Diari Kurus

10 Tips Singkirkan Selulit Degil Tanpa Rawatan Mahal

4

1

Selulit ibarat kulit luar buah oren yang agak menggerutu dan tidak licin. Ia merupakan ‘gangguan’ kulit yang menjadi salah satu musuh kuat kaum wanita. Mempunyai berat badan yang berlebihan boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan. Salah satunya ialah timbulnya selulit atau Stretch Mark. Walau bagaimanapun selulit sebenarnya boleh timbul pada siapa sahaja, tidak hanya pada orang yang mempunyai berat badan berlebih, malahan orang kurus juga tidak terlepasa dari masalah selulit ini.

Apa itu Selulit? Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen. Gabungan collagen itulah yang memberikan selulit rupa seperticottage cheese yang Nisa tidak ingini. Selalunya selulit bentuk pada peha, punggung dan ada ketikanya pada tangan, lengan, betis dan bahagian torso atas. Biasanya orang yang baru melahirkan anak juga paling bermasalah di sekitar bahagian perut dan juga paha.

3

Percaya atau tidak sebanyak 85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit. Masalah selulit adalah genetically driven (85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit) dan jarang terdapat pada kaum Adam kerana sel lemak pada kulit lelaki adalah yang lebih jauh daripada lapisan atas kulit. Oleh kerana ia berpunca daripada keturunan, ia juga terdapat pada  wanita yang sebenarnya kurus dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Namun, terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan selulit ini. Antaranya, pola pemakanan, peningkatan hormon, gaya hidup yang tidak sihat, pakaian dalam yang terlalu ketat, penurunan atau penambahan berat badan secara drastik, selepas melahirkan anak dan sebagainya.

Cara Untuk Mengurangkan Selulit?

Malangnya, disebabkan oleh ciri-ciri selulit yang agak ‘degil’ untuk disingkirkan, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkannya dengan cara mengurangkan lemak! Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu ketara. Antara kaedah untuk rawatan selulit (kurangkan lemak):

  • Liposuction: Ia adalah rawatan untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu, liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan sentiasa berulang secara berterusan.
  • Kaedah lain:
    • Mesin Endermologie: ini banyak digunakan oleh pusat kecantikan dan spa. Ia mengunakan roller dan suction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Namun, ia bukanlah rawatan yang dapat bertahan dalam jangka masa panjang.
    • Pil Pembentung (Blocker) Collagen.
    • Krim-krim dan lain lain.
  • Urut Untuk buang selulit. Urutan semata-mata tidak dapat hilangkan kesan selulit. Kalaulah urutan tu dapat longgarkan lemak pun, lemak anda tetap tak ke mana-mana.

2

Nak cantik dan sihat tidak semestinya anda perlu berhabis duit. Anda mungkin boleh mencuba 10 kaedah rawatan yang menjimatkan ini jika diamalkan secara konsisten dan berterusan.

1. Blueberi

Buah ini mengandungi ‘polyphenol’ yang mengurangi pengumpulan lemak di dalam tubuh.

2.Sayuran hijau, kekacang dan bawang putih

Makanan ini  boleh memperkuat fungsi hati agar proses metabolisme dalam tubuh berjalan lancar sehingga lemak tubuh cepat hilang.

3. Lemon

Pati buah lemon ini membantu tubuh mengeluarkan racun  dan lemak jahat. Anda boleh menikmati perahan lemon ini  bersama  teh hijau, teh herbal atau teh  halia suam yang cukup menyihatkan.

4. Sayuran Hijau dan Jus Buah-Buahan 

Anda boleh mencuba jus dengan kombinasi daripada mentimun dan sayuran segar hijau yang mengandung serat tinggi. Pengambilan jus ini pada setiap hari mampu menghancurkan lemak dan memperlancarkan pembuangan air besar.

5. Tauge, Betik dan Nanas

Tauge, betik dan nanas mengandung ienzim yang kadarnya lebih tinggi daripada sayuran dan buah-buahan lain. Enzim ini diperlukan oleh tubuh untuk proses penghadaman. Selain itu, buah betik dan nanas membantu tubuh menghancurkan lemak dalam proses penghadaman sehingga tidak berkumpul di dalam tubuh.

6. Minyak Zaitun

Cuba ganti minyak goreng yang biasa anda gunakan untuk memasak dengan minyak zaitun. Bukan sahaja lebih sihat, masakan juga menjadi lebih enak.  Minyak masak yang melalui proses pemanasan adalah tidak sihat sehingga meningkatkan lagi jumlah kolesterol dan  lemak jahat di dalam tubuh.

7. Krim Penghilang Selulit

Ia akan membakar serta menghancurkan jaringan lemak yang ada di bawah permukaan kulit. Gunakan krim ini secara teratur dan lama-kelamaan selulit pun akan nampak samar.

8. Kopi

Campurkan serbuk kopi yang teksturnya masih kasar dengan mintak zaitun sehingga menjadi pasta. Gosokkan scrub di bahagian tubuh yang mengalami selulit. Urut dengan gerakan memutar selama 10 minit bagi melepaskan sel lemak yang menyebabkan selulit. Biarkan seketika selama lima minit, dan bilas. Lakukan dua kali seminggu.

9. Rajin Bersenam

Lakukan senaman secara teratur dan fokuskan gerakan pada kawasan pinggang, paha dan lengan kerana selulit suka mentap di kawasan-kawsan tersebut.

10. Gaya Hidup Sihat

Ini mungkin cara yang paling berkesan untuk mengurangkan lemak dan kesan selulit.

Anda yang mengalami masalah ini patut terima hakikat bahawa selulit adalah genetically driven. Rawatan di spa dan pusat kecantikan bukan sahaja mahal tetapi ia hanya untuk jangka masa yang pendek untuk mengurangkan kesan selulit tetapi tidak dapat menjamin untuk mengubati atau menghilangkan kesan-kesan selulit.

Jika anda memilih untuk menggunakan krim pula, anda perlu awasi dan kenali bahan-bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia dan terlarang. Apa yang penting, kaedah paling selamat ialah fokus kepada usaha anda untuk mengurangkan lemak dan berat badan secara am dan berterusan. Jadi, amalkan gaya hidup yang aktif dan cergas untuk tegangkan otot dan kulit di samping membantu memecahkan lemak-lemak yang terkumpul di badan anda.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



1 comment… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x