Diari Kurus

Khasiat Bawang Putih Yang Anda Patut Tahu

 

nile_greens_3972554_2015-04-01-07-49-09

1

Bawang putih sebenarnya merupakan satu makanan yang menakjubkan! Suatu ketika dahulu, bawang putih amat terkenal kerana baunya yang agak menusuk hidung. Tetapi, para saintis telah membuat kajian dan mereka mendapati satu yang hebat, iaitu bawang putih mampu mencegah individu dari mengalami berat badan berlebihan, yang juga mampu menyebabkan penurunan berat badan, selain mampu mencegah penyakit dan lain-lain.

FreeGreatPicture.com-19609-beauty-lose-weight

  1. Menurunkan Berat Badan

Berdasarkan kajian para saintis, ujian makmal yang dilakukan oleh mereka terhadap tikus telah menunjukkan bahawa tikus yang diberi diet gula yang tinggi telah mengalami penurunan berat badan jika mereka diberi sebatian bawang putih. Diet gula yang tinggi yang diberikan kepada tikus tersebut kembali pada paras normal dalam masa dua minggu selepas diberi sebatian bawang putih kerana ia menurunkan kadar tekanan darah dan kadar metabolism tikus tersebut. Selain itu, menurut satu kajian yang dijalankan di Korea yang diterbitkan dalam “Nutritional Research and Practice” pada tahun 2012, ia mendapati bahawa risiko penyakit jantung di kalangan wanita yang telah menopaus, mempunyai risiko yang lebih tinggi disebabkan oleh perubahan dalam kadar metabolisme. Sekumpulan wanita telah membuat ujian dengan mengambil sebanyak 80 miligram ekstrak bawang putih pada setiap hari selama tiga bulan dan keputusannya, para penyelidik mendapati mereka telah kehilangan berat badan dengan ketara berbanding jika mereka mengambil ubat-ubatan lain. Para penyelidik telah menyimpulkan bahawa supplement biasa dengan bawang putih boleh mengurangkan berat badan dan lemak, selain mampu juga mengurangkan risiko penyakit jantung.

2

  1. Mencegah Penyakit

Penyakit seperti serangan jantung dan strok adalah pembunuh terbesar di dunia. Faktor bermulanya penyakit serangan jantung dan strok adalah berpunca dari tekanan darah tinggi. Menurut kajian, ia mendapati bahawa supplement yang mengandungi bawang putih memberi kesan yang besar kepada usaha mengurangkan tekanan darah di dalam orang yang mempunyai tekanan darah tinggi. Selain mampu mengurangkan tekanan darah, ia juga telah terbukti bahawa bawang putih amat berkesan dalam merawat kencing manis, menyembuhkan cirit-birit, mengurangkan risiko serangan jantung dan membunuh sel-sel kanser. Bagi penghidap penyakit kencing manis, bawang putih boleh mengawal gula dalam darah kerana ia berfungsi meningkatkan tahap insulin dalam darah. Ini menunjukkan bahawa bawang putih mampu membantu dalam kawalan penyakit kencing manis.

Osteoarthritis

  1. Menguatkan Tulang

Selain itu, berdasarkan kajian yang telah dibuat, bawang putih mampu meningkatkan hormone estrogen pada wanita, dan secara tidak langsung ia akan menguatkan lagi tulang. Ini bermakna bawang putih telah terbukti mempunyai kesan yang baik terhadap penyakit osteoarthritis atau penyakit saraf yang sering dihidapi kaum wanita terutamanya yang berumur 50 tahun ke atas. Dalam erti kata yang lain, bawang putih mengandungi nutrien yang bagus untuk kesihatan tubuh badan dan juga tulang manusia.

maxresdefault

  1. Mencantikkan rambut

Bawang putih juga dikatakan boleh menghilangkan masalah keguguran rambut anda kerana bawang putih mengandungi kadar ‘allicin’ yang tinggi dan sebatian sulfur, yang ditemui amat berkesan untuk merawat masalah keguguran rambut. Untuk menggunakannya, anda perlu gosok ulas bawang putih yang dihiris pada kulit kepala anda, memerah seperti yang anda pergi untuk manfaat yang paling. Anda juga boleh mencampurkan minyak dengan bawang putih dan urut ke kulit kepala anda untuk mendapatkan rambut yang segar dan cantik.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x