Diari Kurus

Padah Nak Kurus! Lelaki Ini Hampir Mati Disebabkan Pil Diet

Lewis-Bron-diet-pi_2623129a

1

Kerana terlalu taasub mahukan bentuk badan sasa, seorang bapa nyaris maut disebabkan terlebih dos pil diet yang menyebabkan badannya ‘masak’ dari dalam.

Lewis Brown, 25, mula mengunjungi gim untuk tujuan kesihatan, tetapi lama-kelamaan semakin obses dan makan steroid untuk mencapai berat badan sekitar 95 kilogram.

Pekerja makmal itu pergi ke gim setiap hari sebelum mula makan pil diet kontroversi, DNP, pada musim panas lalu untuk menghilangkan lemak berlebihan badan seterusnya menambah otot.

Malangnya, dia mengalami masalah kerana terlebih makan pil berkenaan apabila menelan lapan ‘pembakar lemak’ itu yang boleh dibeli dengan harga semurah 3p (RM1.90) di Internet untuk dos sehari.

Akibatnya, bahan kimia beracun di dalam pil berkenaan meningkatkan suhu badannya sehingga 42 darjah Celsius.

Lewis-Bron-diet-pi_2623130a

Disebabkan keadaannya parah, pakar perubatan terpaksa meletakkan Lewis dalam keadaan koma, dan menutupnya dengan ais. Malangnya, otot-ototnya mula mati dan menyebabkan team perubatan terpaksa memotong otot yang rosak.

i6_2623233a

DNP menyebabkan badan kehabisan tenaga, mempercepatkan metabolisme dan menyebabkan suhu badan meningkat.

Nasihat kami kepada semua diluar sana, untuk kurus dan memiliki badan yang cantik, tidak ada jalan pintas!

Jauhi ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan KKM dan jauhi mereka yang memberi jaminan ‘mengarut’ pil/formula mereka berkesan. Nyawa anda bakal teramcam.

 

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x