Diari Kurus

Wanita Ini Berkongsi Kisah Dukanya Dari Anorexia (25 Kg) Kepada Obesiti (100 Kg)

pg-happiness-hangovers-11-fullAdakah anda sedang mengalami masalah berat badan? Sama ada bermasalah kerana berat badan yang berlebihan yang mungkin disebabkan pengambilan makan yang berlebihan dan tidak sihat atau jika anda mengalami masalah kurang berat badan, kemungkinan disebabkan anda kurang makan. Kedua-dua keadaan ini nampak berbeza dari segi saiz dan berat seseorang, namun faktornya adalah sama iaitu mengalami masalah dalam pengambilan diet makanan yang sihat dan seimbang.

1

Topik cerita motivasi kurus kali ini kami ingin kongsikan bagaimana seorang wanita bernama Britanny Brugunder mengalami masalah turun naik berat badan yang drastik, iaitu dari beratnya 25 kg kepada 100 kg. Kisah wanita ini telah dipetik dari website vemale.com dan telah diubah suai gaya bahasanya untuk memudahkan pemahaman. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Pada awal tahun 2009, Britanny sudah kehilangan kemampuan untuk bertahan kerana sudah 7 tahun wanita ini bergelut dengan masalah anorexia dan menjalani olahraga yang berlebihan. Oleh kerana sudah tidak mampu untuk bertahan, kesihatan Britanny semakin parah sehinggakan beliau tidak dibenarkan untuk masuk ke kuliah sehingga keadaan dan kesihatannya kembali pulih. Beliau akhirnya dimasukkan ke hospital dan berada di sana selama 6 bulan kerana masalah anorexia beliau hampir-hampir meragut nyawanya.

Akibat masalah itu, berat badan hanya tinggal 25 kg sahaja. Selain itu, beliau juga hilang keupayaan untuk berjalan apatah lagi bergerak serta berkemungkinan besar mengalami kerosakan hati. Britanny tidak dapat berfikir secara normal dan lebih teruk tidak dapat mengenali orang lain, bahkan rambutnya gugur dengan teruk sehinggakan terpaksa memerlukan transfusi darah. Keadaan fizikal dan kesihatannya yang menyayat hati itu membuatkan beliau hampir tidak lagi mampu bertahan untuk meneruskan hidup.

Tetapi nampaknya takdir masih berpihak kepadanya. Britanny akhirnya perlahan-lahan kembali pulih. Selera makannya bertambah baik. Beliau kembali makan dengan banyak setelah menghabiskan masa selama bertahun-tahun menahan diri dari makanan. Akibat dari itu, tindakannya yang sentiasa makan membuatkan beliau sekali lagi diburu ketakutan kerana tidak mampu untuk mengawal nafsunya dari terus makan.

gemuk kurus2

Perubahan tubuh Britanny Brugunder dari anorexia, normal dan obesiti (dari 25kg ke 100kg)

Berat badan Britanny terus naik dengan mendadak, namun begitu beliau tidak menyedari bahawa anorexia yang dideritai sudah berubah menjadi ketagihan makan. Tubuhnya mengalami perubahan ukuran dan bentuk dengan sangat cepat. Akibatnya, beliau berasa rendah diri dan mengurung diri di dalam rumah kerana takut orang akan melihat betapa berbezanya perubahan tubuhnya. Britanny hanya berani keluar rumah sekadar untuk membeli makanannya sahaja.

Pada pertengahan tahun 2010, keadaan beliau kembali bertambah teruk sehinggakan beliau tidak lagi mahu melihat cermin kerana bentuk fizikalnya yang sudah mencecah 100kg. Akibat kegemukan yang dihadapinya itu, beliau juga mengalami gangguan lain, iaitu bulimia (makan secara berlebihan secara berulang-ulang tetapi kemudian mengeluarkan makanan tersebut semula dengan cara paksa muntah).

Sudah 10 tahun Britanny hidup dalam siksaan akibat gangguan kekurangan makan, olahraga secara berlebihan, makan secara berlebihan, Laksatif (ubat untuk masalah sembelit atau melancarkan gerakan usus), psikiater, hospital, dan sehingga kepada rasa berputus asa untuk meneruskan hidup. Namun, kini beliau telah mengubah penderitaan tersebut menjadi sebuah harapan apabila dari berat badan 25 kg hingga yang terkini 100 kg. Britanny menyedari bahawa tindakan beliau dalam mengawal pengambilan makanan sebenarnya mengarah kepada kematian.

Britanny kini sudah mula melepaskan masalah itu secara berperingkat dan berusaha untuk memperbaiki serta mengawal diet pemakanannya kepada yang lebih sihat dan seimbang. Kesihatan dan kehidupan beliau juga sudah semakin baik. Menurutnya, beliau kongsikan kisah hidupnya ini adalah agar ia menjadi panduan dan pedoman untuk semua orang bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan boleh kembali pulih seperti sedia kala.

Daripada masalah makan secara berlebihan atau menghindari diri dari makan, ternyata kedua-duanya mengarah kepada hal yang buruk. Hanya kerana terlalu taksub dengan berat badan, seorang wanita boleh mengalami turun naik berat badan drastik dan hidup dalam penderitaan. Semoga perkongsian cerita motivasi ini menjadi pengajaran buat kita semua. Apa yang penting bersederhanalah dalam apa jua perkara termasuk dalam menitikberatkan soal pemakanan. Berjumpalah dengan pakar diet dan pemakanan yang bertauliah jika sedang dalam proses menurunkan berat badan. Jangan terlalu obses dan bertindak tanpa ilmu kerana kelak diri sendiri yang akan merana.

 

• Meet the Author ➞ diarikurus1



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x