Diari Kurus

Rahsia Gadis Ini Berjaya Kuruskan Berat Badan Sebanyak 20 Kg Tanpa Sebarang Suplemen

 

Gambar sebelum

Gambar sebelum

 

Gambar selepas

Gambar selepas

Dalam hidup ini, tiada apa pun yang mustahil untuk kita gapai jika kita berusaha. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Cuma, tiap sesuatu untuk dicapai itu semuanya kena ada usaha.

1

Kisah transformasi gadis ini yang dulunya berbadan gempal, kini penampilannya cukup luar biasa sehingga menjadi sumber inspirasi untuk kita semua. Jadi, beliau telah berkongsikan sedikit rahsia dan tips bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kg.

Sumber perkongsian ini diperolehi daripada instagram frhdynh_. Menurut gadis ini, beliau mengalami dilema berat badan berlebihan dengan susuk tubuh yang gempal sejak zaman sekolah menengahnya. Jadi akibat malu dengan bentuk fizikalnya, beliau mengambil inisiatif untuk transformasi dari gadis bertubuh badan gempal kepada gadis yang kurus, langsing malah lebih cantik.

Berikut tips yang diberikan oleh gadis ini bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa setahun tanpa pengambilan suplemen atau pil kurus. Antara tips mudah yang beliau amalkan ialah:

1. Tidak mengambil gula atau sebarang air manisan

2. Tidak mengambil minuman sejuk dan berais

3. Jauhi pengambilan makanan karbohidrat termasuk roti, biskut, kek, donat, nasi)

4. Amalkan pengambilan air kosong 2liter setiap hari

5. Tidak ambil makanan berat selepas jam 7 malam

6. Bahagikan porsi makanan kepada 4 bahagian. Guna pinggan kecil. 1/4 nasi, 1/4 protein (ayam, ikan). Elakkan makanan laut dan daging. Ambil lauk sahaja tanpa kuahnya selain lebihkan sayur dalam pinggan hidangan.

7. Minum air 30 minit sebelum dan selepas makan. Jangan terus minum. Ini bagi membiarkan makanan dapat turun sepenuhnya terlebih dahulu. Jika makan makanan pedas, sebaiknya tahan dulu dari minum sebarang air.

8. Makan buah sebelum makan tetapi pastikan hadkan pengambilannya kerana buah juga mengandungi gula dan karbohidrat.

9. Sekali sekala makan apa sahaja yang diingini tetapi pada hujung minggu sahaja.

10. Pastikan minum air detox atau clenx tea kerana ia membantu melawaskan sistem penghadaman dan pencernaan.

11. Amalkan bangun awal pagi dan mandi sebelum subuh.

12. Jangan terus mandi lepas makan.

13. Jaga waktu tidur. Pastikan dapat tidur yang mencukupi.

14. Ambil berat pada diet makanan yang diambil. Boleh juga cara berdiet ala diet Atkins.

Jadi, agak-agak anda yang dalam target nak kurus boleh cuba ikut cara gadis ini tak? Sudah tentu boleh sebab jika orang lain boleh maka tidak hairan anda juga boleh kurus dan turunkan berat badan. Apa yang penting, keazaman dan fokus pada apa yang telah disetkan. Anda juga mesti nak cantik, kurus dan ramping seperti gadis ini. Jom, kurus!!!!!

• Meet the Author ➞ diarikurus1



4 comments… add one
  • Hebatttt…..saya akan berusaha mengikutinya.

    Reply
  • Kisah yg boleh dijadikan panduan utk insan2 seperti saya..yg penting usaha, fokus dan sabar..

    Reply
  • Fighting! 💕

    Reply
  • keep hwaiting!!💪

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x