Diari Kurus

Tips Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat Dan Seimbang

khasiat

1

Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam.

 

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Perkongsian kali ini saya akan kongsikan tips bagaimana cara menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Antara tips dalam menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah :

 

  • Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
  • Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti,mee dan ubi.
  • Pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
  • Pilih yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju, dadih.
  • Pilih yang membekalkan protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang.
  • Kurangkan pengunaan lemak, minyak, santan dan gula dalam masakan. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula dan garam seperti snek dan makanan segera.

 

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

 

  1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

buah

 

  1. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

 

kekacan

  1. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

air

 

  1. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

gulai

 

  1. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

 

  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

lemak

  1. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

sal

 

 

• Meet the Author ➞ diarikurus



1 comment… add one
  • Salam,
    Great article but tempe reminded me of my aunt.
    Makcik saya pengusaha tempe dan makan tempe setiap hari sekarang ada kanser perut tahap akhir.
    Ada ramai pengusaha ragi yang tak ada siapa tahu apa yang sebenarnya yang ada tambahan dalam ragi.
    Pengeluar products hanya mahu membuat keuntungan tanpa Research & Development, kesan jangka panjang mereka tidak peduli.
    Sekarang semua nak cepat dan nak buat duit banyak.
    Kita sebagai pengguna harus berhati-hati ketahuilah di mana makanan anda diproses dan apa yang mereka tidak mahu anda tahu.
    Saya harap, anda dapat memberikan maklumat yang betul kerana anda mungkin menyebabkan ramai orang kena kanser.
    Thanks

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x