Makanan Diet

12 Jenis Suplemen Diet Terbaik Untuk Kesihatan Yang Optimum

dietary-supplements

Badan kita terbina atas apa yang kita makan. Bagi mencukupkan kalori dan zat dalam tubuh, seseorang itu akan mengambil suplemen sebagai makanan tambahan dalam diet hariannya. Malahan, para atlet atau ahli sukan turut menitikberatkan pengambilan suplemen untuk memaksimakan pertumbuhan otot-otot mereka. Tetapi, tahukah anda apakah 12 jenis suplemen terbaik untuk tubuh anda itu bagi kelangsungan kesihatan yang optimum?

Jom kita semak!!!

Continue Reading ➞

1

9 Mitos Anda Perlu Abaikan Mengenai Penurunan Berat Badan

cheating-whispering-shock-600x400

Seringkali kita dengar bahawa terdapatnya pelbagai andaian atau pendapat seseorang mengenai penurunan berat badan. Tahukah anda bahawa banyak rupanya ‘pegangan’ kita hari ini adalah mitos semata-mata. Jika berazam dalam proses penurunan berat badan, anda perlulah ambil peduli atau selidik terlebih dahulu adakah kenyataan-kenyataan yang anda dengari kini benar-benar fakta ataupun tidak.

Mitos atau andaian negatif itu pastinya akan membuatkan diet anda terganggu. Jadi jom kita semak apakah itu 9 mitos yang berlawanan dengan fakta penurunan berat badan.

Continue Reading ➞

13 Jenis Pelan Diet Yang Popular Di Malaysia

which-diet-plan-with-skinny-fiber-challenge

Adakah anda sedang berdiet sekarang? Apakah jenis pelan diet yang anda sedang amalkan sekarang? Diet ada bermacam-macam jeniskah? Ya, betul. Memang terdapat banyak jenis diet yang diamalkan oleh pendiet sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Untuk topik kali ini kami akan kongsikan kepada anda 13 jenis pelan diet yang popular dan biasanya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Jadi, selepas ini bolehlah anda pilih dan tentukan mana satu jenis diet yang sesuai untuk anda ikuti. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama.

Continue Reading ➞

Ketahui 23 Kebaikan Buah Betik Untuk Kesihatan

papaya-dengue

Buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman kuno lagi. Bukan sahaja merupakan antara buah yang mudah untuk dihadamkan, tetapi ia juga membantu dalam proses pencernaan. Buah betik masak juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka.

Agak teruja juga bila dapat tahu buah betik juga mempunyai banyak manfaatnya yang tersendri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita.

Continue Reading ➞

Berapa Jumlah Air Yang Optimum Perlu Diambil Setiap Hari?

image511202x

Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Untuk membolehkan badan kita terus berfungsi dengan betul, kita perlu mengimbangkan bekalan air kita dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi air. Namun begitu, ramai di antara kita yang masih lagi keliru dan tertanya-tanya berapa banyak jumlah air yang perlu diambil dalam sehari bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan. Ada yang berpendapat pengambilan 1 liter air pada setiap 25kg dari berat badan. Ada juga yang mengatakan perlu minum sekurang-kurangnya lapan 8 gelas air atau bersamaan dengan 2 liter air pada setiap hari.

Masing-masing punya pendapat tersendiri. Bagaimana pula dengan anda? Berapa banyak air yang perlu anda minum setiap hari agar kesihatan terus terjaga? Mari, kami kupaskan persoalan ini serba sedikit sebagai pencerahan semua masalah anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Continue Reading ➞

4 Manfaat Cendawan Wajib Ada Dalam Diet Anda

Cendawan atau mushroom adalah sejenis tumbuhan spora (kulat) yang tumbuh di atas tanah atau menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat nutrien daripadanya. Selain daripada tumbuh semula jadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakkan. Bentuk cendawan adalah pelbagai tetapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.

Cendawan membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan dan dikatakan ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai nilai dan permintaan yang amat tinggi di pasaran. Terdapat pelbagai jenis cendawan dan antara jenis yang agak popular ialah seperti Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalon. Cendawan Enokim Cendawan Ganoderma Lucidum, Cendawan Butang, Shitake, Kulat Kukur dan banyak lagi.

Continue Reading ➞

Turun 5 Kg Seminggu Dengan Teknik Sihat Diet Atkins

Atkins-Diet

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Prinsip Diet Atkins adalah menyekat karbohidrat, jadi tubuh kita seolah-olah dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan. Pendekatan Diet Atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.

Continue Reading ➞

Diet Kurus Dengan Putih Telur

egg-whites

Pernah dengar tentang amalan diet dengan putih telur? Putih telur mungkin kurang digemari kerana rasanya yang agak berbeza dengan kuningnya yang lebih berlemak. Berdiet dengan putih telur dianggap benda kecik yang remeh tetapi sebenarnya berdiet dengan cara ini memberikan impak yang besar terhadap penurunan berat badan dan bentuk fizikal. Mahu cuba? Jom, kami kongsikan sedikit tips bagaimana kaedah pengamalannya agar matlamat untuk kurus menjadi kenyataan.

Continue Reading ➞

24 Cara Diet Agar Kurus Dengan Cepat Tanpa Ubat-Ubatan

losing-weight-fasting

Rasa give up kan bila sudah mencuba pelbagai produk pelangsingan dan workout setiap hari, tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku ke atas pengurangan berat dan saiz fizikal badan. Oleh itu, kami ingin kongsikan 24 cara berdiet untuk kurus dengan cepat dan berkesan tanpa memerlukan pengambilan ubat-ubatan atau produk pelangsingan badan.

1. Jangan Berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Inimenyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. Ambil Sesuatu yang Pahit Sebelum Makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekuranganenzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Continue Reading ➞

Awas Si Kurus !!! Risiko Kurus Di Luar Gemuk Di Dalam

Pernah dengar kes seseorang yang kurus pada fizikalnya sebenarnya gemuk pada dalamannya? Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa punca terjadinya perkara sedemikian? Bagi yang berbadan kurus, tidak semestinya anda benar-benar kurus dan sihat tanpa sebarang penyakit. Malahan, apa yang ditakuti, kemungkinan besar orang yang berbadan kurus ini mempunyai tahap kesihatan yang lebih buruk daripada orang yang berbadan besar.

Seseorang yang mengalami obesiti atau kegemukan mudah dikenal pasti saiz, bentuk badan dan melalui ukuran BMI (Body Mass Index). Nilai BMI juga digunakan dalam perubatan dalam mengukur risiko terhadap sakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Semakin tinggi nilai BMI anda, semakin tinggi risiko anda. Anda dikira berat berlebihan jika BMI 25-29 dan dikira gemuk atau obes jika BMI lebih dari 30. Walaupun BMI dikira berdasarkan berat dan tinggi, pengiraan BMI sebenarnya tidak dikira secara tepat kerana tidak membezakan antara otot dan lemak dalam badan.

Continue Reading ➞