September 27, 2015

Bagi anda yang inginkan mengurangkan berat badan amatlah disarankan anda lakukannya dalam tempoh jangka masa panjang kerana dalam kajian yang dijalankan mendapati bahawa seseorang yang membuat perubahan kecil dalam aktiviti harian berpontensi untuk hilang 2.5 inci ukur lilit pinggang dan turun 4 kali lebih berat badan berbanding mereka yang mengamalkan sekatan kalori dan aktiviti fizikal. Berikut adalah kaedah yang dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan sebanyak 5kg dan mengurangkan saiz pinggang sebanyak 3 inci dalam tempoh beberapa minggu hanya dengan mengubah rutin anda seharian. Continue Reading ➞
September 23, 2015

Minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi daripada buah Olea europaea (pokok zaitun) yang banyak ditanam di kawasan Mediterranean. Selain untuk masakan, minyak zaitun juga digunakan untuk kosmetik, perubatan, sabun dan juga bahan api untuk lampu tradisional. Biarpun minyak zaitun berasal daripada kawasan Mediterranean, ianya telah digunakan oleh penduduk di serata dunia. Terdapat banyak kebaikan minyak zaitun yang boleh anda perolehi dan sehingga ke hari ini, para penyelidik masih melakukan kajian unutk mendedahkan lebih banyak kebaikannya. Continue Reading ➞
September 22, 2015

Detox bukan sahaja dapat membantu anda dalam membuang toksin atau bahan-bahan yang tidak sihat keluar daripada badan anda, ianya juga dapat membantu anda dalam proses menurunkan berat badan. Tiada salahnya jika anda menambahkan detox kedalam rutin anda selain bersenam dan diet. Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh anda selitkan kedalam menu diet anda dan secara tidak lansung dapat membantu anda membersih dan menurunkan berat badan anda tanpa perlu berlapar atau jus yang mahal. Continue Reading ➞