5 Makanan Untuk Menguruskan Badan

Apabila anda ingin kuruskan badan, memilih menu makanan yang sihat mungkin akan memeningkan anda. Sukar bagi anda untuk mengenal pasti makanan yang dapat membantu anda dalam proses kuruskan badan. Terdapat makanan dapat membantu anda untuk kuruskan badan tetapi tidak mengenyangkan perut anda pada masa jangka yang panjang. Anda tidak perlu runsing, berikut adalah makanan yang bukan sahaja dapat membantu anda kuruskan badan tetapi juga sedap dan mengenyangkan anda.

1. Telur

makankurus1

Sarapan pagi penting jika anda ingin kuruskan badan dan mulakan hari anda dengan makanan yang kaya dengan protein dapat membantu anda untuk kenyang dalam jangka masa yang panjang. Kajian menunjukkan jika bersarapan pagi dengan makanan yang kaya dengan protein seperti telur dapat membantu anda kenyang lebih lama berbanding mereka yang bersarapan dengan makanan berasaskan bijiran.

2. Teh Hijau

makankurus2

Teh hijau bukan sekadar minuman panas dan berperisa. Ianya juaga dapat membantu anda dalam menguruskan badan. Antioksida yang terkandung dalam teh hijau dapat mempercepatkan tahap metabolisme dan pembakaran lemak anda yang dimana dapat mengurangkan indeks jisim badan (BMI) anda. Satu kajian mendapati bahawa lima cawan teh hijau sehari boleh membantu anda menurunkan berat badan dua kali ganda lebih banyak, sebahagian besar di bahagian perut anda.

3. Sup

makankurus3

Mulakan hidangan anda dengan secawan sup dan selera anda untuk makan lebih banyak akan berkurang. Kajian menunjukkan dengan pengambilan makanan yang sama tetapi menjadikannya hidangan sup dan bukannya makanan pepejal akan membuat seseorang kenyang dengan lebih cepat dan dapat mengurangkan pengambilan kalori.

4. Kentang

[ File # csp11172220, License # 2439138 ] Licensed through http://www.canstockphoto.com in accordance with the End User License Agreement (http://www.canstockphoto.com/legal.php) (c) Can Stock Photo Inc. / rawlik

Betul, kentang tinggi dengan karbohidrat, tetapi dengan menjadikan kentang sebagai hidangan dapat mengenyangkan anda lebih cepat berbanding hidangan lain seperti roti. Jika anda merebus kentang dan kemudiannya biarkannya sejuk untuk seketika, kentang tersebut akan membentuk sejumlah Resistance Starch yang banyak yang dimana mempunyai banyak kebaikkan termasuk dapat membantu anda mengurangkan berat badan dan membantu membakar lebih banyak lemak. Resistance Starch membawa maksud sejenis karbohidrat yang menahan enzim-enzim sepanjang proses pencernaan di dalam usus dan membuat anda merasa kenyang lebih lama.

5. Lada

makankurus5

Menambah lada dalam makanan anda adalah cara yang amat baik untuk meningkatkan tahap metabolisme. Semakin tinggi tahap metabolisme anda, semakin banyak kalori anda bakar walaupun anda dalam keadaan rehat. Bahan aktif (Capsaicin) yang terkandung dalam lada dapat mengurangkan selera makan anda dan mempercepatkan proses membakar lemak.

5 Rahsia Untuk Minum Lebih Banyak Air

Semestinya anda sudah ketahui kebaikan meminum air dalam membantu anda untuk kuruskan badan. Selain itu air juga dapat membantu anda dalam proses penghadaman dan membantu kulit anda kelihatan lebih sihat.
Tetapi ramai dikalangan anda yang mempunyai masalah dalam memastikan keperluan air yang cukup dalam kehidupan seharian. Kemungkinan anda tidak suka dengan rasa air atau anda jenis yang jarang bangun daripada meja anda untuk mendapatkan air.
Disini terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu anda dalam mendorong tabiat yang sihat untuk meminum air yang banyak setiap hari.

1. Tambahkan Perasa

minumair1

Minum air kosong sahaja mungkin akan membuatkan anda berasa bosan. Menambah perasa ke dalam air minuman pasti akan mendorong anda untuk minum lebih banyak. Daripada menggunakan bahan perasa tiruan, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan-bahan yang segar seperti lemon atau limau kasturi sebagai perasa. Lemon bukan sahaja dapat menambahkan perasa dalam air minuman anda tetapi ianya juga dapat membantu anda dalam membuang toksin yang ada dalam badan anda. Jika anda ingin air minuman anda lebih menarik, anda boleh tambah bahan-bahan yang segar ke dalam minuman anda seperti kiwi atau daun pudina. Ianya dapat memberi anda sedikit tekstur dan memberi anda dorongan untuk menghabiskan minuman anda.

2. Makan Air Anda

minumair2

Ya! Makanan juga mengandungi air. Bagi anda mungkin sukar untuk anda meminum air dalam kauntiti yang banyak dalam sehari. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber air yang baik yang dapat menangani masalah anda. Antaranya ialah timun, tomato dan sebagainya. Bukan sahaja dapat membantu anda untuk minum lebih banyak tetapi kaedah ini juga dapat membekalkan anda nutrisi dan khasiat-khasiat yang baik untuk tubuh badan anda. Amatlah penting, jika anda memasak bahan-bahan tersebut, kebanyakkan air yang terkandung dalam makanan tersebut akan hilang. Jadi bahan-bahan tersebut elok dimakan mentah.

3. Botol Air Yang Menarik

minumair3.2

Botol air adalah salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan air seharian anda. Tidak salah jika anda melaburkan sedikit wang anda untuk membeli botol air yang cantik dan berkualiti tinggi. Jika anda memiliki botol air yang cantik, anda akan lebih bersemangat untuk menggunakannya dan secara tidak lansung dapat membantu anda untuk minum dengan lebih banyak. Adalah lebih baik jika anda membeli botol air yang mempunyai penanda aras supaya dapat membantu anda untuk melihat perkembangan anda.

4. Makan Makanan Pedas

minumair4

Berlaukkan sambal lada, sambal belacan mahupun kepingan lada dalam hidangan dapat membantu anda untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak. Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan makanan pedas dapat meningkatkan tahap metabolism anda. Tetapi pastikan tahap kepedasan setiap hidangan yang anda ambil bersesuaian dengan anda untuk mengelak daripada sakit.

5. Jadikan Satu Cabaran

minumair5

Semua perkara akan menjadi lebih menarik jika dibuat sebagai satu pertandingan atau cabaran. Jika anda mengaplikasikan konsep yang sama dalam pengambilan air dalam sehari, anda secara tidak lansung akan berasa untuk berlumba-lumba untuk menghabiskan air dalam sehari. Keadaan akan lebih menarik jika anda mengajak rakan-rakan anda untuk turut sertai anda. Tetapkan satu target yang anda dan rakan anda perlu capai contohnya 3 liter air dalam masa sehari dan kongsikan perkembangan masing-masing untuk pastikan anda semua dalam landasan yang betul.

1

8 Faktor Menghalang Anda Daripada Kurus

Penat bersenam dan berdiet mengalahkan atlet sukan tetapi masih tidak dapat turunkan berat badan? Berikut mungkin satu atau lebih faktor yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda.

1. Terlebih Makanan Sihat

takkurus1

Kekacang, minyak zaitun dan roti whole grain adalah makanan yang sihat dan semula jadi tetapi kesemuanya tetap mempunyai kalori. Anda masih perlu mengawal pengambilan makanan-makanan yang sihat. Contohnya, umum ketahui kacang almond amatlah sihat untuk badan anda tetapi secawan kacang almond mempunyai 529 kalori, lebih daripada 30% keperluan kalori seharian anda.

2. Anda Stress

takkurus2

Jangan stress jika anda ingin kurus! Kerana apabila anda tertekan ianya akan menyebabkan pengeluaran kartisol secara berlebihan dan akan mengakibatkan tahap metabolisme anda berkurang dan menggalakkan anda untuk makan lebih banyak. Cuba kurangkan tekanan anda dengan melakukan yoga atau meluangkan lebih masa dengan orang tersayang.

3. Anda Tidak Bersarapan Pagi

takkurus3

Pengambilan kalori mungkin dapat dikurangkan jika anda tidak bersarapan tetapi kebanyakkan orang yang bersarapan selalunya akan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih banyak. Mulai pagi esok, pastikan anda bersarapan pagi untuk meningkatkan tahap metabolism anda. Jangan hanya makan apa sahaja untuk sarapan tetapi cuba anda selitkan protein dalam diet anda seperti telur untuk kekalkan tenaga anda dan serat seperti lobak untuk mengenyangkan perut anda lebih lama.

4. Minum Kopi Terlalu Banyak

takkurus4

Sesetengah pakar nutrisi menggalakkan anda meminum kopi untuk mengurangkan berat badan kerana ia akan meningkatkan tenaga seharian anda. Tetapi pengambilan yang banyak juga tidak sihat untuk badan anda. Ini kerana kaffein meransang pengeluaran adrenalin yang dimana akan meningkatkan gula dalam darah. Jika kebanyakkan masa anda hanya duduk bersahaja, gula dalam darah yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak di dalam badan anda.

5. Anda Tidak Mengamalkan Sukatan Makanan

takkurus5

Dalam mengamalkan diet seimbang, kita ketahui bahawa sukatan makanan adalah satu kunci untuk berjaya. Pastikan anda tegas dalam menyukat makanan anda seperti menggunakan tapak tangan untuk menyukat jumlah nasi yang diperlukan dalam sehari.. Pastikan anda tidak mengambil makanan lebih daripada sukatan dalam pelan diet anda.

6. Pengaruh Rakan

takkurus6

Rakan anda mempunyai pengaruh besar dalam anda menjalani kehidupan seharian anda. Diet pemakanan mereka berbeza dengan anda. Mereka mungkin akan memesan pizza daripada Domino’s Pizza atau ayam goreng daripada KFC diwaktu malam. Amatlah penting anda berkongsi matlamat anda untuk menguruskan badan kepada rakan anda supaya mereka dapat membantu anda dalam mencapai matlamat anda.

7. Kurang Tidur

takkurus7

Anda yang bekerja mengikut waktu pejabat, kebanyakkan akan memilih waktu malam untuk bersenam. Komitmen dalam bersenam boleh membuat masa anda untuk tidur berkurang. Penting bagi anda untuk mempunyai tidur cukup jika ingin kuruskan badan. Anda memerlukan tenaga tambahan untuk seiring dengan rutin senaman anda dan tidur yang kurung boleh mengganggu kebolehan badan anda untuk mengawal selera makan.

8. Kerap Makan Diluar

takkurus8.1

Disebabkan kerja dan kekangan masa, ramai mengambil pilihan untuk makan diluar berbanding memasak dirumah. Apabila anda makan diluar, anda tidak dapat mengawal kandungan kalori dalam makanan sepertimana yang anda mahukan. Kebanyakkan kedai makan menggunakan garam, MSG dan minyak yang banyak dalam penyediaan masakan. Selain membantu anda mengurangkan berat badan, makan masakan di rumah dapat mambantu anda berjimat.

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x