Diari Kurus

2 (1)

Lagu Best Untuk Anda Dengar Semasa Bersenam Dan Workout

 

-10553

1

Rata-rata ‘orang muda’ sekarang suka bersenam terutama jogging untuk berpeluh. Bila berjongging sambil dengar lagu, ia akan kurangkan rasa letih dan senaman akan jadi lebih enjoy.

Ok, jadi saya nak share 2 jenis lagu (yang tengah nak top sekarang) dan saya rasa ia akan memberi rasa ‘fun’ dan pada masa sama semangat kepada yang mendengar. Jom dengar!
1. Kelly Clarkson – Heartbeat


2.Humood AlKhudher – Kun Anta

Hope anda enjoy! Kalau boleh jadikan MP3 lagi best. Saya sendiri beli di itunes dan masukkan dalam handphone. Masa jogging dengar. Makin semangat, makin fun, makin banyak lemak dibakar!

Selamat mencuba!

p/s : Ada cadangan lagu lain? Komen di bawah ya. Nanti kami akan cuba suggest lagi 🙂

Resepi Coleslaw ala KFC

jom belajar cara buat Coleslaw ala KFC.

Memang senang dan cepat.coleslaw

Paling penting sedap dan

juga amat sesuai bagi saya yang tengah diet 🙂 .

Bahan-Bahan:

  • 1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar
  • 4-5 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 batang lobak merah, parut kasar
  • 1/4 cawan susu
  • 1 sudu besar gula putih
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga parutan karot. Taburkan serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan sekata. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis. Tetapi jangan terlalu banyak kerana nanti coleslaw bila direhatkan akan mengeluarkan sedikit air dari sayuran.
  3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang

kurus demi anak

Ramai orang berimpian untuk turunkan berat badan, berimpian nak kelihatan cantik bila kurus, tapi tak tahu mana nak mulakan.

Betul! kita kena mulakan dengan diri sendiri. tapi dari aspek apa?

Perkara paling penting untuk kita turun berat adalah kenapa kita hendak turun berat atau “WHY” yang kuat?

Saya bersyukur 3 tahun lepas saya membuat keputusan untuk turun berat. Saya ambil keputusan dan sebab utama saya turun berat adalah sebab anak saya. Semasa awal perkahwinan berat badan saya sudah mencecah 78 kg.

Lepas beberapa bulan berumah tangga berat saya naik mendadak ke hampir 90 kg. Saya mula sedar saya perlu turunkan berat badan dan amalkan cara hidup yang sihat sejak kelahiran anak pertama saya.

Gambar sebelum

Gambar sebelum

Niat utama hanya untuk kekal sihat dan nak tengok anak membesar. Saya pasti kalau badan kita besar banyak sangat perkara yang kita takkan boleh buat berbanding orang berbadan kurus . Sebagai contoh berbeza atau tidak cara solat orang berbadan besar dengan orang kurus. Berbeza bukan? Paling mudah berbeza atau tidak cara mereka yang berbadan besar bangun dari duduk bersila berbanding dengan orang kurus? Sangat berbeza.

Ketika saya berbadan besar, saya mula sedar saya dah susah nak bangun, selalu mengalami sakit lutut, badan cepat rasa letih, tidur mula berdengkur dan cepat mengah. Tambahan pula saya tinggal dirumah tingkat tiga. Sampai tingkat dua pun dah mengah. Pernah terdetik dalam fikiran saya, sampai bila saya akan terus macam ini dan macam mana saya nak tengok anak membesar kalau saya teruskan cara hidup sebegini. Continue Reading ➞

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x