Diari Kurus

Rahsia Kurus Cara Diet Fiber Sepinggan Penuh

The-Importance-of-Dietary-Fiber

1

Bila bercakap mengenai diet atau menasihati seseorang agar berdiet, pasti akan beranggapan ‘tidak makan langsung; skip masa makan, perlu berlapar dan seumpamanya. Andaian dan tindakan itu sebenarnya salah malah memudaratkan diri sendiri. Kebanyakan pesakit gastrik atau ulser perut berpunca daripada pemikiran ‘tidak makan’.

Ubahlah tanggapan itu dan tukar kepada konsep diet makan sehingga kenyang dengan ‘pinggan penuh’. Mungkin ramai yang tidak tahu dengan berdiet ‘pinggan penuh’. Diet ini bermaksud makan sampai kenyang, tidak perlu berlapar, malahan berita baiknya ia membantu mengurangkan berat badan tanpa perlu bersenam.

Diet ‘pinggan penuh’ bermakna anda perlu memilih makanan yang mengandungi serat (fiber). Bermakna makan 100% (sepinggan penuh) tetapi komposisi atau jenis makanan terutamanya lemak dan karbohidrat diganti dengan sumber fiber, iaitu yang boleh diserap badan. Sumber ini termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan seumpamanya. Apatah lagi lebih baik juga melebihkan protein dalam hidangan seperti yang diamalkan oleh pendiet Atkins.

High-fiber-Diet

Kenapa fiber? Fiber dipercayai mempunyai rendah kalori atau hampir tiada kalori. Jadi, bagi diet ini amat sesuai bagi anda yang sukar untuk mengawal nafsu makan tetapi mahu menurunkan berat badan. Tidak menjadi masalah bagi anda kerana sumber-sumber fiber ini mudah untuk didapati. Memang terbukti hampir 98% orang yang berjaya menurunkan berat badan dan dapat bertahan lama dari rasa lapar walaupun mengambil sedikit kalori. Jadi perlukah mengurangkan makan kerana mahu menghilangkan berat sedangkan asas untuk menurunkan berat badan ialah ‘kurangkan kalori’. Jika anda faham konsep berdiet dengan betul, anda tidak perlu lagi menyiksa diri dengan berlapar. Makanlah sekenyang-kenyangnya asalkan prihatin dengan jumlah kalori yang diambil.

Sudah diet, tetapi masih gagal. Kenapa?

Apabila kita mula berasa kenyang ia adalah disebabkan oleh kuantiti atau berapa banyak jumlah makanan yang dimakan. Rasa kenyang bukan disebabkan kerana makan kalori.  Jika ambil makanan sedikit tetapi tidak mengawal jumlah kalori yang diambil, maka berat badan akan lebih cepat dan mudah naik. Kebanyakan pelan diet gagal sebab mengajar makan dalam kuantiti kurang sebaliknya bukan mengubah komposisi bahan makanan. Cara ini bukan sahaja membuatkan anda sering lapar, malahan berat badan juga enggan turun.

Jadi, caranya ialah dengan makan seberapa banyak anda ingini tetapi masih tetap mengawal atau mengurangkan kalori makanan tersebut. Untuk kesan yang baik, tingkatkan pengambilan sumber fiber dalam menu. Apabila melebihkan pengambilan fiber maka kalori yang diambil turut berkurang. Dengan ini, peratusan anda untuk kurus lebih tinggi.

Fiber, Dietary Fiber, Food.

Kebaikan Diet Fiber Tinggi

Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Semua hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.

Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.

Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).

Fiber juga tidak mengandungi gula tepu yang menjadi penyebab kepada masalah diabetes. Hal ini kerana kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa ‘overload’.

Selain itu, diet fiber ini juga membantu mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, dan keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.

chart dietary-fiber-commonly-consumed-vegetables-large-1024x405

 Cara Diet Fiber Sepinggan Penuh

1. Makan banyak makanan mengandungi fiber
– Minum banyak air (6 gelas sehari).
– Berhenti makan sebelum kenyang.

2. Makan fiber sebagai pembuka hidangan
– Cuba pelbagai jenis makanan fiber yang sedap.
– Minum lagi banyak air sehari (8-10 gelas).

3. Stabilkan makan fiber
– Beri perhatian terhadap label pada setiap produk makanan  (sekurang-kurangnya 40 gram sehari).
– Kurangkan makan daging dan bahan tenusu, temasuk makanan yang tinggi kalori, tinggi lemak, kurang fiber.

 

Sumber
blog.khaltamarplus

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x