24 Cara Diet Agar Kurus Dengan Cepat Tanpa Ubat-Ubatan

losing-weight-fasting

Rasa give up kan bila sudah mencuba pelbagai produk pelangsingan dan workout setiap hari, tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku ke atas pengurangan berat dan saiz fizikal badan. Oleh itu, kami ingin kongsikan 24 cara berdiet untuk kurus dengan cepat dan berkesan tanpa memerlukan pengambilan ubat-ubatan atau produk pelangsingan badan.

1. Jangan Berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Inimenyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. Ambil Sesuatu yang Pahit Sebelum Makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekuranganenzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Continue Reading ➞

1

Awas Si Kurus !!! Risiko Kurus Di Luar Gemuk Di Dalam

Pernah dengar kes seseorang yang kurus pada fizikalnya sebenarnya gemuk pada dalamannya? Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa punca terjadinya perkara sedemikian? Bagi yang berbadan kurus, tidak semestinya anda benar-benar kurus dan sihat tanpa sebarang penyakit. Malahan, apa yang ditakuti, kemungkinan besar orang yang berbadan kurus ini mempunyai tahap kesihatan yang lebih buruk daripada orang yang berbadan besar.

Seseorang yang mengalami obesiti atau kegemukan mudah dikenal pasti saiz, bentuk badan dan melalui ukuran BMI (Body Mass Index). Nilai BMI juga digunakan dalam perubatan dalam mengukur risiko terhadap sakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Semakin tinggi nilai BMI anda, semakin tinggi risiko anda. Anda dikira berat berlebihan jika BMI 25-29 dan dikira gemuk atau obes jika BMI lebih dari 30. Walaupun BMI dikira berdasarkan berat dan tinggi, pengiraan BMI sebenarnya tidak dikira secara tepat kerana tidak membezakan antara otot dan lemak dalam badan.

Continue Reading ➞

5 Cara Cepat Kurus Secara Selamat

Tampil langsing memang memberikan banyak manfaat kepada kehidupan seharian. Sebahagian besar daripada kita terutamanya kaum wanita, akan berusaha sedaya upaya agar tubuh kelihatan kurus, langsing, cantik dan sihat. Jadi, tidak hairanlah jika golongan hawa ini sanggup berhabis duit untuk membeli pelbagai jenis produk pelangsingan badan. Ini kerana mereka percaya, tubuh yang langsing akan mebuatkan tahap keyakinan diri juga turut meningkat.

Dengan tubuh yang kurus dan langsing, seseorang itu sudah tentu boleh mengenakan apa sahaja pakaian yang disukainya. Selain itu, dengan tubuh langsing juga dapat mengurangi risiko pelbagai penyakit berbahaya yang mungkin akan bersarang dalam tubuh. Ingat ya, punca terjadinya pelbagai penyakit adalah berpunca dari perut, iaitu dari makanan yang kita ambil.

Mendapatkan tubuh langsing dan sihat memang bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh. Banyak Ramai yang sudah melakukan pelbagai cara, tetapi tetap sahaja gagal mendapatkan tubuh langsing. Kesalahan terbesar mereka adalah berhenti di tengah jalan dengan program yang dijalankan. Jadi, jika nak impian jadi kenyataan, kita perlulah konsisten dalam melakukan sesuatu.

Oleh itu kami akan berkongsi mengenai tip atau cara mudah untuk kurus dengan cepat secara selamat.

Continue Reading ➞

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x