//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

Cerita Motivasi Kurus

5 Tip Penjagaan Jantung Agar Kekal Sihat

Jantung merupakan salah satu organ terpenting yang menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh kita. Tanpa degupannya, sudah pasti seseorang itu tidak bernyawa. Jantung akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun, disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.

Serangan sakit jantung biasanya berlaku secara mengejut dan lambat mendapatkan rawatan ia boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, kami ingin kongsikan sedikit tips berguna kepada anda berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita agar ia kekal sihat.

[continue reading…]

3 Cara Mudah Wanita Ini Hilangkan 46 Kg Berat Badannya

Foto Tamar Ward sebelum (kiri) dan selepas (kanan) penurunan berat badannya

Tamar Ward kehilangan berat badannya sebanyak 46 kg melalui banyak percubaan dan kesilapan 

Setiap orang menginginkan susuk tubuh yang menarik langsing dan berat badan yang ideal. Memiliki tubuh badan yang besar dan gempal ibarat satu kecacatan besar dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, golongan bersaiz XL ini selalunya sering disisihkan masyarakat, sering dikeji, mudah dibuli dan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Mereka sepatutnya dibimbing dan diberikan semangat untuk terus berjuang sama-sama mendapatkan kehidupan yang sihat dan berkualiti bersama insan-insan tersayang. [continue reading…]

Anda Rasa Anda Kurus Tapi……

Anda rasa anda dah diet, dah bersenam, dah kurus, rupa-rupanya…. indah khabar dari rupa 😛 siapa pernah rasa macam ni? baik mengaku cepat. Hehe. Video ni sebagai hiburan sahaja ye, semoga ia menjadi motivasi untuk anda terus kurus dan amalkan gaya hidup yang sihat 🙂

[continue reading…]

Rahsia Jadikan Senaman Sebagai Rutin Harian Anda

setiaphari0.2

Bukan sukar untuk anda mulakan rutin senaman. Yang menjadikan masalahnya ialah untuk mengekalkan rutin tersebut sebagai jadual harian. Anda akan diganggu dengan banyak perkara didalam hidup anda seperti tuntutan kerja yang menghidari anda daripada untuk komited kepada rutin senaman anda tersebut dan ramai yang tinggalkan senaman disebabkan oleh hal-hal seperti berikut. Jika anda berusaha menjadikan senaman sebagai rutin harian, ia akan bertukar menjadi tabiat yang dapat membantu anda untuk berasa lebih mudah untuk bersenam. Penting untuk anda ketahui matlamat yang ingin dicapai daripada rutin senaman untuk membantu anda berasa lebih semangat untuk mengekalkan rutin tersebut.

[continue reading…]

Ikut 7 Langkah Ini Untuk Capai Berat Badan Ideal Anda

langkahkurus0.1

Proses untuk mengurangkan berat badan bukannya mudah. Ia merupakan satu proses yang memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada anda. Tidak semua mempunyai matlamat yang sama dalam mencapai berat badan yang ideal, ada dikalangan anda yang ingin kurangkan berat badan lebih 30kg dan ada yang hanya ingin mengurangkan berat badan sebanyak 3kg untuk mencapai berat badan ideal mereka. Perkara yang sama dialami oleh semua ialah masalah dalam memastikan matlamat masimg-masing tercapai. Bagi anda yang buntu untuk mengetahui cara bagaimana untuk mencapai berat badan yang anda impikan, artikel ini akan membantu anda untuk menyelasaikan masalah tersebut.

[continue reading…]

5 Rahsia Untuk Minum Lebih Banyak Air

Semestinya anda sudah ketahui kebaikan meminum air dalam membantu anda untuk kuruskan badan. Selain itu air juga dapat membantu anda dalam proses penghadaman dan membantu kulit anda kelihatan lebih sihat.
Tetapi ramai dikalangan anda yang mempunyai masalah dalam memastikan keperluan air yang cukup dalam kehidupan seharian. Kemungkinan anda tidak suka dengan rasa air atau anda jenis yang jarang bangun daripada meja anda untuk mendapatkan air.
Disini terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu anda dalam mendorong tabiat yang sihat untuk meminum air yang banyak setiap hari.

1. Tambahkan Perasa

minumair1

Minum air kosong sahaja mungkin akan membuatkan anda berasa bosan. Menambah perasa ke dalam air minuman pasti akan mendorong anda untuk minum lebih banyak. Daripada menggunakan bahan perasa tiruan, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan-bahan yang segar seperti lemon atau limau kasturi sebagai perasa. Lemon bukan sahaja dapat menambahkan perasa dalam air minuman anda tetapi ianya juga dapat membantu anda dalam membuang toksin yang ada dalam badan anda. Jika anda ingin air minuman anda lebih menarik, anda boleh tambah bahan-bahan yang segar ke dalam minuman anda seperti kiwi atau daun pudina. Ianya dapat memberi anda sedikit tekstur dan memberi anda dorongan untuk menghabiskan minuman anda.

2. Makan Air Anda

minumair2

Ya! Makanan juga mengandungi air. Bagi anda mungkin sukar untuk anda meminum air dalam kauntiti yang banyak dalam sehari. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber air yang baik yang dapat menangani masalah anda. Antaranya ialah timun, tomato dan sebagainya. Bukan sahaja dapat membantu anda untuk minum lebih banyak tetapi kaedah ini juga dapat membekalkan anda nutrisi dan khasiat-khasiat yang baik untuk tubuh badan anda. Amatlah penting, jika anda memasak bahan-bahan tersebut, kebanyakkan air yang terkandung dalam makanan tersebut akan hilang. Jadi bahan-bahan tersebut elok dimakan mentah.

3. Botol Air Yang Menarik

minumair3.2

Botol air adalah salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan air seharian anda. Tidak salah jika anda melaburkan sedikit wang anda untuk membeli botol air yang cantik dan berkualiti tinggi. Jika anda memiliki botol air yang cantik, anda akan lebih bersemangat untuk menggunakannya dan secara tidak lansung dapat membantu anda untuk minum dengan lebih banyak. Adalah lebih baik jika anda membeli botol air yang mempunyai penanda aras supaya dapat membantu anda untuk melihat perkembangan anda.

4. Makan Makanan Pedas

minumair4

Berlaukkan sambal lada, sambal belacan mahupun kepingan lada dalam hidangan dapat membantu anda untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak. Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan makanan pedas dapat meningkatkan tahap metabolism anda. Tetapi pastikan tahap kepedasan setiap hidangan yang anda ambil bersesuaian dengan anda untuk mengelak daripada sakit.

5. Jadikan Satu Cabaran

minumair5

Semua perkara akan menjadi lebih menarik jika dibuat sebagai satu pertandingan atau cabaran. Jika anda mengaplikasikan konsep yang sama dalam pengambilan air dalam sehari, anda secara tidak lansung akan berasa untuk berlumba-lumba untuk menghabiskan air dalam sehari. Keadaan akan lebih menarik jika anda mengajak rakan-rakan anda untuk turut sertai anda. Tetapkan satu target yang anda dan rakan anda perlu capai contohnya 3 liter air dalam masa sehari dan kongsikan perkembangan masing-masing untuk pastikan anda semua dalam landasan yang betul.

Alamak! Naik berat lepas sebulan raya. Nak diet macam mana ni?

Sad fat women

Hi!

Ok, dah hampir sebulan kita berhari raya. Sudah pasti ramai yang menghadapi masalah kenaikan berat badan. Termasuk saya sendiri. Naik hampir 3kg dari berat badan biasa. Fuh…

Jadi sampai takut nak timbang berat badan sendiri.

Jadi, selepas sebulan dan berat badan dah naik sebegini, bagaimana nak kembali ‘on track’ diet kita?

Ini adalah cara yang saya amalkan. Secara teknikalnya, ia tidak susah untuk dilaksanakan, cuma ‘part’ yang susah adalah komitmen, istikhamah yang diperlukan.

Buat permulaan, ini yang saya amalkan: [continue reading…]

Wanita Ini Turun 4kg Berat Badan Selepas Beberapa Hari Puasa

Ini adalah perkongsian daripada Cik Puan Maimaida Us di fanpage kami. Beliau turun 4kg dalam masa beberapa hari selepas puasa.

Turun 4kg berat badan

Ini yang beliau tulis:

“Seblm mkn sahur minum air suam suam kuku dulu 2 gelas. Kemudian minum jus lemon panas + madu . Ini jdikn minuman rutin. Makanlah pula jus kurma atau apa2 mknan tambhn. Setengh jam baru mkn nasi ke atau mkn untuk sahur.  Saya makn nasi beras perang. Klu mkn basi putih kena ambil sikit ja. Kadang2 saya mkn oat + kurma ja dan minum jus buah buatan sendiri spt jusc epal dan lemon atsu oren. Saya tak minum brcafne. Bnyk minum air suam atau jus”

p/s: Anda ada cerita inspirasi mengenai turun berat badan? Jom kongsi dengan kami. Klik sahaja butang “Hubungi Kami” untuk kongsi cerita anda