Diari Kurus

Ketahui 3 Faktor Tersembunyi Bagaimana Genetik Anda Boleh Buat Anda Gemuk

fat woman

Adakah ia kelihatan seperti, tidak kira betapa sukar anda cuba, anda masih tidak mampu untuk menghilangkan berat badan anda yang berlebihan?

1

Ia adalah cerita yang sama – anda mempunyai rakan-rakan yang kurus dan mereka boleh makan segala-galanya tanpa had tapi berat badan masih maintain, tetapi anda pula hanya mampu melihat makanan yang sedap dan makan dengan berjaga-jaga.

Kebanyakan orang menganggap bahawa dengan pantang makanan segera dan makanan ringan boleh membantu kurangkan berat badan tetapi itu jauh dari kebenaran kerana ia juga tidak memberi hasil.

Jadi sebenarnya, mungkin ada sesuatu yang lain dan tersembunyi!

Beberapa tahun yang lalu, satu penyelidikan terhadap berat badan yang semakin meningkat dijalankan yang mana mengaitkan genetik kita dengan obesiti.

Adakah ini bermakna, sekurang-kurangnya bagi sesetengah orang, berat badan mereka adalah di luar kawalan mereka? Jom kita kenalpasti.

fat

Berat Badan Yang Berlebihan

Pertama sekali, ini adalah gambaran secara ringkas keadaan obesiti hari ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan berat badan berlebihan atau obes sebagai “tidak normal atau pengumpulan lemak berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan”.

Kajian telah menekankan bahawa akan memberi peningkatan risiko bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan penyakit kardiovaskular, diabetes tahap 2, batu karang, gout, osteoartritis, asma, masalah pernafasan yang lain dan kanser tertentu.

Di Amerika Syarikat, ia dianggarkan lebih 35% daripada orang dewasa obes manakala lebih 34% mempunyai berat badan berlebihan, tetapi dua puluh tahun yang lalu, tidak ada satu negara pon mempunyai kadar obesiti di atas 15%!

Kanak-kanak juga mengalami berat badan yang berlebihan secara serius – yang mana hampir satu pertiga daripada mereka di bawah umur 18 tahun dikelaskan sebagai berat badan berlebihan atau obes.

Statistik menunjukkan bahawa obesiti di kalangan kanak-kanak amat membimbangkan yang mana dihadapi lebih daripada dua kali ganda kanak-kanak dan empat kali ganda di kalangan remaja dalam tempoh 30 tahun yang lalu!

Bagaimana Genetik Boleh Buat Anda Gemuk

Walaupun ia tidak jelas sejauh mana genetik kita mempengaruhi berat badan kita, ia diterima bahawa genetik memang memainkan peranan dalam indeks jisim badan (BMI). Berikut adalah beberapa cara bagaimana genetik mempengaruhi berat badan.

family
Sindrom Genetik

Beberapa keadaan genetik secara langsung boleh menjejaskan tahap berat badan seperti dalam kes mereka yang mempunyai sindrom Prader-Willi, sindrom Bardet-Biedl, sindrom Cohen, sindrom Ayazi atau sindrom MOMO.

Walau bagaimanapun, keadaan ini amat jarang berlaku dan ia hanya sebahagian kecil kes obesiti di Amerika Syarikat.

‘Gen Obesiti’

Walau bagaimanapun, terdapat sebab lain, yang lebih biasa, iaitu ciri-ciri genetik seseorang individu itu sendiri yang boleh dikaitkan dengan obesiti.

Pada tahun 2007, penyelidik mengenal pasti genetik berkaitan obesiti dikenali sebagai FTO, yang dikatakan “perkara biasa”. Mereka yang mempunyai genetik ini berisiko sebanyak 20% ke 30% lebih tinggi untuk obesiti berbanding orang yang tidak mempunyai genetik tersebut.

Harus diingat bahawa 40% daripada orang Eropah dan 42% daripada penduduk Asia Tenggara membawa genetik obesiti yang berisiko, manakala hanya 5% daripada Afrika. Jelas sekali, terdapat beberapa perbezaan antara mereka yang membawa genetik dan mereka yang sebenarnya obes.

Ia seolah-olah bahawa tidak semua mereka yang mempunyai genetik obesiti akan menjadi gemuk, dan bahawa banyak kes obesiti dipengaruhi oleh persekitaran (atau lain-lain) origin, bukannya genetik semata-mata.

cara makan

Hormon dan Obesiti

Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesihatan kita, yang mana ia adalah begitu penting untuk memastikan tubuh anda seimbang. Hormon kita bertanggungjawab untuk mengawal selia banyak perkara contohnya selera makan, tidur, penghadaman, mood, kesuburan dan banyak lagi.

Kekurangan leptin dalam badan akan menyebabkan selera makan anda meningkat jadi berat badan anda juga akan bertambah, dan ia juga akan menyebabkan ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan. Mengembalikan tahap leptin dalam badan boleh menyelesaikan masalah-masalah ini.

Genetik yang diwarisi ini dikenali sebagai kekurangan leptin yang wujud sejak lahir – di mana badan yang mempunyai hormon ini pada tahap rendah, akan membawa kepada obesiti di kalangan kanak-kanak.

Malah, satu kajian tahun 2015, pemerhatian ke atas dua adik-beradik – seorang gadis yang berumur 9 tahun dan adik beliau berumur 6 tahun obes tahap kritikal – mendapati bahawa kekurangan leptin sejak lahir adalah sebab utama.

Merawat kedua-dua kanak-kanak tersebut dengan leptin akan membawa kepada “penambahbaikan yang cepat terhadap cara pemakanan dan kehilangan berat badan”. Masalah kekurangan leptin sejak lahir biasanya didiagnosis beberapa bulan pertama dalam kandungan dan ia adalah gangguan yang amat jarang berlaku di mana hanya beberapa kes yang dilaporkan dalam sejarah perubatan.

ditakdirkan gemuk

Adakah Saya Ditakdirkan untuk Menjadi gemuk?

Jika anda salah seorang daripada orang-orang yang secara genetik terdedah kepada penambahan berat badan, anda mungkin akan berasa sukar untuk melakukan perubahan.

Tetapi anda perlu tahu bahawa, hanya kerana anda mempunyai genetik tersebut, anda tidak semestinya ditakdirkan untuk turut mendapat berat badan berlebihan.

Perhatikan kes dua kanak-kanak tadi, para penyelidik mendapati bahawa alam sekitar dan pilihan gaya hidup memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam pengurusan berat badan berbanding genetik.

Jadi, mari kita lihat dua faktor bukan genetik yang sangat penting yang anda sendiri terpengaruh dengannya.

Diet-Confusion-Blog

Diet

Sama seperti orang lain yang sedang berusaha untuk mendapat berat ideal, diet seimbang yang bebas daripada makanan segera, makanan berlemak, gula dan garam berlebihan adalah satu kemestian.

Kajian tahun 2014 yang mana dijalankan satu pemerhatian tentang cara pemakanan dan berat badan terhadap 37,000 orang, mendapati bahawa makanan berlemak dan makanan yang digoreng boleh berkait dengan genetik obesiti, dan akan meningkatkan risiko berat badan.

Diet anda hendaklah yang berasaskan biji-bijian, sayur-sayuran hijau dan sayur-sayuran lain, buah-buahan, protein tanpa lemak dan lemak yang baik. Jumlah makanan yang dimakan juga mempengaruhi. Ia kini lebih mudah jika dibanding sebelum ini untuk mendapat makanan ringan atau hidangan drive-thru tidak kira di mana kita berada bukan? Sedangkan kadang-kadang kita sebenarnya tidak memerlukannya pun.

Jadi beri lebih perhatian kepada makanan dan pengambilan kalori anda dan anda akan mendapati ia akan lebih mudah untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

senaman

Senaman

Untuk setiap orang, tanpa mengira matlamat berat badan anda, anda sebenarnya memang perlukan senaman untuk kesihatan jantung dan tulang anda, serta mengurangkan risiko kemurungan, kanser dan kencing manis.

Kami mencadangkan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu anda lakukan aktiviti aerobik secara sederhana atau 75 minit aktiviti aerobik yang lasak, di selangi dengan senaman latihan kekuatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Apabila fokus anda kepada proses penurunan berat badan, anda mungkin perlu melakukan lebih daripada ini … tetapi percayalah ia akan menjadi satu usaha yang berbaloi untuk anda!

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan melakukan senaman yang cukup boleh mengatasi beberapa risiko obesiti yang berkaitan genetik. Satu kajian pada tahun 2008 terhadap lebih daripada 17,000 orang, mendapati bahawa orang yang tidak aktif dan mempunyai genetik obesiti mempunyai BMI lebih besar daripada orang yang tidak aktif tanpa genetik tersebut.

Tetapi, orang yang mempunyai genetik tersebut yang kerap membuat senaman mempunyai BMI yang sama dengan mereka yang tidak mempunyai genetik tersebut.

Tambahan lagi, analisis ke atas 54 kajian, pada hampir 240,000 orang, mendapati bahawa mereka yang mempunyai genetik FTO mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk obesiti, tetapi senaman yang dilakukan adalah satu-satunya cara mereka untuk mengurangkan risiko obes.

Orang dewasa yang aktif dan mempunyai genetik obesiti berisiko 30% lebih rendah daripada orang dewasa yang tidak aktif yang mempunyai genetik tesebut.

lifestyle

Kesimpulan

Jelas sekali, beberapa kajian telah menunjukkan hubungan kuat antara genetik dan jisim badan. Tetapi, kebanyakan kes-kes obesiti lain adalah berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat dan pilihan pemakanan.

Para penyelidik bersetuju bahawa bagaimana genetik ini boleh membawa kepada masalah obesiti adalah bergantung kepada diri ANDA sendiri.

J. Lennert Veerman berkata dalam satu kajiannya pada tahun 2011: “genetik mungkin merupakan faktor yang “bekerjasama” menentukan siapa yang akan menjadi gemuk, tetapi persekitaran kita akan menentukan bilangan orang yang menjadi gemuk di masa hadapan”.

Makan secara sihat dan amalkan bersenam, anda akan menjadi diri anda yang baru iaitu versi yang paling sihat.

• Meet the Author ➞ diarikurus



2 comments… add one
  • Bahaya kegemukan ni, amalkan gaya hidup sihat selalu

    Jaga kesihatan anda, keluarga dan rakan2 anda juga dengan meminum air yg bersih 🙂

    https://cuckoodrink.blogspot.my/

    Reply
  • Genetik semua ni kadang2 alasan je. Nak kurus yang penting habit dan kena konsisten. Kat blogSado street ada detail sikit pasal habit & cara2 nak membentuknye.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x