Diari Kurus

Jom Kecilkan Pipi Tembam & Dagu Berlapis

jom-kecilkan-pipi-tembam-women-online-magazine

1

Badan dah ramping tapi masalahnya muka bulat dan pipi tembam. Ada cara ke nak bagi muka dan pipi sama ramping dengan badan? Kalau anda nak buat melalui pembedahan pun ada. Kos yang tinggi terpaksa ditanggung dan pada masa yang sama kesakitan yang dialami. Jadi mesti anda akan terfikir,bolehkah kalau nak kurangkan lemak dekat muka dan pipi.So, kat sini kami nak share cara nak kecilkan muka dan pipi yang paling senang,jimat dan selamat

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

  • Lakukan Senaman Rahang

Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan  meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.

  • Urut Halus Di pipi

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan  satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.

  • Guna Teknik Solekan Yang Betul

Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.

  • Ais Batu

Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.

tumblr_lbfmhysnJn1qa9fv7o1_500

 

4 SENAMAN KECILKAN PIPI TEMBAN

  • Senaman Pipi

Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.

  • Bibir

Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.

  • Sedutan

Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

  • Senaman O

Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

 

TIPS HILANGKAN DAGU BERLAPIS

***Gosok di bawah dagu dengan urutan dari belakang ke depan

***Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.

 

PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utamakepada wanita atau lelaki yang menitik berat tentang kecantikan. Biasalah,kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami atau isteri masing-masing. Tetapi sebenarnya, mengecilkan badan jauh lebih senang berbanding mengecilkan pipi. Tetapi segalanya tidak akan menjadi mustahil jika kamu benar-benar berusaha untuk mengecilkannya betul tak? So ,Good luck semua !!

 

 

• Meet the Author ➞ uji



5 comments… add one
  • okeh.

    boleh cuba senaman ni nanti.

    hehe..

    Reply
  • Wah betul larh saya buat memang menjadi

    Reply
  • Okk thanks .. emm agak2 bape hari bole kuruskan pipi ni eh? Hehe

    Reply
  • Well thanks. yang 4 hingga 5 set tu everyday ke ?

    Reply
  • Insyaallah sye akn cube harap2 menjadi lhhh ye

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x