Makanan Diet

5 Cara Paling Malas Untuk Kekal Kurus dan Sihat

Kehidupan yang sihat menjadi impian setiap individu. Anda tidak perlu berbelanja mahal membeli alatan gim, membuat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma anda harus mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah. Tetapi terdapat juga cara paling malas untuk seseorang itu kekal kurus dan sihat. Apa kata kita baca di bawah ini.

1. Senaman Berterusan

senaman
Anda haruslah memastikan badan anda sentiasa bergerak untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten. Bagi yang bekerja di pejabat, lakukan sedikit aktiviti seperti berjalan dan sebagainya untuk badan anda sentiasa bergerak.

 

2. Tidur Awal

manfaat-tidur-malam-lebih-awal-660x330

Anda tidak digalakan untuk berjaga sepanjang malalm setelah seharian bertungkus lumus dan berpenat lelah bekerja. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Selain itu, tidur tidak tentu boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan

Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit. Sekiranya anda bukanlah pengemar makanan yang berkhasiat seperti sayur, kacang dan buah-buahan, anda dapat mengantikannya dengan makanan kesihatan atau supplement. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

 

4. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam

sayur

Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Andai mahukan badan yang sihat, kenapa perlu makan makanan yang memudaratkan. Tiada fungsi anda menelan ubat, jika amalan pemakanan anda tidak sihat. Dengan pengambilan makanan yang sihat, anda dapat menugurangkan risiko masalah kesihtan dan penyakit.
5. Jangan Tinggalkan Makan Pagi

sarapan

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan yang tidak konsisten. Ini akan menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak dan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

 

 

Akan tetapi harus diingat, paling penting sekali adalah mengawal cara pemakanan anda. Memang agak sukar bagi seseorang makan dalam kuantiti yang sedikit dan mampu bertahan dari pengambilan makanan segerea seperti burger, kentang goreng dan sebagainya yang telah menjadi makanan kegemaran setiap lapisan masyarakat. Makanan yang tidak sihat ini boleh diambil tetapi harus la dalam kuantiti yang sedikit dan juga dikawal dengan sebaiknya.

1

7 Makanan Yang Memberi Kesan Menakjubkan Untuk Mengempiskan Perut

Ramai yang tidak tahu, untuk menjaga perut, seseorang haruslah menjaga makan dengan memilih makanan yang sihat serta mempunyai serat dan protein yang tinggi. Selain itu, anda juga harus memastikan makanan tersebut mengandungi kandungan lemak yang rendah.
Menurut seorang ahli diet dan diabetes di Blue Cross Blue Shield of Michigan, Rahmat Derocha, selain bersukan, kunci utama untuk memperoleh bentuk tubuh yang diinginkan terletak pada makanan yang kita ambil.

1.1

Dengan pengambilan serat, anda akan merasa kenyang dengan masa yang lebih lama. Maka dengan memperbanyakan pengambilan makanan yang mengandungi serat, ia dapat membantu melancarkan pencernaan sekaligus memperkecilkan perut dan pinggang anda.
Ini adalah beberapa makanan yang mengandungi serat yang harus anda ambil setiap hari.
1. Rasberry

2.1
Pernahkah anda mencuba sirup frambozen? Sirup frambozen merupakan sari dari buah raspberry. Buah ini mengandungi sejumlah besar antioksidan dan vitamin C yang sangat bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Tapi tahukah anda, meskipun ukurannya kecil, ternyata buah ini menjadi salah satu makanan yang mempunyai kadungan serat paling tinggi. Sekitar 20% serat per berat total buah. Dengan memakan buah ini, ia membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

 
2. Paprika
Mengambil paprika sebelum makan dapat mempercepatkan metabolisme dan membantu membakar banyak kalori secara lebih cepat. Seorang pelatih kesehatan, Dr Lori L. Shemek, menyarankan anda untuk mengambil paprika kurang lebih 30 minit sebelum makan untuk meningkatkan metabolisme tubuh anda.
3. Kacang-Kacangan

4.1
Kekacang merupakan makanan yang kaya akan serat dan memiliki kandungan serat cukup tinggi. Jenis kekacang yang mempunyai serat yang tinggi adalah walnut, almond dan kacang gajus. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil kacang-kacangan secara teratur akan lebih berpeluang menurunkan berat badannya. Makanan ini sangat sesuai dijadikan snek bagi anda yang sedang diet.
4. Gandum5.1
Gandum adalah makanan pilihan bagi mereka yang serius dalam menjalankan program diet. Makanan kaya serat ini dapat anda peroleh pada roti gandum dan oatmeal. Dengan pengambilan gandum setiap hari, anda akan mengurangi kadar lemak pada bahagian perut. Gandum ini juga berkhasiat dalam menjaga kadar gula darah dalam tubuh, kerana anda tidak akan merasakan lapar secara tiba-tiba.
5. Avacado/Alpukat

6.1
Buah yang manis ini juga boleh membantu mengecilkan perut anda. Sekalipun buah ini sangat manis, ia hanya mengandungi sedikit gula dan banyak kandungan serat. Terdapat sekitar 1,40 gram serat per 100 gram buah avocado. Lemak yang terkandung dalam avocao sangat mudah dicerna oleh tubuh,dan mampu mengurangi kadar lemak tepu/kolesterol. Buah ini sangat disarankan untuk digunakan dalam menu masakan anda.

 

6. Yogurt

7.1
Yogurt adalah makanan yang sangat bermanfaat bagi sistem pencernaan. Anda juga boleh menjadikan yogurt sebagai alternative untuk diet. Ini kerana , yogurt mengandung gizi yang sangat tinggi sedangkan kandungan lemaknya rendah. Selain itu, bakteri Lactobacillus bulgaricus yang terkandung di dalamnya juga mampu merangsang gerakan usus dan memperbaiki pencernaan.
7. Minyak Zaitun

8.1
Jika anda termasuk orang yang mudah lapar, maka ada baiknya anda mengambil 2 sudu makan minyak zaitun 2 jam sebelum makan. Hal ini dapat meningkatkan hormon Leptin dalam darah sehingga dapat menghilangkan rasa lapar dan membakar kalori dalam tubuh. Anda juga boleh mencampurkan sedikit minyak zaitun pada menu makanan, contohnya pada yogurt dan oatmeal. Minyak zaitun tidak hanya baik untuk diet malah turut bermanfaat untuk kesihatan jantung.

 

9.1

Sedarkah anda masalah perut buncit boleh disebabkan oleh masalah penyerapan dalam sistem pencernaan.Kebanyakan individu merasa susah untuk mengempiskan kembali perut mereka tanpa mereka sedar mereka hanya perlu mengambil makanan yang mempunyai kaya serat. Dengan pengambilan makanan yang mempunyai serat yang tinggi, anda akan merasa kenyang dalam tempoh masa yang panjang dan juga dalam masa yang sama anda boleh menjaga sistem pencernaan anda.

5 Makanan Yang Boleh Menyebabkan Anda Langsing Dalam 7 Hari

1. Tomato

Buah tomato dipercayai mempunyai tahap kalori yang sangat sedikit. Jadi, buah tomato memang sangat sesuai digunakan semasa anda sedang diet kerana ia dapat membantu anda untuk turunkan berat badan.

tomatoes-vine2. Timun

Timun adalah salah satu makanan yang penting dan ia juga turut membantu dalam proses untuk turunkan berat badan dengan cepat. Sayuran ini hanya terkandung 45 kalori. Sebahagaian besarnya mengandungi air dan sodium yang baik untuk meningkatkan system kekebalan tubuh.

khasiat-timun-1 Continue Reading ➞

5 Cara Turunkan Berat Badan Secara Sihat.

Sekarang ini ramai orang yang sedang berusaha untuk kurus atau turunkan berat badan dan sudah semestinya anda ingin dapatkan hasil yang segera iaitu dengan melakukan pelbagai cara samada membeli produk suplemen untuk kuruskan badan di pasaran atau mengamalkan pelbagai petua dan program-program latihan seperti senaman, tahan lapar dan sebagainya. Apa yang mereka harapkan adalah dengan melakukan  semua aktiviti itu dapat turunkan berat badan dalam satu tempoh masa yang singkat. Kadang-kadang ia juga menyebabkan tekanan kepada individu tersebut. oleh itu, disini saya ada beberapa cara diet secara sihat. Ini adalah bertujuan untuk membantu dan membimbing anda diluar sana tentang cara yang betul untuk turunkan berat badan dengan cepat. Disamping itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu fahami mengenai penurunan berat badan dengan cepat dan selamat. Antara amalan yang boleh dilakukan untuk kurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat adalah seperti berikut. Continue Reading ➞

8 Rahsia Cuka Yang Anda Tak Tahu Untuk Anda Kurus, Langsing Dan Sihat

77

Cuka epal atau apple cider bukan sahaja dapat membantu kita untuk kurus. Ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan. Sudah pasti kosnya sangat jimat untuk mebantu kita mengatasi masalah kolestrol dan memecahkan molekul lemak di dalam badan. Selain itu, ia kaya dengan zat besi, sodium,kalsium,magnesium dan ia juga mengandungi lecithin. Cuka epal memng sangat sesuai untuk program diet anda.

Trend membentuk badan kurus bukan sekadar untuk penampilan yang bergaya tapi juga untuk tujuan kesihatan. Ukur lilit pinggan hendaklah dikecilkan jika tidak mahu penyakit penyakit yang merbahaya muncul seperti peningkatan kolestrol,penyakit jangtung, kecing manis dan darah tinggi. Continue Reading ➞

Ketahui Apa Itu Air Nabeez?

kismis

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Sumber mengatakan air nabeez ini adalah kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa biji kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air itu nabi minum dan buah kurma yg dah lembik itu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah nabi. Continue Reading ➞

Resepi Juadah Berbuka Puasa – Puding Susu Oreo

!!!

Biskut oreo adalah salah satu biskut yang sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat, terutama kanak-kanak. Biskut coklat dengan gabungan susu putih, coklat, vanila., dan anggur di dalamnya membuatkan biskut ini terasa berbeza dengan biskut-biskut lain. Pelbagai variasi rasa yang tersaji di dalam biskut oreo yang membuatkan kita merasa ketagih untuk memakannya.mungkin anda biasa menikmati biskut oreo begitu sahaja. Padahal jika ditambah dengan susu atau teh panas yang manis dalam menikmati biskut oreo memang tersangat nikmat rasanya. Resepi ini sangat sesuai dijadikan menu untuk berbuka puasa kerana rasanya yang sedap mampu membuatkan anda menikmatinya dengan penuh selera. 🙂 jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya. Continue Reading ➞

Puding Roti Mudah Dan Sedap

222222

 

Bahan bahan:

6 keping roti Gardenia

1/2 cawan kismis – opsyenal

4 biji telur – pukul

1 tin susu cair – boleh ganti 2 cawan susu segar

3/4 cawan gula pasir

1 sudu kecil serbuk kayu manis

1 sudu kecil vanilla extract

2 sudu besar butter Continue Reading ➞

Biji Chia, Kecil Tetapi Besar Manfaatnya Terhadap Kesihatan.

Chia seed” dipanggil “biji chia” dalam Bahasa Melayu. Sama seperti biji bunga matahari yang merupakan bijian,  Ia merupakan makanan yang boleh dimakan tanpa dimasak, dikisar atau diproses. Biji chia berasal daripada pokok Salvia Hispanica yang merupakan ahli keluarga pudina. Salah satu sebab mengapa biji chia begitu popular di kalangan masyarakat yang mengamalkan cara hidup sihat adalah kerana biji chia menyihatkan, mudah dan serba guna. Berikut adalah kebaikan biji chia untuk kesihatan. Continue Reading ➞

Petua Salur Darah Sihat Dan Nyah Toksin.

Petua ini anda boleh jadikan amalan kerana ia dapat melancarkan salur darah dan juga sebagai penambah tenaga. Jus ini juga boleh melegakan batuk dan selsema. Boleh la cuba bagi sesiapa yg memerlukan. Jom tengok apa bahan-bahannya.

Bahan :

1 cawan bawang putih (kupas)

1 cawan halia muda (kupas)

1 cawan perahan lemon

1 cawan Apple cider

2-3 cawan madu asli

Bawang putih & Halia Muda Continue Reading ➞