March 7, 2016

Adakah anda sedang berdiet sekarang? Apakah jenis pelan diet yang anda sedang amalkan sekarang? Diet ada bermacam-macam jeniskah? Ya, betul. Memang terdapat banyak jenis diet yang diamalkan oleh pendiet sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Untuk topik kali ini kami akan kongsikan kepada anda 13 jenis pelan diet yang popular dan biasanya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Jadi, selepas ini bolehlah anda pilih dan tentukan mana satu jenis diet yang sesuai untuk anda ikuti. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama.
Continue Reading ➞
March 6, 2016

Buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman kuno lagi. Bukan sahaja merupakan antara buah yang mudah untuk dihadamkan, tetapi ia juga membantu dalam proses pencernaan. Buah betik masak juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka.
Agak teruja juga bila dapat tahu buah betik juga mempunyai banyak manfaatnya yang tersendri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita.
Continue Reading ➞
March 3, 2016

Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Untuk membolehkan badan kita terus berfungsi dengan betul, kita perlu mengimbangkan bekalan air kita dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi air. Namun begitu, ramai di antara kita yang masih lagi keliru dan tertanya-tanya berapa banyak jumlah air yang perlu diambil dalam sehari bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan. Ada yang berpendapat pengambilan 1 liter air pada setiap 25kg dari berat badan. Ada juga yang mengatakan perlu minum sekurang-kurangnya lapan 8 gelas air atau bersamaan dengan 2 liter air pada setiap hari.
Masing-masing punya pendapat tersendiri. Bagaimana pula dengan anda? Berapa banyak air yang perlu anda minum setiap hari agar kesihatan terus terjaga? Mari, kami kupaskan persoalan ini serba sedikit sebagai pencerahan semua masalah anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Continue Reading ➞