Diari Kurus

2 (1)

Punca Perut Anda Buncit Dan 7 Cara Mudah Untuk Mengatasinya

perut kempis

1

Pernah tak anda rasa seperti bertambah dua kilo setiap kali selepas makan? Sedangkan hidangan anda biasa-biasa sahaja dari segi kuantitinya kan. Macam pelik!

Masalah perut buncit merupakan perkara biasa bagi ramai orang. Ia sudah tentu tidak menyenangkan, tetapi jika anda mengalaminya secara kerap, apa yang anda boleh lakukan?

Kami kongsikan terlebih dahulu antara punca-punca yang menyebabkan anda mengalami masalah perut buncit dan kembung. Antaranya adalah:

  • makan berlebihan
  • kurang olahraga dan senaman
  • pemanis tiruan
  • gaya hidup
  • stress
  • kerap mengambil minuman bergas
  • perubahan hormon

Berikut adalah 7 tips untuk membantu anda mengurangkan masalah perut buncit yang membuat anda rasa tidak selesa dan mendapatkan perut kempis yang diidamkan:

Continue Reading ➞

5 Manfaat Air Putih Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

tips kurus

Air merupakan salah satu sumber semulajadi yang paling kaya dan mudah didapati. Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Banyak meminum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, sirap bandung atau segala jenis minuman yang manis-manis.

Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, yang mana rupa fizikalnya dan rasanya adalah seperti air. Air apakah itu? Tentulah “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong” atau “Air Putih”. Bukan air manis ya.

air manis

Tetapi adakah anda tahu bahawa dengan hanya minum air mengikut pelan air yang betul boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan?

Continue Reading ➞

Bolehkah Berdiet Dan Bersenam Ketika Puasa?

Muslims-prepare-for-summertime-Ramadan-fasting-4F8FS9M-x-largeLebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan menghadapi fasa bulan Ramadhan. Jadi, topik kali ini adalah mengenai persoalan bolehkah kita melakukan senaman dan berdiet walaupun ketika berpuasa. Melakukan aktiviti fizikal atau senaman pada bulan Ramadan mungkin kedengaran tidak masuk akal bagi sesetengah orang. Berdepan dengan cabaran tanpa makan dan minum hampir 14 jam sudah pun begitu mencabar ketahanan apatah lagi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Ramai juga yang mungkin beranggapan adalah lebih baik untuk menghentikan segala aktiviti fizikal seketika sehinggalah berakhirnya Ramadan. Malah, pendapat seperti ini nampaknya munasabah memandangkan tubuh dikhuatiri akan kehilangan lebih banyak air jika menjalani latihan senaman. Jadi, adakah senaman digalakkan pada bulan puasa?

Continue Reading ➞

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x