Diari Kurus

Pentingkah Kolesterol? 9 Tips Sihat Untuk Kawal Kolesterol Tinggi

0012524998

1

Topik kali ini berkaitan kolesterol. Bagi anda yang mementingkan kesihatan atau sedang berdiet, sangat penting untuk mengetahui jumlah atau kadar kolestrol yang perlu diambil dalam setiap makanan. Walaupun kolesterol penting dalam menjana haba, namun jika diambil secara berlebihan ianya akan membahayakan tubuh badan malahan membawa kepada pelbagai penyakit yang kronik.

Apa itu kolesterol?

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein.  Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan berfungsi dalam menjalankan fungsi-fungsi tubuh yang lain.

Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar. Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan makanan berlemak secara berlebihan, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, yang lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah.

Kolesterol yang anda makan dicerna dan dihantar ke organ hati (bukan jantung) untuk diproses. Hati anda kemudiannya mempakej kolesterol tadi untuk diedarkan ke seluruh bahagian badan.

Kolesterol datang dari dua sumber iaitu badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Dari mana Asalnya Kolesterol?
Organ hati anda. Lebih banyak lemak anda makan, lebih tinggi kadar kolesterol dihasilkan hati. Sebahagian kolesterol juga berasal dari makanan tinggi kolesterol yang anda makan. Untuk mengankut kolesterol dan lemak ke seluruh badan, hati membuat pakej lipoprotein daripada gabungan lipid (lemak dan kolesterol) dan protein.

Jenis-Jenis Kolesterol
Ada 3 jenis kolesterol: VLDL (very low-density lipoprotein), LDL (low-density lipoprotein), dan HDL (high-density lipoprotein). Tiap satu dengan tugas berlainan dalam badan.

  1. VLDL
    Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.
  2. LDL
    Dinamakan ‘kolesterol jahat’ kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.
  3. HDL
    Dipanggil ‘kolesterol baik’ kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.

colesterol1

Kolesterol Jahat Vs. Kolesterol Baik

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana Kolesterol Berfungsi?
Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi.

  1. Lemak Dihantar ke Organ Hati
    Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.
  2. Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
    VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!)untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.
  3. Sebahagian LDLs Terperangkap
    Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap pada dinding salur darah seperti sampah-sarap yang terperangkap sepanjang salur longkang, maka ini akan menyebabkan salur darah menjadi kecil dan sempit.
  4. HDLs Menyelamatkan LDLs
    HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.
  5. Jika Anda Makan Banyak Lemak
    Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku.

600-01755512

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.

Tahap kolesterol adalah apa yang anda amalkan
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.

1. Makanan Yang Anda Beli

  • beli banyak makanan proses dan makanan segera
  • beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan keju
  • beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.

2. Apa Yang Anda Makan

  • makan banyak makanan goreng
  • suka makanan berkrim dan dicurah sos
  • makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat

3. Cara Hidup Anda

  • telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
  • tidak bersenam secara berkala
  • suka merokok

Kawal Peningkatan Kolesterol Secara Semula Jadi

Kolesterol adalah sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membran, menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.

Antara 80 hingga 90 peratus daripada kolesterol dihasilkan oleh hati, manakala selebihnya diperoleh melalui diet. Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol, terutamanya kolesterol-LDL (Low Density Lipoprotein) berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuhkan dan badan.

Faktor pemakanan memainkan peranan yang besar yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Dengan itu, berhati-hatilah dalam memilih makanan yang kita ambil terutamanya pada musim perayaan, yang mana kita banyak mengunjungi jamuan hari raya dan rumah terbuka yang menyajikan hidangan yang menyelerakan.

Plak atau mendapan kolesterol dan sebatian lain yang mendap akan mengeras dan menebal, ini akan menyebabkan pengerasan dinding arteri. Peningkatan mendapan akan menyempitkan saluran arteri lalu menghalang aliran darah ke jantung dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan risiko strok.

Kajian mendapati guggulipid, iaitu bahan yang diekstrak daripada tumbuhan herba Commiphora Mukul berkesan untuk menurunkan paras kolesterol dan lemak badan. Bahan aktif Guggulsterone bertindak meningkatkan penyingkiran kolesterol dalam hati, merangsang fungsi kelenjar tiroid yang terbabit dalam menurunkan kolesterol dan meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh.

Berdasarkan mekanisme inilah, pengambilan guggulipid turut memberikan kesan positif kepada penurunan berat badan. Selain itu, guggulipid juga telah digunakan sekian lama untuk meringankan masalah keradangan sendi serta mengurangkan ketidakselesaan sendi kerana bahan aktifnya iaitu guggulsterone didapati boleh mengurangkan keradangan akibat antritis.

Pengambilan guggulipid adalah sangat sesuai di kalangan mereka yang ingin mengekalkan paras kolesterol yang sihat. Di samping itu, ia mempunyai paras kolesterol pada paras sempadan.

Bagi mereka yang mengalami peningkatan paras kolesterol yang agak tinggi dan ingin mencuba remedi herba, pengambilan red yeast rice didapati boleh membantu.

Red yeast rice yang dihasilkan secara penapaian beras dengan sejenis yis dapat merencatkan aktiviti enzim hydroxymethyglutary coenzim A (HMG—CoA)reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol, lalu mengehadkan penghasilan kolesterol dalam tubuh.

Berdasarkan kajian yang dibuat di Los Angeles ke atas 83 individu yang sihat, hasilnya menunjukkan penurunan yang ketara terhadap kolesterol total, kolesterol LDL dan paras total trigliserida.

Red yeast rice mendapat pengiktirafan di Amerika Syarikat sebagai agen untuk menurunkan kolesterol. Selain itu, ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan membantu sistem penghadaman.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol?

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Colesterol-bueno-y-malo

9 Tips Sihat Untuk Kawal Kolesterol

Terlebih kolesterol, tak dapat dilihat, tak dapat didengar. Tetapi apabila kolesterol melebihi tahap yang diperlukan, anda akan berdepan dengan risiko terjadinya sakit jantung, strok, and pelbagai jenis penyakit kardiovaskular lain. Campurkan tinggi kolesterol dengan lain-lain penyakit (keluarga yang mempunyai sejarah sakit jantung, lelaki berumur lebih 45 tahun dan perempuan berumur lebih 55 tahun, perokok, atau mempunyai darah tinggi dan kencing manis) anda akan berada dalam keadaan lebih bermasalah. Apa perlu anda lakukan? Pastikan kolesterol ini dijaga dalam gaya hidup sihat rendah kolesterol disyorkan seperti di bawah:

1. Lebihkan buah dan sayuran

Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolesterol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah.

2. Diet makanan omega 3

Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3. Mengubah menu makanan

Sebaik-baiknya kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu. Kurangkan juga pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut di samping gula dan karbohidrat ringkas yang lain.

Ubahlah dengan menggantikannya kepada semangkuk oat kerana ia memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolesterol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4. Elak lemak tepu

Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolesterol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolesterol ‘jahat’.

5. Lebihkan makanan fiber

Kita memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembarangan.

6. Ubah gaya masakan

Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol. Jika sebelum ini corak penyediaan makanan anda lebih banyak menggunakan sumber-sumber berminyak atau lemak tidak tepu, ubah kepada yang lebih menyihatkan seperti mengurangkan penggunaan minyak dan seumpamanya.

7. Tingkatkan senaman

Aktiviti fizikal seperti olahraga dan senaman sangat baik untuk kesihatan tubuh. Ia bukan sahaja membantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, malahan juga membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan rasa keinginan atau ketagihan untuk merokok. Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total. Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

8. Kawal makan di luar

Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:

  • Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
  • Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
  • Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.

9. Lakukan pemeriksaan tahap kolesterol

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Langkah pertama dalam pengawalan kolesterol yang bijak adalah melakukan pemeriksaan kandungan kolesterol dalam darah. Pemeriksaan tahap kolesterol boleh dilalukan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta, klinik, pejabat doktor, booth-booth kesihatan di pasaraya dan sesetengah farmasi. Kebiasaannya pemeriksaan ini boleh dilakukan secara percuma atau dengan bayaran yang teramat murah. Sebaik sahaja anda tahu tentang tahap kolesterol anda, anda boleh mengetahui risiko anda terhadap serangan sakit jantung dan seterusnya memulakan langkah bijak ke arah pengawalan kolesterol yang berkesan.

(a). Ujian Kolesterol

Ujian kolesterol ini biasanya dilakukan tanpa perlu persediaan. Bagaimanapun, anda kadang-kadang diharuskan untuk berpuasa dalam tempoh sehari sebelum membuat pemeriksaan kolesterol. Sampel darah akan diambil. Jika sampel darah ini dibawa ke makmal, beberapa hari diperlukan untuk anda mendapat keputusannya.

(b). Bilangan Kolesterol
Kesemua ujian kolesterol akan memberi anda bacaan keseluruhan kolesterol. Anda juga mungkin diberi keputusan bilangan HDL dan LDL. Mungkin bilangan VDL tidak diberi.

(c). Maksud Bilangan Kolesterol

Tahap kolesterol boleh diukur berdasarkan bacaan 4 perkara tersebut iaitu:
1) Tahap kolesterol keseluruhan:
  • Bawah 200 mg/dl – Terbaik
  • 200 – 239 mg/dL – Tahap sempadan tinggi
  • 240 mg/dL dan keatas – Tinggi
2) Tahap kolesterol LDL:
  • Bawah 70 mg/dL – Ideal untuk mereka yang mempunyai risiko penyakit jantung yang sangat tinggi
  • Bawah 100 mg/dL – Ideal untuk mereka yang mempunyai risiko penyakit jantung yang tinggi
  • 100 – 129 mg/dL – Hampir ideal
  • 130 – 159 mg/dL – Tahap sempadan tinggi
  • 160 – 189 mg/dL – Tinggi
  • 190 mg/dL dan keatas – Sangat tinggi
3) Tahap kolesterol HDL:
  • Bawah 40 mg/dL (lelaki) – Tidak bagus
  • Bawah 50 mg/dL (perempuan) – Tidak bagus
  • 40 – 49 mg/dL (lelaki) – Baik
  • 50 – 59 mg/dL (perempuan) – Baik
  • 60 mg/dL – Terbaik
4) Tahap Triglycerides :
  • Bawah 150 mg/dL – Terbaik
  • 150 – 199 mg/dL – Tahap sempadan Tinggi
  • 200 – 499 mg/dL – Tinggi
  • 500 mg/dL dan keatas – Sangat tinggi

Info Tambahan:

Senarai Kandungan Kolesterol Dalam Makanan Mentah Di Malaysia

Berikut adalah senarai kandungan kolestrol dalam makanan mentah (raw food) di Malaysia. Perlu diingat jadual di bawah adalah makanan mentah atau yang belum dimasak. Sudah tentulah jumlah kandungan kolestrolnya akan berubah jika dimasak dengan cara digoreng, direbus, dibakar dan sebagainya.

Segala bahan-bahan yang dimasak seperti minyak masak, sayur-sayuran, garam, gula, kicap dan sebagainya akan meningkatkan lagi jumlah kolestrol dalam makanan mentah di bawah. Justeru, senarai di bawah boleh dijadikan panduan untuk menganggar jumlah kolestrol yang anda akan ambil dalam sehari.

Daging Dan Produk Daging (Dalam setiap 100 gram)
Kari daging lembu dan kentang dalam tin 46
Frankfurter daging lembu 42
Daging lembu tanpa lemak 58
Otak Lembu 2176
Jantung lembu 110
Buah pinggang lembu 320
Hati lembu 287
Perut lembu 18
Otak khinzir 800
Hati khinzir 185
Daging khinizir berlemak 64
Daging tanpa lemak 50
Ayam Ladang (Dalam setiap 100 gram )
Pangkal paha (thigh) berkulit 58
Tongkeng 94
Hati ayam 336
Ayam Kampung & Yang Berkaitan (Dalam setiap 100 gram)
Tulang belakang dengan kulit 20
Tulang belakang tanpa kulit 7
Paha (drumstick) dengan kulit 70
Paha (drumstick) tanpa kulit 47
Pangkal paha (thigh) dengan kulit 51
Pangkal paha (thigh) tanpa kulit 18
Kepak (wing) dengan kulit 67
Hempedal 97
Hati ayam 258
Kari ayam dan kentang dalam tin 37
Frankfurter ayam 18
Burger daging ayam 62
Daging itik berkulit 8
Daging itik tanpa kulit 4
Kari daging kambing dalam tin 53
Daging kambing tanpa lemak 64
Arnab bahagian lain kecuali peha 54
Paha (thigh) arnab 42
Telur
Telur peram (Century Egg) 166
Telur itik sebiji 333
Kuning telur (yolk) untuk Telur itik 1274
Telur ayam sebiji 266
Kuning telur (yolk) untuk telur ayam 1050
Telur puyuh sebiji 313
Kuning telur (yolk) untuk Telur Puyuh 965
Ikan, Cengkerang Dan Produk Berkaitan (Untuk Setiap 100 gram)
Ikan bilis kering seluruhnya 308
Ikan bilis kering kecil seluruhnya 320
Ikan bilis kering tanpa kepala dan perut 200
Tilapia 40
Keli 24
Lala 50
Kerang segar 13
Minyak hati ikan kod 100
Bebola ketam 25
Ketam bunga direbus  10 minit 34
Sotong segar 101
Sotong rendam 23
Belut 20
Telur ikan cencaru 560
Telur ikan tenggiri papan 328
Ikan kembung 46
Ikan kembung rebus 33
Tenggiri 2
Kupang rebus 233
Kupang (dried) 400
Bawal hitam 39
Bawal putih 22
Udang kering 320
Udang katak segar 62
Udang mancis segar 75
Udang pasir segar dengan kepala 93
Udang pasir segar tanpa kepala 50
Sardine dalam tin 21
Scallop segar 53
Belacan 341
Cencaluk 100
Siput 19
Ikan haruan 18
Ikan meraj 11
Ikan pari 23
Ikan kurau 4
Ikan senangin 31
Ikan tuna dalam minyak sayur di dalam tin 55
Susu Dan Produk Tenusu
Mentega 20
Lepa Keju Cheddar diproses 40
Susu Coklat 20
Aiskrim berperisa coklat 0
Susu lembu segar dipasteur 19
Susu tepung penuh krim 57
Susu UHT penuh krim 30
Yoghurt natural penuh krim 22

 

 

Sumber
e-kesihatan blog.khaltamarplus celikvitamin

 

• Meet the Author ➞ diarikurus1



1 comment… add one
  • http://www.4x4bogatynia.pl/samochody-reliant
    Buying a new or used auto can be quite a challenging process if you do not know what you will be undertaking. By educating yourself about car store shopping before you head to the dealership, you possibly can make stuff less difficult yourself. The following tips will help the next store shopping trip be a little more satisfying.

    Always bring a auto mechanic coupled when shopping for a new vehicle. Vehicle retailers are well known for marketing lemons and you do not wish to be their after that sufferer. Whenever you can not have a technician to consider autos together with you, at the very least make certain you have him take a look at closing choice before you buy it.

    Know your limits. Before you begin purchasing for your upcoming vehicle or van, decide how much you can manage to pay out, and follow it. Don’t overlook to incorporate desire for your computations. You will definitely shell out all around 20 % as a down payment also, so be ready.

    Prior to visiting a car dealership, know which kind of motor vehicle you desire. Study most of you options before store shopping to help you decide what works the best for your budget and family members requires. Do your homework to find out just how much you should pay for a potential automobile.

    Before you sign any commitment make time to read each line, like the fine print. When there is nearly anything listed that you do not fully grasp, usually do not indicator until you receive an solution which you comprehend. Unsavory salesmen can make use of a contract to put in several costs that have been not discussed.

    Should you maintain the preceding advice in mind the next time that you go purchasing a vehicle, you will be prone to get a better package. Getting a automobile lacks to be a head ache. Only use the guidelines from this post and you may get the automobile you would like with a very good price.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x