk pelbagai kegunaan samada untuk dijadikan salad,sos,krim dengan menabur parutan lemon itu keatas apa-apa sahaja hidangan anda suka dan nikmatilah rasa yang baru.

imageApabila kita mengupas lemon, kita sebenarnya telah membuang khasiat vitamin yang terkandung dalam lemon tersebut. Kerak lemon mengandungi lima hingga sepuluh kali lebih banyak vitamin berbanding dengan jus, ia membantu melawan toksin dalam badan. Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lemon mempunyai kesan yang lebih kuat daripada kemoterapi. Khasiat lemon itu sendiri boleh membunuh sel-sel kanser malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan sintetik dan toksin,yang mana lebih menguntungkan segelintir masyarakat. Disamping itu, pengambilan lemon tidak memberi kesan sampingan sepertimana melakukan rawatan kemoterapi.

Tambahan pula, lemon mempunyai kesan yang kuat terhadap tumor dan cycts. Ia juga mempunyai kesan keatas mikrob dan jangkitan dimana mereka boleh membunuh parasit dalam badan dan boleh membantu anda mengawal tekanan darah. lemon adalah antiseptik semulajadi dan melawan tekanan dan lain-lain gangguan saraf yang berkaitan.

Percaya atau tidak,semua maklumat ini diperolehi dari sebuah syarikat pembuatan ubat ubatan, dimana kajian mereka bermula pada 1970-an menunjukan bahawa lemon ini dapat membantu membunuh sel-sel malignan, pancreas, paru-paru,prostat, payudara, kolon dan pelbagai jenis penyakit kanser. Kajian ini mendapati bahawa khasiat pokok lemon mempunyai kesan yang lebih kuat daripada Adriamycin,iaitu sejenis ubat yang berkaitan dengan kemoterapi.Apa yang menarik tentang lemon ini adalah ia membantu memusnahkan sel-sel kanser tanpa menjejaskan kesihatan.

P/s: lemon telah terbukti berkhasiat oleh orang ramai yang telah menggunakannya. Untuk kesan yang lebih efektif amalkan minum lemon yang diparut setiap hari supaya kita mendapat manfaat dari khasiat lemon tersebut.

 

 

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x