Diari Kurus

Makanan Yang Wanita Perlu Elakkan Untuk Hamil

makanan perlu elak ketika hamil

1
  1. Daging mentah.

Makanan laut, daging dan juga ayam yang tidak dimasak atau tidak dimasak sepenuhnya perlu dielakkan kerana risiko pencemaran dengan bakteria koliform, toxoplasmosis dan juga salmonella. Ibu mengandung berisiko tinggi untuk mendapat keracunan makanan akibat penurunan daya imum semasa hamil.Mungkin di Malaysia tidak menjadi kebiasaaan untuk makan makanan mentah atau separuh masak tetapi risiko tetap ada memandangkan asimilasi budaya pemakanan seperti makanan barat atau mungkin sushi dari jepun.

2. Daging deli.

Daging deli telah diketahui bahawa dicemari dengan bakteria listeria,yang boleh menyebabkan keguguran. Listeria juga mempunyai kebolehan untuk merentasi plasenta dan boleh menjangkiti bayi yang boleh membawa kepada jangkitan atau keracunan darah, yang boleh mengancam nyawa.
Jika ingin juga makan daging deli, pastikan anda memanaskan dahulu daging tersebut sehingga masak sepenuhnya, tetapi seeloknya elakkan dahulu makan ketika hamil.

3. Ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.

Ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi perlu dielakkan. Merkuri yang dimakan semasa hamil dikaitkan dengan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak.Antara ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi ialah ikan yu, ikan todak, ikan kembung raja, ikan kerapu, ikan hiu, ikan tuna kuning dan ikan marlin. Semakin tinggi kedudukan ikan dalam rantai makanan semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut.

4. Kerang-kerangan mentah.

Majoriti penyakit bawaan makanan laut berpunca dari kerang-kerangan mentah seperti kerang,tiram,dan kepah. Proses memasak mungkin boleh membntu dalam nyah-bakteria, tetapi ia tidak menghalang jangkitan berkait dengan alga.

telur mentah

5. Telur mentah.

Telur mentah atau separuh masak mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk. Pastikan setiap masakan berkaitan dengan telur mesti dimasak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.

  1. Keju lembut.

Keju lembut yang diimport mungkin mengandungi bakteria Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran. Antara keju lembut yang dipercayai mungkin mempunyai Listeria ialah seperti brie, Camembert, Roquefort, Feta, dan Gorgonzola.

7. Susu yang tidak dipasteurisasi

Susu sebegini juga mungkin mempunyai bakteria Listeria. Pastikan susu yang diminum ialah susu yang dipasteurisasi.

kafein

8. Kafein.

Walaupun kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein dalam kesederhanaan adalah baik, ada yang mengatakan bahawa pengambilan kafein mungkin berkaitan dengan keguguran. Elakkan kafein semasa awal kehamilan pertama untuk mengurangkan kemungkinan keguguran.Sebagai peraturan umum, kafein harus dihadkan kepada kurang daripada 200 mg setiap hari semasa mengandung. Kafein adalah diuretik, yang bermakna ia membantu menghapuskan air dari badan. Ini boleh menyebabkan kehilangan air dan kalsium.Ia adalah penting bahawa anda minum banyak air, jus, dan susu dan bukannya minuman berkafein. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa sejumlah besar kafein dikaitkan dengan keguguran, kelahiran pra-matang, berat lahir rendah, dan gejala pada bayi. Perkara yang paling selamat adalah untuk menahan diri dari mengambil kafein.

9. Alkohol.

Pengambilan alkohol semasa hamil dapat menggangu perkembangan bayi dalam kandungan. Selain itu, pendedahan alkohol kepada bayi dalam kandungan boleh membawa kepada Fetal Alcohol Syndrome.

10. Sayur-sayuran yang tidak dibasuh.

Sayur-sayuran adalah selamat untuk dimakan tetapi pastikan sayur yang ingin dimasak dibasuh dahulu kerana mungkin terdapat bakteria Toxoplasmosis. Bakteria Toxoplasmosis boleh membawa mudarat kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

 

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x