//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

jenis senaman buat di pejabat

14 Tip Dan Senaman Yang Boleh Dilakukan Untuk Kekal Cergas Di Pejabat

Woman-exercise-in-office

Topik sebelum ini telah kami kongsikan mengenai bahaya duduk terlalu lama. Jadi sebagai kesinambungannya, kami kongsikan pula kepada anda mengenai beberapa tips dan senaman yang boleh dilakukan walaupun berada di pejabat. Nak bersenam tidak semestinya perlu ke gim, taman riadah atau pusat-pusat rekreasi, di dalam rumah atau di meja kerja juga boleh.

Namun begitu, mencuri masa semata-mata untuk membuat sedikit senaman mungkin amat mencabar, terutamanya jika anda seorang yang ‘gila kerja’. Bersenam di pejabat juga mungkin mustahil. Tetapi jika hendak seribu daya, pasti ada caranya untuk anda kekal aktif dan cergas. Apa yang perlu hanyalah sedikit pengurusan dan juga inspirasi agar dapatlah anda selitkan sedikit aktiviti cergas yang mampu buat tubuh anda kekal bertenaga.

[continue reading…]