Diari Kurus

kurus demi anak

Ramai orang berimpian untuk turunkan berat badan, berimpian nak kelihatan cantik bila kurus, tapi tak tahu mana nak mulakan.

1

Betul! kita kena mulakan dengan diri sendiri. tapi dari aspek apa?

Perkara paling penting untuk kita turun berat adalah kenapa kita hendak turun berat atau “WHY” yang kuat?

Saya bersyukur 3 tahun lepas saya membuat keputusan untuk turun berat. Saya ambil keputusan dan sebab utama saya turun berat adalah sebab anak saya. Semasa awal perkahwinan berat badan saya sudah mencecah 78 kg.

Lepas beberapa bulan berumah tangga berat saya naik mendadak ke hampir 90 kg. Saya mula sedar saya perlu turunkan berat badan dan amalkan cara hidup yang sihat sejak kelahiran anak pertama saya.

Gambar sebelum

Gambar sebelum

Niat utama hanya untuk kekal sihat dan nak tengok anak membesar. Saya pasti kalau badan kita besar banyak sangat perkara yang kita takkan boleh buat berbanding orang berbadan kurus . Sebagai contoh berbeza atau tidak cara solat orang berbadan besar dengan orang kurus. Berbeza bukan? Paling mudah berbeza atau tidak cara mereka yang berbadan besar bangun dari duduk bersila berbanding dengan orang kurus? Sangat berbeza.

Ketika saya berbadan besar, saya mula sedar saya dah susah nak bangun, selalu mengalami sakit lutut, badan cepat rasa letih, tidur mula berdengkur dan cepat mengah. Tambahan pula saya tinggal dirumah tingkat tiga. Sampai tingkat dua pun dah mengah. Pernah terdetik dalam fikiran saya, sampai bila saya akan terus macam ini dan macam mana saya nak tengok anak membesar kalau saya teruskan cara hidup sebegini.

Selepas

Selepas

Lepas kelahiran anak saya yang pertama saya terus ambil keputusan untuk turunkan berat badan. Saya mula amalkan hidup yang sihat dan ambil tahu tentang kalori makanan seharian. Alhamdulillah saya berjaya turun berat sehingga 18 kg dalam 4 bulan sahaja.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pastikan kita perlu ada “WHY” yang kuat untuk turun berat badan. Terpulang pada individu. Ada yang nak turun berat badan sebab nak kahwin, ada yang nak turun berat badan sebab nak bertunang. Terpulang kepada masing-masing punya “WHY”.

Saya cadangkan kalau anda betul-betul ada target nak turun berat. Tampal “WHY” anda pada dinding atau pintu supaya kita kekal semangat hari-hari bukan hangat-hangat tahi ayam.

 

• Meet the Author ➞ asyraf



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x