Diari Kurus

Resepi Juadah Berbuka Puasa – Puding Susu Oreo

!!!

1

Biskut oreo adalah salah satu biskut yang sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat, terutama kanak-kanak. Biskut coklat dengan gabungan susu putih, coklat, vanila., dan anggur di dalamnya membuatkan biskut ini terasa berbeza dengan biskut-biskut lain. Pelbagai variasi rasa yang tersaji di dalam biskut oreo yang membuatkan kita merasa ketagih untuk memakannya.mungkin anda biasa menikmati biskut oreo begitu sahaja. Padahal jika ditambah dengan susu atau teh panas yang manis dalam menikmati biskut oreo memang tersangat nikmat rasanya. Resepi ini sangat sesuai dijadikan menu untuk berbuka puasa kerana rasanya yang sedap mampu membuatkan anda menikmatinya dengan penuh selera. 🙂 jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya.

Bahan-bahan Puding Jeli Bubble untuk Puding Susu Oreo:

  • Serbuk jeli perisa strawberry
  • Air 600 mili liter
  • Gula pasir 150 gram
  • Jeli mutiara warna merah 200 gram

Bahan-bahan Puding Susu untuk Puding Susu Oreo:

  • Whipped cream pukul 75 gram
  • Serbuk jeli putih 1 bungkus
  • Susu cair tawar 600ml
  • Pes buttermilk 1 sudu teh
  • Biskut oreo 15 keping (buang krimnya, dan di potong kasar)

Cara membuat puding susu oreo.

  • Rebus serbuk jeli, air dan gula sehingga mendidih. Angkat lalu masukkan jely mutiaranya dan campur sehingga rata. Tuang puding jely bubble ke dalam gelas dan masukkan ke dalam peti.

Cara membuat buat puding susu Oreo

  • Rebus seruk jeli, susu dan gula sehingga mendidih.seterusnya, tambahkan buttermilk pasta dan campurkan bersama sehingga rata. Angkat dan biarkan sehingga suam. Tuangkan adunan jeli ke dalam whipped cream, goyangkan sedikit demi sedikit sehingga rata.
  • Kemudian masukkan kepingan biskut oreo, gaul sehingga rata
  • Kemudian tuangkan puding susu diatas puding bubble, lalu disejukkan.
  • Sajikan dan hias puding dengan sekeping oreo.

Selamat mencuba 🙂

 

 

 

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x