Diari Kurus

Toksin Punca Anda Mati Perlahan-lahan!!!

punca

1

APA ITU TOKSIN???

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg.

Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu.Pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar.

Manakala,kajian secara rawak menunjukkan Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah usia 30 tahun, bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.jika sistem semula jadi tubuhnya lemah atau gagal untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan Pelbagai masalah kesihatan tubuh dan kulit.

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin daripada tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” Hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia. Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus. Maka, usaha penyingkiran toksin perlu memberi fokus kepada dua organ tersebut kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,

membuang-toksik

 

Toksin terdiri daripada dua jenis,

1.Toksin dari luar (Eksotoksin)

– iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.

2.Toksin dalaman (Endotoksin)

-yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Fakta-Fakta-Tentang-Toksin-Yang-Belum-Pernah-Anda-Ketahui

 

Tanda-tanda awal badan terdapat banyak toksin adalah seperti :
• Merasa letih dan kurang bertenaga
• Sering sakit kepala
• Lemah daya ingatan
• Masalah pencernaan
• Susah untuk tidur
• Letih tanpa sebarang sebab
• Lenguh sendi / badan
• Badan banyak angin / sinus
• Cepat merasa cemas
• Penuaan-pra matang
• Berat badan berlebihan

 

Kepentingan membuang toksin dalam badan

 

Kajian menunjukan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolestrol.  Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.

Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin  kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.

 

4 cara utama mengeluarkan toksin secara semulajadi

  1. Membuang Air Kecil

Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda  jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air.

  1. Membuang air besar

Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.

  1. Mengeluarkan peluh

Kulit kita merupakan organ yang terbesar  dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita.  Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh. Pakar  juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.

4. Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.

p/s : jom berdetox sekarang untuk mengekalkan kesihatan yang sihat setiap hari..”Badan sihat,hidup ceria” 🙂 .

 

• Meet the Author ➞ uji



1 comment… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x