Jika anda ada terlalu banyak lemak, terutamanya pada bahagian pinggang. Anda mungkin berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.
Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dengan cara menurunkan berat badan dan mengekalkannya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Pengambilan kanji dan lemak yang berlebihan membawa kesan yang negative terhadap bentuk badan anda. Namun ini tidak bermakna kita harus berhenti ambil kanji serta lemak dan hanya ambil sayur -sayuran saja. Kita perlu mengambil diet yang seimbang yang mengandungi daging, kanji, sayur-sayuran, buah-buahan dan air yang akan membantu kita mengekalkan bentuk badan yang seimbang dan menarik. Di samping itu, pengambilan makanan seimbang membantu anda untuk menghilangkan berat badan serendah dua atau tiga kilogram. Penurunan berat badan boleh membantu anda untuk memberikan penurunan tekanan darah yang dramatic serta dapat mengelak dari pelgagai jenis penyakit. Berikut adalah amalan pemakanan seimbang yang boleh diamalkan: [continue reading…]