Diari Kurus

Khasiat-khasiat Mangga Untuk Tubuh Badan Yang Patut Anda Tahu

mangga

1

Buah-buahan adalah salah satu bahan makanan yang akan memberikan kita nutrien atau khasiat yang kita perlukan dalam seharian dalam tubuh badan kita.Di dalam post ini kami  ingin kongsikan sepuluh khasiat (10) yang ramai orang tidak tahu mengenai buah ini (Buah Mangga).Tahukah anda manfaat-manfaat yang ada di dalamnya?

  1. Menghalang kanser

Kajian menunjukkan di dalam buah mangga terdapat kompoun antioksida yang dilihat boleh melindungi diri kanser payudara, eukimia dan prostat.

  1. Mengurangkan kolestrol

Jumlah fiber yang banyak, serta vitamin C membantu mengurangkan tahap serum kolesterol terutama sekali Low-Density Lipoprotein (LDL).

  1. Membersihkan kulit

Boleh digunakan di dalam dan di luar kulit. Mangga membersihkan liang-liang yang tersumbat dan menghapuskan jerawat.

  1. Kesihatan mata

Satu cawan mangga yang telah dipotong membekalkan 25% keperluan vitamin A harian anda, yang membantu dalam menjaga penglihatan dan menghalang rabun malam dan mata kering.

  1. Mengalkalikan satu badan

Asid tartaric, malic dan sedikit asid sitrik yang ada di dalam buah itu boleh membantu mengekalkan rizab alkali dalam badan.

  1. Membantu mengurangkan diabetes

Daun mangga membantu menormalkan tahap insulin di dalam darah.Anda boleh panaskan air, rendamkan daun tu pada waktu malam dan kemudiannya minum air tu pada waktu pagi.Buah mangga juga mempunyai glycemic index yang rendah (41-60) jadi kuantiti yang sederhana tidak akan meningkatkan kadar gula dengan mendadak.

  1. Seks yang lebih baik

Mangga merupakan sumber vitamin E yang bagus. Walaupun dulu orang salah faham kaitan antara vitamin E dan keinginan untuk seks, kajian lebih mendalam mendapati kadar yang seimbang di dalam badan memang boleh membantu anda.

  1. Membantu pencernaan

Bukan buah betik sahaja buah yang mempunyai enzim untuk memecahkan protein. Terdapat beberapa buah termasuk mangga yang mempunyai manfaat ini.Fiber di dalam mangga juga membantu pencernaan dan membuang sisa-sisa dari dalam badan.

air mangga

  1. Mengurangkan panas badan

Buat jus dari buah mangga hijau dan mencampurkannya dengan air dan sedikit gula boleh mengurangkan panas badan dan menghalang keadaan yang bahaya pada badan.Dari kaca mata perubatan tradisional , sebab kenapa orang selalu letih apabila anda berada di kawasan khatulistiwa (Malaysia) ialah kerana tenaga matahari yang kuat memanaskan badan anda terutama sekali di bahagian otot.Kemudiannya buah pinggan menjadi penuh dengan toksin dari proses ini.

  1. Meningkatkan imunisasi badan

Jumlah vitamin C dan vitamin A yang banyak di dalam mangga termasuk 25 jenis karotenoid memastikan sistem imunisasi sihat dan kuat.

Anda semua minat buah mangga?Jangan lupa kongsikan kebaikan-kebaikan mangga kepada rakan-rakan anda semua, semoga mereka semua mendapat bernafaat dengan info ini.

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x