Diari Kurus

Minuman Sihat Selain Air Kosong Bagi Anda Yang Ingin Kuruskan Badan

Closeup of a beautiful smiling young woman

1

Tidak disangkal, air sangat baik untuk kesihatan anda. Badan anda memerlukan air yang secukupnya untuk memastikan badan anda befungsi dengan baik. Terdapat kajian menunjukkan dengan pengambilan air secukupnya, ia dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko daripada menghidapi penyakit. Dengan hanya meminum air kosong, anda mungkin akan kehilangan banyak nilai-nilai nutrisi yang anda boleh peroleh daripada minuman anda. Jenis-jenis minuman dibawah dapat membantu dengan membekalkan tubuh badan anda dengan bahan antioksida dan khasiat-khasiat yang lain.

1. Susu

Toasting with Milk Glass

Kajian sentiasa dijalankan untuk memperbanyakkan pengetahuan tentang kebaikan susu dan makanan yang berasaskan tenusu terhadap kesihatan tubuh badan anda. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh ramai para penyelidik, mendapati dengan pengambilan susu dapat membantu tubuh badan anda membina tulang yang kuat, mengawal tekanan darah, menghalang penyakit jantung, penyakit kencing manis dan membantu mengurangkan berat badan. Susu amat baik dalam tumbesaran bayi yang selari dengan kajian yang menunjukkan susu dapat membantu anda untuk membina otot. Amat penting untuk mempunyai otot yang sihat kerana ia dapat membantu anda untuk meningkatkan tahap metabolisme anda dan seterusnya menyumbang kepada penurunan berat badan. Kajian juga menunjukkan seseorang yang meminum susu dapat menguruskan badan dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak meminum susu.

2. Air Kelapa

airsihat2

Air kelapa mempunyai kalori yang sedikit, bebas kandungan kolestrol dan mempunyai 4 kali lebih jumlah potassium berbanding pisang. Air kelapa yang mempunyai rasa manis yang semulajadi dan memberi anda kesegaran apabila anda meminumnya terutama sekali dimusim panas sekarang. Air kelapa akan lebih berasa lazat apabila diperolehi daripada buah kelapa yang muda dan daripada jenis-jenis tertentu seperti buah kelapa pandan. Dengan kandungan kalori dan sodium yang sedikit berbanding minuman sukan yang terdapat dipasaran, ia dapat membantu meningkatkan tenaga anda secara semulajadi dan seterusnya dapat membantu anda untuk menguruskan badan. Secawan air kelapa mengandungi 46 kalori, 6.3g gula, 600mg potassium, 252mg sodium dan 8.9g karbohidrat.

3. Teh Hijau

airsihat3

Teh hijau merupakan antara salah satu minuman yang sangat sihat di dunia yang dapat memberi pelbagai manfaat kepada tubuh badan anda. Ianya padat dengan bahan antioksidan dan nilai-nilai nutrisi yang lain yang boleh memberi kesan positif kepada tubuh badan anda. Ini termasuklah memperbaiki fungsi otak, mengurangkan berat badan dan juga mengurangkan risiko menghidapi kanser. Teh hijau juga dapat menghalang anda daripada penyakit yang berkaitan dengan jantung seperti tekanan darah tinggi dan sebagainya. Jika ianya memberi kesan positif kepada jantung anda, kebiasaanya ia turut memberi kesan positif kepada otak dan saluran darah anda. Selain dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan anda, teh hijau juga dapat menghalang anda daripada menghidapi penyakit Alzheimer.

• Meet the Author ➞ diarikurus



1 comment… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x