Diari Kurus

9 Manfaat Anda Perlu Cuba Senaman Berbasikal

cycling_into_-the_-sunsetBerbasikal sama ada di dalam mahupun di luar rumah ialah satu bentuk keseronokan yang boleh diperolehi dengan mudah. Tetapi ia akan menjadi lebih berfaedah jika ia dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal. Berbasikal amat berkesan dan menjadi satu latihan yang akan mengurangkan ketegangan fikiran dan boleh dijadikan satu aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

1

Sukan berbasikal sudah lama menjadi pilihan popular di beberapa negara maju. Bagaimana pula dengan penerimaan masyarakat kita terhadap sukan berbasikal ini? Sejauh mana bagusnya aktiviti ini untuk kesihatan lebih-lebih lagi apabila anda sudah lama tidak bersenam?

Sukan berbasikal dikatakan dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan. Namun, terdapat banyak kebaikan dan manfaat lain dengan melakukan aktiviti berbasikal. Apa kata kita sama-sama semak apa sebabnya anda perlu mencuba senaman ini sebagai aktiviti rutin.

kids-cycling“Kalau membandingkan berlari dengan berbasikal dengan intensiti yang sama tinggi, berlari membakar lebih banyak kalori kerana anda harus memindahkan tenaga secara terus-menerus. Namun, ini seperti membandingkan epal dengan jeruk,” kata Prof. Jamie Timmons daripada Universiti Loughborough di Britain.

Hanya membandingkan jumlah kalori yang dibakar untuk menentukan jenis senaman yang anda pilih tetapi mengabaikan kesan menyeluruh senaman itu ke atas tubuh, bukanlah satu pilihan yang bijak.

Berlari mungkin lebih baik untuk menggerakkan tubuh secara terus-menerus. Tetapi itu juga bermakna semua sendi akan menerima beban hentakan tanpa henti. Semakin berat tubuh anda, semakin berat juga sendi anda menerima hentakan.

Timmons mengatakan itulah sebabnya mengapa berbasikal iaitu sejenis senaman rendah hentakan, menjadi pilihan tepat untuk mereka yang baru bersenam kembali. Kira-kira 70 peratus berat tubuh disalurkan kepada tayar basikal berbanding pergelangan kaki.

“Anda boleh melakukan senaman berbasikal secara maksimum dan menghindari kecederaan kerana tubuh anda tidak menghentak ke bawah,” terang Timmons.

Dr. Simon Kemp, daripada Fakulti Sukan dan Ubat-ubatan sebuah universiti di Britain merupakan seorang penggemar basikal dan mampu mengayuh sehingga 150 kilometer tanpa masalah. Dia mengatakan, salah satu keunggulan basikal ialah anda boleh memperbaiki teknik kayuhan tanpa memerlukan usaha yang banyak.

“Anda boleh berulang-alik ke tempat kerja dengan mudah yang intensitinya cukup rendah iaitu hanya menggunakan sekitar 60 peratus degupan jantung.”

Tentu sahaja segala macam bentuk sukan membantu meningkatkan tahap kesihatan lebih-lebih lagi ada kajian membuktikan bahawa berbasikal dikatakan paling baik.

Cuba andaikan jika seorang individu dengan berat 100kg (220 paun) mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari, dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056 dalam tempoh satu jam perjalanannya. Ini bermakna hanya dengan berbasikal individu tersebut telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya. Proses membakar lemak dan menguruskan badan juga berhasil dalam masa yang singkat sahaja.

Cortisol absolvido 01

Ketahui 9 Manfaat Pentingnya Senaman Berbasikal

1) Mengurangkan risiko sakit kronik
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bacteria di samping menguatkan system imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.

2) Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.

Beautiful-girl-listen-song-very-happy-mood

3) Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.

4) Menurunkan kadar kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktivit berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.

5) Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.

6) Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.

7) Nikmati keindahan alam
Faedah yang amat baik bila kita berbasikal ialah boleh membawa kita ke satu perjalanan yang jauh melalui pemandangan yang menarik. Menjadikan satu destinasi sebagai satu sasaran dan memperolehi pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan menjadikan berbasikal begitu mengembirakan, terutama untuk seseorang yang cepat jemu dengan satu-satu aktiviti yang tidak berubah.

Sky+Ride+Birmingham+GracNZTiMwcl
8) Mengeratkan silaturahim
Berbasikal boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga. Anak-anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan ia sebagai suatu aktiviti keluarga yang menarik. Bukan itu sahaja, anda boleh mengajak kawan-kawan atau menyertai mana-mana kumpulan basikal untuk melakukan aktiviti ini bersama. Semakin jauh perjalanan, kayuhan dan kepenatan yang dikongsi pasti berbaloi.

9) Melakukan aktiviti lain
Tentu tidak perasan bahawa semasa anda berbasikal, bermakna anda membuat latihan untuk bahagian bawah badan dan juga meningkatkan kedua-dua tahap kecergasan aerobik dan anearobik, tanpa latihan keras. Dengan ini anda turut dapat mengelakkan diri dari berlakunya sebarang kecederaan yang lebih serius jika melakukan larian atau senaman kardio yang lebih berat.

 Ahmed-Krausen_-The-Danish-Muslim-Peter-Abdullah-and-his-family

Info Ekstra!!!!

Pakaian Yang Disyorkan
1. Topi keselamatan – dapatkan satu yang berkualiti. Pastikan ia sesuai dengan saiz kepala anda.
2. Basikal – dapatkan sebuah basikal yang mempunyai 10 gear atau lebih dan ia sesuai dengan anda.
3. Jenis basikal
– Mountain bike : Seeloknya gunakan basikal ini untuk berbasikal di luar kawasan jalanraya (off-road).
– Road bike : Gunakan basikal ini untuk berbasikal di atas jalan raya
 4. Sarung tangan – akan melindungi tangan anda jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
 5. Seluar track atau seluar pendek – melindungi peha dan betis.
 6. Kasut – boleh meningkatkan keupayaan anda mengayuh basikal.
 7. Botol air – berguna untuk minum semasa sedang berbasikal.
 8. Tools Bag – mengandungi alat membaiki kerosakan, peti bantu mula, nombor telefon kecemasan dan lain-lain.
xCycling-is-the-new-golf-5-ways-that-may-change-luxury-hotels-800x500_c.jpg.pagespeed.ic.gx6VC54txd
Bagaimana saya ingin bermula ?
Sebaik-baiknya bermulalah dengan aktiviti yang mendatar, jalan yang mana kenderaan yang melaluinya adalah minima. Jalan yang berbukit boleh dijadikan jalan tambahan untuk meningkatkan tahap kecergasan.

Untuk kesemua aktiviti berbasikal , mulakan aktiviti dengan laluan yang tidak terlalu senang atau terlalu susah. Anda boleh bertanyakan kedai basikal atau rakan-rakan yang selalu berbasikal kawasan yang baik untuk aktiviti ini.

Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antaran 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.

photo 1
6. Sebaik anda sudah meningkat, tambahkan kadar kayuhan hingga 70-90 kayuhan seminit , tetapi selalu bermula dengan gear yang rendah pada ketetapan 55-60 kayuhan seminit untuk tujuan memanaskan badan.
7. Untuk perlbagai dan meningkatkan cabaran, cuba mendaki kawasan bukit yang panjang jaraknya.
 8. Rehat semasa latihan boleh dilaksanakan jika anda sudah menunjukkan kemajuan. Tiga atau lima minit rehat boleh meningkatkan keupayaan anda, diikuti jangkamasa rehat yang memerlukan anda mengayuh dengan selesa dengan menggunakan gear rendah dalam masa 5 minit. Ulangi langkah ini untuk empat dan lima kali. Hadkan rehat semasa latihan sebanyak 2 kali seminggu.
9. Tahap intensiti sepatutnya lebih rendah bila anda bersiar-siar disebabkan jangkamasa yang panjang berbanding latihan biasa. Latihan dalam jangkamasa pendek akan menjadikan anda kekal segar; manakala latihan jangkamasa panjang akan merosakkan rentak latihan anda dan menambahkan ketegangan otot.

 

Sumber
Kosmo  Umobil  anizyn  jerryjournal

• Meet the Author ➞ diarikurus1



2 comments… add one
  • kau basikal tiada gear,boleh tidak untuk mengurangkan berat badan

    Reply
  • mana bisa basikal tiada gear..enggak boleh gerak..itu dipanggil single gear loh…lebih bagus sb guna lebih tenaganya..

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x