Diari Kurus

3 Fakta Mengenai Coklat Yang Buatkan Kulit Anda Cantik

Coklat merupakan makanan yang paling popular dan disukai oleh masyarakat kerana rasanya yang lazat dan menyegarkan. Dan pada hari ini kita boleh lihat banyak produk makanan coklat yang dijual di pasaran.maka wajar, jika saat ini coklat menjadi produk makanan yang paling disukai oleh masyarakat. Walaubagaimanapun, masih ramai masyarakat kita beranggapan bahawa coklat adalah menggemukkan, penyebab kerosakan gigi dan kencing manis. Sebenarnya kajian telah membuktikan bahawa coklat mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi manfaat kesihatan.

1

chocolate

Mitos dan Fakta Sebenar Tentang coklat:

  Coklat boleh menggemukkan

  •  fakta: Masalah gemuk biasa terjadi apabila seseorang makan secara berlebihan. Jika kita makan secara sederhana termasuk coklat dan bersenam secara teratur pada setiap hari, masalah obesiti boleh dielakkan. Jadi, jangan salahkan coklat semata-mata jika anda terlalu gemuk!. 🙂

Coklat ialah makanan tidak berkhasiat

  • fakta: Coklat dengan kandungan lebih 70%  mempunyai manfaat untuk  kesihatan, kerana coklat kaya dengan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid.  Fenol berfungsi  sebagai antioksidan yang mampu mengurangi kolestrol dalam darah sehingga dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dapat mencegah daripada serangan kanser,stroke  dan darah tinggi. dengan Satu bar coklat susu seberat 42.5 gram (1.5 auns) menyumbang banyak zat dan khasiat kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA). Zat itu ialah Kalsium (9%), Riboflavin (9%), Protein (6%), Zat Besi (3%), Vitamin A (2.4%) dan Thiamine (2%). Nilai khasiat cokelat  akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Kesimpulannya, coklat sangat berkhasiat.

Coklat menjadi penyebab utama kerosakan gigi

  • fakta: Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun, mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang boleh menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula yang tinggi dalam sesetengah jenis coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.

selain memberi manfaat untuk kesihatan coklat juga memberi manfaat untuk kecantikan.

Anti penuaan

  • Coklat boleh dijadikan rawatan untuk kawasan kulit luar dimana kandunagan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan berperanan untuk menegangkan kulit badan sehingga anda akan kelihatan selalu muda dan segar. Lakukan ramuan coklat ini secara rutinn sebanyak 2-3 kali seminggu.

Detoksifikasi kulit.

  • Detoksifikasi ialah proses pembuangan racun pada kulit. Coklat juga boleh diaplikasikan menjadi satu produk kecantikan iaitu dengan campuran coklat bubuk (cocoa powder) dan kafein ia sangat bermanfaat bagi detoksifikasi kulit. Bukan itu sahaja campuran coklat dan kafein mampu mengatasi masalah kulit berminyak dan kusam.

Manfaat-Coklat-Untuk-Kesehatan-Dan-Kecantikan

 

Scrub Alami

  • coklat juga boleh dijadikan scrub alami untuk perawatan kulit. dengan menggunakan scrub coklat, maka dapat mencerahkan kulit tubuh serta menghilangkan sel-sel kulit mati dalam tubuh. Caranya iaitu dengan melelehkan bubuk coklat, lalu campurkan dengan susu sehingga berbentuk krim. Lalu, aplikasikan scrub coklat ini pada wajah dan leher anda.

masker-coklat-640x470

kesimpulanya,coklat tidak memudaratkan kesihatan malah baik untuk kesihatan dan kecantikan jika diambil pada kadar yang betul. selamat mencuba. 🙂

 

 

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x