Tips diet yang sihat sebenarya tidak akan pernah membuat anda merasa tersiksa kerana perlu menahan lapar sehari suntuk. Justeru dengan anda tidak makan dalam sehari maka metabolisme tubuh boleh menurun dan akibat daripada proses pembakaran lemak yang juga menjadi perlahan sehingga berisiko menjadi terkumpulnya lemak yang lebih besar di dalam tubuh. Memang masih ramai orang yang mengamalkan diet tidak sihat. Sehingga banyak orang yang ingin mendapat tubub badan langsing akan tetapi telah mengundang beberapa penyakit yang datang. Untuk itu, semak beberapa tips diet berikut untuk membantu dalam menurunkan berat badan anda.
1. Sentiasa Bersarapan
Sarapan pagi memang sangat penting untuk sumber tenaga yang utama. Apabila anda melewatkan sarapan, ia boleh meyebabkan untuk makan yang lebih banyak. Untuk itu, anda boleh sarapan dengan sekeping roti gandum dengan 1 butir telur dadar dan semangkuk salad. Dapat pula dengan 100 gram nasi dengan sepotong ikan serta semangkuk sayur.
2. Jangan Lewatkan Waktu Sarapan
Kalau anda sentiasa sarapan pada pukul 09.00pg, anda harus menukar waktu sarapan pada pukul 07.00pg supaya proses pembakaran tenaga ini bermula dengan lebih cepat.
3. Makan Tengah Hari dengan Salad Sayuran
Anda boleh cuba salad sayur-sayuran ini untuk makan tengah hari supaya tubuh badan anda sentiasa bertenaga dan sihat.
4.Perbanyakkan Minum Air Putih
Amalkanair kosongini sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas setiap hari bagi melancarkan metabolisme tubuh dan menjadikan anda tetap merasa kenyang untuk waktu yang lebih lama.
5. Jauhkan Makanan Yang Menyebabkan Kegemukan
Kurangkan pengambilan garam, serta elakkan pula makanan ringan seperti kerepek dan juga makanan ringan. Selain itu, anda boleh menhindari pula minuman bersoda, yang mengandung kafein serta alkohol yang berlebihan.
6.Kerap Bersukan
– Waktu petang biasanya kita selalu minum petang. Buat pilihan makanan terbaik untuk meningkatkan tenaga seperti pisang, kacang, dan low fat yogurt.
– Pilihlah makanan yang direbus, berkuah, dibakar sebelum anda memilih yang digoreng.
– Belilah pengisar buah dan cuba buat ciptaan jus anda sendiri. Jangan lupa untuk mencuba jus sayur-sayuran. Kaya vitamin dan lebih sedikit fruktosa.
– Potonglah buah-buahan yang anda suka dalam potongan kecil untuk menggantikan snek yang tidak sihat.
– Pastikan anda mendapatkan cukup matahari. Vitamin D akan membantu anda mendapatkan lebih banyak kalsium yang akan lebih mempercepatkan proses metabolik.
– Elakkan makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10 peratus. Baca label maklumat nutrisi di setiap produk makanan.