Diari Kurus

Konsep 8 + 6 : Cara Hebat Melawan Diabetes Melalui Diet dan Senaman

kencing-manis

1

Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok atau angin ahmar, jantung, kanser, darah tinggi, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.

diabetes5Jenis-jenis kencing manis

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).

Kencing Manis Jenis 1 – “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 – “Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)

  • Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
  • Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
  • Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.

Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

15 Gejala Penyakit Kencing Manis

Berikut adalah  15 gejala umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

1. Berat badan berlebihan

Lebih dari 85 % penderita diabetes memiliki berat badan berlebihan, kegemukan atau obesiti. Obesiti sering dikaitkan dengan risiko penyakit diabetes. Aktiviti bersukan sangat dianjurkan untuk menurunkan berat badan dan menurunkan insulin.

Mereka yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat melampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Jadi dengan mengurangkan berat badan maka risiko mendapat diabetes juga akan berkurangan.

2. Pengambilan lemak dan gula yang tinggi

Salah satu faktor utama penyebab diabetes adalah gemarnya seseorang dalam pengambilan makanan yang tinggi lemak, minyak dan gula. Makan makanan tinggi lemak dan gula menjadi punca kenaikan berat badan, yang pada akhirnya akan meningkatkan insulin sehingga risiko terkena diabetes pun menjadi meningkat.

Pengambilan makanan yang tidak sihat seperti ini juga berisiko meningkatkan kadar kolesterol dan tekanan darah. Tekanan darah dan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dan penyakit jantung.

Jadi, ada perlu tahu bahawa tubuh mempunyai kemampuan terbatas dalam mengolah makanan yang anda makan. Jika anda makan terlalu banyak karbohidrat, maka tubuh akan menyimpannya dalam bentuk gula dalam darah(glikogen). Jika perkara ini berlaku pada setiap hari, cubalah anda bayangkan betapa ‘menggunungnya’ pengumpulan glikogen yang disimpan dalam tubuh yang membawa kepada gejala diabetes.

diabetes

3. Faktor keturunan

Satu kajian yang dijalankan ke atas penduduk tempatan mendapati 11.7% daripada pesakit diabetes yang dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur mempunyai sejarah keluarga penghidap penyakit diabetes yang positif.

Kajian awal ada menunjukkan penyakit diabetes sering menimpa pasangan kembar serupa. Kebarangkalian 60% untuk seorang kembar mengalami penyakit ini setelah dewasa jika kembar seorang lagi mempunyai penyakit diabetes iaitu diabetes yang tidak bergatung pada insulin.

4. Ketidakseimbangan hormon

Wanita yang memiliki ‘sindrom ovarioum polikistik’ lebih berpotensi untuk menderita diabetes dan kencing manis jika dibandingkan dengan wanita lain. Sindrom ini merupakan ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kategori gemuk (4kg lebih) turut berisiko terkena diabetes. Wanita hamil yang menderita ‘diabetes gestasional’ (diabetes yang terjadi selama kehamilan), dikatakan tujuh kali lebih cenderung untuk terkena diabetes pada masa yang akan datang jika dibandingkan dengan wanita hamil yang tidak mengalami diabetes gestasional ini.

5.Kurang aktiviti bersukan

Tidak aktif dan kurang bersenam berkaitrapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Senaman dapat melindungi seseorang dari mendapat kencing manis iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensitiviti insulin.

6. Paras gula darah tinggi

Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

7. Kerap dahaga dan kencing malam

Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

8. Hilang berat badan secara tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

9. Sentiasa rasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.

Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

10. Luka lambat sembuh

Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

11. Keletihan dan cepat marah

Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

12. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

13. Penglihatan kabur

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

14. Sensasi saraf

Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

15. Rengsaan kulit

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

8 Cara Melawan Diabetes Melalui Diet

Cara terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. Jadi, anda boleh mencuba beberapa cara berikut:

1. Lakukan senaman yang kerap dan diet yang betul. Diet yang betul bukanlah hanya mengurangkan pengambilan kalori. Ia termasuk mengambil makanan yang betul.

2. Elakkan diri dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak terutamanya lemak binatang.

cutting-down-sugar_377x171_83630988

3. Kurangkan memakan daging merah, produk tenusu dan telor. Karbohidrat yang diproses sama sekali tidak boleh. Ianya termasuk gula pasir (putih), beras putih dan gandum putih. Sebaliknya kita patut mengambil bijirin tulen seperti beras merah atau coklat dan gandum tulen.

4. Ada juga makanan yang mempunyai kesan seperti insulin kepada tubuh bila ianya dimakan. Sebagai contoh timun, bawang putih, soya, germa (biji) gandum, buah avocado, kacang hijau, gandum hitam, minyak bijan, sayur-sayuran hijau dan kubis Brussels sprout. Individu yang merasakan mereka mempunyai risiko mendapat diabetes patut tingkatkan pengambilan makanan tersebut.

5. Pengambilan serat juga akan mengurangkan risiko mendapat diabetes. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya mengandungi kurang gula. Mereka patut mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan, produk gandum tulen dan produk bijirin tulen.

6. Pengambilan gula putih dan makanan yang tinggi kandungan gula putih mesti dikurangkan. Anda perlu menggantikan makanan tersebut dengan yang mengandungi serat yang tinggi.

7. Mereka yang ingin mengelakkan diabetes juga patut menjauhi minuman beralkohol. Alkohol akan mengurangkan tolerans glukosa terutamanya bagi mereka yang telah berumur dan mereka yang mempunyai risiko mendapat diabetes. Tambah lagi, pesakit diabetes yang meminum walau sedikit minuman beralkohol  berkemungkinan besar akan rosak mata dan saraf mereka.

8. Jangan merokok untuk selamat dari mendapat diabetes. Rokok meningkatkan risiko penyakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain masalah kesihatan berkaitan dengan diabetes. Perokok tegar lebih mudah mendapat diabetes dari bukan perokok. Jadi sekiranya anda merokok, berhentilah dari tabiat tersebut demi kesihatan diri dan keluarga. Jika anda tidak merokok, jauhilah diri dari tabiat atau persekitaran berasap tersebut.

6 Jenis Makanan Membantu Menurunkan Paras Gula Dalam Darah

Merendahkan tahap gula dalam darah anda akan membantu anda memperolehi kawalan ke atas kencing manis anda dan mengurangkan kemungkinan komplikasi seperti strok, serangan jantung, kanser, rabun dan Amputasi. Sesetengah makanan yang dimakan secara sederhana, akan membantu anda mengurangkan gula dalam darah dan membantu anda untuk menguruskan berat badan anda dengan lebih baik.

Berikut adalah 6 jenis makanan bagi bagi membantu menurunkan paras gula dalam darah sekiranya anda merupakan penghidap penyakit diabetes:

152950s9v47m7jp7664sw0

 

1. Ubi keledek
Makanan glisemik yang rendah akan membantu anda mengurangkan mata. Ubi keledek mengandungi serat yang tinggi daripada kentang biasa, membuat mereka yang sihat, rendah glisemik alternatif. Selain itu, ubi keledek mengandungi tahap tinggi anti-oksidan, dipercayai mempunyai kesan positif kepada rintangan insulin. Komponen Vitamin B6 yang tinggi yang ditemui dalam ubi keledek juga membantu mengurangkan risiko kencing manis penyakit jantung.

cinnamon_fe

2. Kulit kayu manis
Penyelidik telah dinilai rempah yang biasa digunakan dan mendapati sesetengah yang membantu bacaan gula dalam darah yang rendah. Cinnamon merupakan salah satu yang paling tinggi nilai untuk mengurangkan tahap darah.

HowTo_Pick

3. Avocado
Lemak sihat buah-buahan ini telah menunjukkan untuk meningkatkan sensitiviti insulin anda dan darah rendah paras gula. Avacados yang tinggi dalam lemak Walau bagaimanapun, dan perlu dimakan secara sederhana.

 

Nut texture

4. Kacang
Seperti avacados, kacang yang tinggi dalam lemak, tetapi juga membantu lebih rendah rintangan insulin. Contoh kacang yang sihat adalah pecans, badam, cashews, walnut dan kacang tanah.

144537469261255768_Yxpvn9vu_f

5. Cuka
Kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Arizona menunjukkan bahawa cuka, bahan aktif asid asetik, mengurangkan tahap glukosa berpuasa dan selepas makan. 2-3 Sudu besar setiap hari cuka epal adalah dos berkesan.

Manfaat-Buah-Ceri-Untuk-Ibu-Ha

6. Buah ceri
Buah ceri adalah makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis jenis 2. Ia mengandungi tahap anti-oksidan yang tinggi dan serat yang membantu anda meningkatkan pengeluaran insulin anda dan mengurangkan kolesterol anda. Mereka anda juga rendah kalori.

Bersenamlah Jika Ingin Bebas Diabetes

Kedua-dua jenis diabetes (jenis 1 dan 2) boleh dielakkan atau diperbaiki dengan selalu melakukan senaman ringan. Fakta menunjukkan individu yang mengidap diabetes jenis 1, yang selalu bersenam, memerlukan kurang insulin. Manakala individu sihat yang selalu bersenam berkemungkinan besar tidak akan mendapat diabetes jenis 2. Sebabnya bersenam mengurangkan lemak badan dan seterusnya menambahbaik darjat sensitif badan terhadap insulin.

Senaman tidak semestinya senaman berat terutamanya jika sudah meningkat usia. Senaman mudah seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal dapat memperbaiki tahap gula dalam darah. Senaman memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot-otot berkenaan. Kesannya akan kekal lebih dari dua hari. Profil lemak darah dan tekanan darah yang memberi kesan kepada diabetes juga akan bertambah baik dengan selalu bersenam.

Setiap individu, terutamanya pengidap diabetes, perlu memantau paras gula dalam darah bila melakukan senaman. Ini disebabkan senaman boleh mengurangkan dan juga meningkatkan paras gula dalam darah. Anda dinasihatkan supaya meminta nasihat doktor anda sebelum menjalani apa-apa program senaman.

Kesimpulan

Kebanyakan pengkaji, doktor dan para pakar perubatan selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang mengidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka rajin bersenam dan mengamalkan diet yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 paun.

Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukanlah besar atau mendadak. Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.

 

Sumber 

Info Kesihatan Jerry Journal Malaysia Tercinta WOM

 

• Meet the Author ➞ diarikurus1



1 comment… add one
  • Nama saya Allan. Pakar pemakanan dari Universiti Queensland, Australia. Saya amat bersetuju dengan cara mencegah diabetes yang disyorkan. Terima kasih kerana berkongsi.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x