March 10, 2016

Wanita mana yang tidak suka jika diajak keluar shopping atau membeli-belah. Wanita dan shopping memang sukar untuk dipisahkan. Apabila menyebut perkataan shopping ini, seakan ada magnet yang menarik lantas membuatkan wanita akan berasa gembira dan bersemangat apatah lagi jika ada yang sudi menampung perbelanjaannya. Jika tidak membeli sekalipun kerana kekangan kewangan, mereka tetap juga masih gemar untuk keluar window shopping dan sekadar mencuci mata. Bagi mereka, walaupun tidak membeli barang, berjalan-jalan di pusat membeli belah sudah memadai. Shopping itu dianggap terapi, namun tahukah anda aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk kekal langsing secara tidak langsung?
Topik tips jadi langsing dan kurus kali ini, kami kongsikan 8 cara bagaimana dengan membeli-belah ia dapat membantu anda lebih cergas dan cepat kurus.
Continue Reading ➞
March 9, 2016

Topik kali ini kita akan membincangkan mengenai metabolisme atau dalam bahasa Yunani ia membawa maksud sesuatu perubahan atau transformasi. Jika seseorang merancang untuk meningkatkan metabolisme tubuhnya, maka itu bererti pembakaran kalori dalam tubuhnya turut meningkat. Jika metabolisme tubuh baik, maka anda akan lebih bertenaga, kualiti kesihatan yang baik, cergas serta mendapat berat badan yang ideal.
Metabolisme membantu pencernaan dalam menyerap nutrisi yang diambil, hidrasi dan aktiviti fizikal yang dilakukan. Sekiranya salah satu tidak mencukupi bagi keperluan tubuh badan, maka ia akan menurunkan kadar metabolisme anda.
Continue Reading ➞
March 8, 2016

Seringkali kita dengar bahawa terdapatnya pelbagai andaian atau pendapat seseorang mengenai penurunan berat badan. Tahukah anda bahawa banyak rupanya ‘pegangan’ kita hari ini adalah mitos semata-mata. Jika berazam dalam proses penurunan berat badan, anda perlulah ambil peduli atau selidik terlebih dahulu adakah kenyataan-kenyataan yang anda dengari kini benar-benar fakta ataupun tidak.
Mitos atau andaian negatif itu pastinya akan membuatkan diet anda terganggu. Jadi jom kita semak apakah itu 9 mitos yang berlawanan dengan fakta penurunan berat badan.
Continue Reading ➞