//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

10 Kehebatan Minyak Avocado Untuk Kesihatan

avocado-oil

Tahukah anda, minyak buah avocado mempunyai banyak kebaikan?
Buah avocado kaya dengan Vitamin A, B,D dan E. Kita selalu dengar Vitamin E untuk menghilangkan parut luka kan? Tahukah anda khasiat dari minyak avocado juga  boleh membantu anda mendapatkan kulit yang lebih sihat! Bukan sahaja kulit muka, malahan khasiat avocado sangat berguna untuk kesihatan kulit kepala. Avacador dikenali keran manfaatnya bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan.

Avocado adalah agen anti-oksida yang sangat berkesan. Anti-oksida inilah yang bertindak sebagai anti-penuaan dan membantu mengurangkan garis-garis penuaan di wajah anda! Minyak avocado telah terbukti merangsang penghasilan kolagen dalam kulit kita (collagen boaster) dan juga bertindak sebagai pelembap kulit (moisturizer) bagi mengekalkan kulit kekal terhidrasi.

Kebaikan Avocador Untuk Kecantikan Dan Cara Menggunakannya:

Avocador sebagai buah yang kaya dengan nutrisi yang sihat, avacador dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk merawat kesihatan kulit. Berikut adalah beberapa manfaat minyak avacador untuk kesehatan dan kecantikan.

Mencegah Prostat, kanser payu dara dan kanser mulut.

  • Kajian telah mengemukakan kenyataan bahawa avocador dapat membantu mencegah perkembangan kanser payudara kerana di dalam avacador mengandungi sebatian minyak asamnya. Bukan itu sahaja, avacador juga mempunyai banyak manfaatnya dan ianya sangat berkesan untuk memusnahkan sel-sel kanser mulut tanpa perlu melakukan tindakan perubatan yang membahayakan nyawa. Avacado juga dikenali khasiatnya untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.

Menjaga kesihatan mata

  • Manfaat lain dari avacado adalah untuk menjaga kesihatan mata. Adanya kandungan luetin di dalam avacador boleh menghalang setiap gangguan mata serta dapat memberi perlindungan untuk mencegah katarak mata.

Menjaga kesihatan hati dan jantung.

  • Avocado sangat membantu mengekalkan kesihatan hati. Kandungan folat dalam avocado sangatlah penting untuk membebaskan diri daripada penyakit jantung. Satu cawan jus avocado sudah dapat menjaga kestabilan tubuh anda 23% dari keperluan folat dalam sehari. Selain itu, avokado juga mengandungi lemak tak tepu tunggal dan glutathione. Vitamin E dalam avokado juga sangat bermanfaat bagi kesihatan hati manusia. Dalam beberapa kes, avokado juga boleh dijadikan makanan yang sesuai untuk mencegah stroke.

Menetapkan kadar kolestrol dalam darah.

  • Avokado membantu mengatur kadar kolesterol dalam darah kerana adanya kandungan beta-sitosterol yang tinggi. Hal ini terbukti dari berkurangnya jumlah kolesterol serta tahap fosfolipid sekitar 20% apabila di ambil setiap hari.

Mencerahkan kulit

  • Kandungan vitamin A dalam avokado dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Asid amino glutamin juga berguna untuk memberi perlindungan yang cukup dari beberapa kesan buruk akibat faktor persekitaran.

Manfaat minyak Avacado untuk kecantikan.

  • Minyak avocado diesktraksi dari buah avokado yang sememnagnya boleh merawat kecantikan kulit. Menggunakan minyak avokado secara teratur dapat mengatasi berbagai macam masalah kulit dan rambut dan menjadikan ia nampak sihat, bersinar, dan berseri secara semulajadi. Minyak biji avokado yang diperolehi dari biji  avokado juga mempunyai beberapa manfaat kesihatan, seperti merawat kulit dan rambut. Selain itu, sebahagian besar produk kecantikan  menggunakan biji avcado sebagai bahan utama untuk dijadikan minyak.

Berikut adalah beberapa manfaat minyak avacado untuk kesihatan dan kecantikan.

Meremajakan Kulit Kepala.

bisa-nggak-ya-tampil-cantik-tanpa-biaya-mahal-10f040e

  • Jika kita membicarakan secara khusus akan manfaat avocado untuk rambut, minyak avokado juga boleh membantu meremajakan dan melembapkan kulit kepala. Salah satunya adalah untuk memulihkan semula rambut kering, rosak, dan tidak bernyawa sehingga rambut kelihatan berkilat dan terjaga kesihatannya. Selain itu, minyak avokado juga menjadi sumber protein, asid amino, dan vitamin yang banyak.

Melembapkan Kulit.

  • Produk penjagaan kulit yang mengandungi minyak avocado sangat baik untuk mengatasi kulit kering dan menjadikannya lebih menarik, serta dapat mengekalkan kelembapan kulit yang kering. Ini merupakan salah satu manfaat minyak avocado untuk memelihara kulit dari dalam ke luar.

memelihara Kulit.

  • minyak avocado sangat mudah untuk diserap dan begitu senang untuk menyerap ke dalam kulit anda. Hal ini dapat membantu mempercepatkan proses pertumbuhan semula sel baru dan juga membantu meningkatkan peredaran dalam badan dan kulit.

Menangkis Radikal Bebas.

  • Sebuah kajian yang dilakukan pada tahun ini menyimpulkan bahawa avocado dapat membantu meningkatkan keupayaan sel untuk menangkis radikal bebas. Kajian ini dilakukan pada ragi yang terkena radikal bebas, lalu disapu dengan minyak avocado dan hasil para ahli perubatan percaya bahawa manfaat dari minyak avocado juga berlaku untuk sel manusia.

Membantu menyembuhkan luka.

avocado-oil-skin-wounds

Salah satu yang menarik tentang kegunaan minyak avocado adalah untuk membantu menyembuhkan luka. Menurut kajian “advance Tissue” iaitu syarikat yang ditugaskan untuk merawat luka,mereka mengatakan minyak avocado mampu menyembuhkan luka kerana ia membantu:

  • Membantu pembekuan darah melalui vitamin K
  • Membantu untuk membentuk dan memindahkan sel-sel melalui kalium yang terdapat dalam avocado.
  • Tambahan pula kandungan kolagen yang terdapat avocado membantu bentuk memulihkan parut sehingga ia betul-betul sembuh.

 

• Meet the Author ➞ aziemah



0 comments… add one

Leave a Comment

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x