June 13, 2015

Terdapat lebih kurang 8 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan. Continue Reading ➞
June 12, 2015

Kadang-kadang ramai wanita yang merasakan sukar bagi mereka untuk turunkan berat badan berbanding dengan lelaki. Kenyataan itu ternyata ada betulnya dan ia bukan sekadar mainan perasaan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkanwanita susah untuk membakar lemak berbanding lelaki.
Antara alasan mengapa wanita susah untuk turnkan berat badan ialah:
1. Wanita memiliki lebih banyak lemak berbanding otot.
Mengikut kajian, wanita memiliki lemak lebih banyak berbanding otot dalam tubuh. Berbanding lelaki, jumlah lemak yang ada dalam tubuh wanita hampir mencapai dua kali ganda.
2. Faktor Emosi
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita lebih cenderung untuk makan mengikut emosi berbanding lelaki.
Dalam usaha ‘mengawal’ emosi untuk jadi lebih baik,ceria dan bahagia, wanita biasanya akan cenderung untuk mengambil makanan yang manis dan berlemak. Berbanding lelaki, mereka sukakan aktiviti sosial dan lasak untuk emosi yang lebih ‘bahagia’.
Lebih menarik, menurut Cynthis Sass, pakar diet berdaftar daripada “S.A.S.S Yourself Slim” berkata, wanita mula menambah berat badan sebaik sahaja mereka mula menjalinkan hubungan/berkahwin dengan lelaki. Pada ketika ini, wanita mula makan sekerap dan sebanyak pasangan lelaki mereka.
Continue Reading ➞
June 11, 2015

Lemak badan yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, hati berlemak, dan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser. Makanan yang kaya dengan serat membuat anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lama, dan ia juga membantu anda menangani ketagihan makanan. Makanan yang kaya dengan serat adalah pilihan yang ideal untuk golongan yang menghadapi masalah sembelit.
Makanan protein sangat sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berta badan dan pada masa yang sama ia mampu mengekalkan jisim otot. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan memberi tenaga yang cukup untuk aktiviti harian anda.
Jika berat badan yang berlebihan adalah menjadi masalah anda, jadi kelaparan adalah perkara terakhir yang perlu anda lakukan. Jadi anda perlu mengubah menu sarapan anda dengan mengamalkan minum smoothies yang super lazat setiap pagi. Disamping itu, anda dapat turunkan berat badan secara semulajadi.
Memandangkan sarapan pagi adalah penting, maka sangat sesuai dengan menjadikan smoothies ini sebagai menu sarapan harian anda. Smoothies bukan sahaja memberikan rasa yang enak tetapi ia juga dapat menigkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.
Disini saya sertakan 3 jenis resepi smoothie yang sangat sedap untuk proses penurunan berat badan tanpa apa-apa usaha yang khusus. Continue Reading ➞