Diari Kurus

Rahsia Jadikan Senaman Sebagai Rutin Harian Anda

setiaphari0.2

1

Bukan sukar untuk anda mulakan rutin senaman. Yang menjadikan masalahnya ialah untuk mengekalkan rutin tersebut sebagai jadual harian. Anda akan diganggu dengan banyak perkara didalam hidup anda seperti tuntutan kerja yang menghidari anda daripada untuk komited kepada rutin senaman anda tersebut dan ramai yang tinggalkan senaman disebabkan oleh hal-hal seperti berikut. Jika anda berusaha menjadikan senaman sebagai rutin harian, ia akan bertukar menjadi tabiat yang dapat membantu anda untuk berasa lebih mudah untuk bersenam. Penting untuk anda ketahui matlamat yang ingin dicapai daripada rutin senaman untuk membantu anda berasa lebih semangat untuk mengekalkan rutin tersebut.


1. Lakukan Senaman Yang Anda Suka

setiaphari2

Tiada apa yang dapat membuat anda untuk berasa lebih bermotivasi untuk bersenam melainkan anda melakukan aktiviti senaman yang anda gemar. Sesetengah dikalangan anda gemar lakukan senaman tanpa menggunakan peralatan di gymnasium dan ada yang gemar lakukan senaman dengan bersukan seperti bermain bola sepak dan badminton. Untuk ketahui senaman apa yang anda gemar, cuba fikirkan senaman yang anda gemar lakukan ketika anda dizaman anda belajar. Dengan melakukan senaman rutin yang anda gemar, ia dapat menggalakkan anda untuk berasa lebih bermotivasi untuk bersenam.

2. Pelbagaikan Senaman

setiaphari3

Salah satu cara untuk kekal minat kepada senaman ialah dengan mempelbagaikan jenis aktiviti ke dalam senaman anda. Ianya bukan sahaja dapat memotivasikan diri anda ianya juga baik untuk tubuh badan anda. Otot yang digunakan semasa anda bersenam adalah berbeza dan bergantung kepada jenis senaman yang anda lakukan. Contohnya, senaman tekan tubi adalah baik untut otot dikawasan perut dan tangan anda manakala senaman squat baik untuk otot peha anda.

3. Libatkan Rakan

setiaphari4

Jika tiada ahli keluarga yang dapat menemani anda ketika waktu bersenam, anda boleh cuba untuk meminta pertolongan daripada rakan yang dapat menemani anda untuk besenam. Lebih baik jika anda dapat mencari rakan yang mempunyai tahap kesihatan yang sama dengan anda. Ini untuk memudahkan anda membandingkan hasil yang anda peroleh daripada senaman yang anda lakukan. Bersenam dengan rakan juga dapat memberi anda dorongan untuk berusaha lebih ke tahap maksimum. Tambahan, sukar bagi anda untuk tidak bersenam apabila anda sudah berjanji dengan rakan anda hanya kerana anda berasa malas. Tunggu apa lagi? Tetapkan janji temu bersama rakan anda untuk melakukan aktiviti senaman bersama-sama!

4. Tetapkan Waktu

setiaphari5

Penting untuk anda tetapkan waktu untuk anda bersenam. Tidak kira samaada diwaktu pagi, petang atau malam. Ianya bergantung kepada keselesaan dan kelapangan waktu anda. Ada dikalangan anda gemar bersenam diwaktu pagi kerana udara yang segar, ada pula yang gemar bersenam di waktu petang selepas waktu berkerja dan ada juga yang gemar bersenam di waktu malam. Pilih waktu yang sesuai dengan anda dan cuba kekalkannya. Jika anda tidak tetapkan waktu yang sesuai, anda akan mencari pelbagai alasan untuk menangguhkan senaman anda dan akhirnya dalam masa sebulan anda lansunfg tidak melakukan apa-apa senaman.

5. Jangan Gelojoh

setiaphari5.q

Tidak salah untuk jika anda semangat untuk melakukan pelbagai jenis senaman di minggu pertama anda tetapi ia tidak baik kepada tubuh badan anda. Lakukan senaman lebih daripada kemampuan tubuh badan anda akan menyebabkan badan anda berasa sakit dan sengal. Apabila ini terjadi, anda lebih cenderung untuk berhenti usaha anda ditengah jalan. Amat disarankan, bagi anda yang ingin menjadikan senaman sebagai rutin harian, mulakan dahulu senaman selama 20 minit untuk minggu pertama. Lakukan senaman yang ringan dahulu seperti berlari atau berbasikal. Apabila badan anda sudah biasa dengan bersenam setiap hari, anda boleh cuba menambahkan waktu senaman anda daripada 20 minit kepada 30 minit dan juga cuba selitkan senaman yang memerlukan intensiti yang tinggi seperti “sit up” atau “plank”

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x