Diari Kurus

Tentang Kami

diarikurus logo

1

Assalamualaikum dan salam hormat!

Kami amat berbesar hati untuk bersama anda dalam ‘journey’ mengurangkan berat badan. Blog diarikurus.com (Diuruskan oleh SIFOO Network, No Pendaftaran SSM KT0330664-P) bertujuan 100% untuk memberikan info-info, tips dan teknik pemakanan sihat dan diet seimbang untuk mendapat berat badan ideal.

Impian kami adalah kami mahu mencipta satu laman di mana kami boleh membantu pembaca menjalani kehidupan yang sihat dan berkhasiat. Kami percaya kita mengawal nasib kita, dan kita boleh memilih untuk menjalani kehidupan yang panjang dan sihat dengan menjaga pemakanan dan tubuh badan dengan baik.

Sememangnya tidak boleh dinafikan, Malaysia mengalami masalah berat badan yang kronik. Majoriti orang dewasa mengalami masalah obesiti yang melampau berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang. Ditambah dengan pengambilan gula, lemak dan bahan pengawet yang lain, ia akan menambah masalah seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.

Justeru, kami dan pasukan di diarikurus.com ingin memastikan kami dapat menyampaikan mesej tentang kesihatan & cara mengurangkan berat badan kepada rakyat Malaysia dan dunia. Semoga usaha sedikit kami ini boleh memberikan harapan dan semangat untuk ramai orang.

Stay healthy!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x