Diari Kurus

Resepi Diet Tanpa GST

resep-ayam-teriyaki-10

1

Bestnya kalau dapat makan ayam teriyaki..Tapi memandangkan kita tengah berjimat kenalah kuburkan niat nak makan ayam tu kat mall tadi. Lagipun sah2 restoran macam tu ada GST..hehe,so memang kena simpan duit ckit lah..xboleh guna harga macam dulu lagi.. Haa jangan fikir  kita tak sokong GST pulak tau.nanti tak pasal-pasal kena tinggal kat bulan.hehe..Tapi jangan risau,walaupun restoran tu ada GST tapi bahan-bahan yang dia guna nak buat ayam teriyaki tu tak ada GST pun sebenarnya.So, apalagi jom kitak masuk dapur dan masak sendiri ayam teriyaki.Dah la sesuai untuk kita yang tengah diet ni..GST2 gak,diet makan kena tetap jaga.Baru la raya ni semua family kat kampung terkejut.

chickenteriyaki1.jpg

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau bahagian ayam yang tidak bertulang
2 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
1 inchi halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau semalaman.
2. Panaskan kuali non stick dan panggang ayam.
3. Tutup kuali, buka sekali sekala dan apabila ayam kelihatan hampir masak, terbalikkan.
4. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
5. Apabila ayam dah masak, bolehlah dihiris nipis ayam tadi

Bahan Hiasan :

Bijan & Daun Salad

Senang dan ringkaskan? Jadi apa tunggu lagi,jom masak ayam teriyaki tengahari ni.sedap hingga jilat ibu jari 🙂 . Selamat Mencuba

 

• Meet the Author ➞ uji



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x