Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Continue Reading ➞
Cara Pemakanan
4 Sebab Mengapa Wanita Naik Berat Badan Selepas Kahwin
Seseorang wanita sudah semestinya mengamalkan diet sebelum tiba majlis perkahwinan mereka. Jadi, setelah majlis tersebut telah selesai, diri yang keletihan akibat membuat persiapan perkahwinan, ditambah pula dengan kehadiran orang baru dalam hidup, sudah semestinya seseorang wanita itu melupakan diet mereka dan menjalankan misi ‘balas dendam’ dengan memakan seberapa banyak makanan kegemaran mereka bersama orang yang tersayang.
6 Fakta Tentang Manfaat Tembikai
Pada musim panas dan kering, tembikai semestinya menjadi pilihan sesiapa saja terutamanya apabila mereka membuka peti sejuk. Ini kerana tembikai sebenarnya mengandungi 92% air. Saya yakin ini adalah salah satu sebab utama mengapa tembikai perlu sentiasa ada pada musim panas kerana apabila kita berpeluh pada musim panas, ia akan menyebabkan kita mengalami dehidrasi. Selain mempunyai kandungan air yang banyak, tembikai juga mengandungi kandungan pelbagai nutrient lain seperti vitamin, mineral, asid amino, antioksidan, dan ‘phytonutrients’.
6 Rahsia Kebaikan Yogurt
Yogurt atau juga dikenali sebagai dadih adalah merupakan satu bentuk susu, yang diperolehi dari lembu, kambing dan juga kerbau. Ianya berbentuk pekat menjadikan ia berkrim dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Yogurt biasanya didatangi tanpa lemak atau rendah lemak, dan ia didatangi dalam pelbagai jenis rasa dan tekstur. Pengambilan yogurt membuktikan bahawa anda sedang mempunyai diet yang seimbang dan sihat. Satu kajian yang diterbitkan dalam ‘Nutrition Research’ mendapati bahawa orang yang makan yogurt setiap minggu mempunyai diet dan kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan.
4 Tips Bakar Kalori Dengan Cara Yang Paling Malas
Anda sudah penat melakukan pelbagai senaman dalam usaha menurunkan berat badan anda? Anda tidak sempat untuk melakukan senaman kerana anda seorang individu yang berkerjaya? Jangan risau, walaupun anda seorang individu yang selalu sibuk dengan tugasan harian, anda masih boleh menurunkan kalori dengan cara yang paling malas dan santai, namun berkesan ini.
5 Makanan Untuk Perhebatkan ‘Workout’ Anda
Pernahkah anda pergi ke gymnasium dan selepas beberapa ‘workout’ atau latihan senaman, anda mula berasa pening dan loya? Berdasarkan pemerhatian saya, hal ini banyak terjadi terutamanya kepada seseorang yang hanya sekali sekala ke gymnasium atau seseorang yang bekerjasama dengan jurulatih peribadi. Hal ini terjadi akibat mereka didorong untuk melakukan latihan senaman tersebut, di mana mereka akan memaksa tubuh badan mereka untuk melakukan latihan senaman melebihi tahap yang mereka mampu lakukan sehingga ia mengakibatkan mereka pengsan. Selain itu, hal ini juga terjadi berpunca dari ‘hypoglycemia’, di mana tahap gula dalam darah berada di bawah tahap normal. Cara yang paling mudah untuk menanganinya dengan meminum jus oren. Tetapi bagaimana kita boleh memastikan kita makan makanan yang berkualiti menjelang latihan senaman supaya kita mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan dan juga mendapat manfaat hasil daripada kerja keras di gym? Berikut merupakan 5 makanan yang mampu memperhebatkan latihan senaman anda di gymnasium.
4 Jenis Buah Yang Baik Untuk Kesihatan
Buah-buahan eksotik seperti jambu batu, dan manggis, sememangnya amat terkenal dalam kesihatan kerana ia mempunyai tahap antioksidan dan vitamin yang tinggi, tetapi menurut beberapa penyelidikan yang dilakukan secara besar-besaran baru-baru ini telah menunjukkan bahawa buah-buahan biasa seperti epal, anggur, dan buah-buahan lain mengandungi beberapa faedah kesihatan yang mengagumkan.
Khasiat Bawang Putih Yang Anda Patut Tahu
Bawang putih sebenarnya merupakan satu makanan yang menakjubkan! Suatu ketika dahulu, bawang putih amat terkenal kerana baunya yang agak menusuk hidung. Tetapi, para saintis telah membuat kajian dan mereka mendapati satu yang hebat, iaitu bawang putih mampu mencegah individu dari mengalami berat badan berlebihan, yang juga mampu menyebabkan penurunan berat badan, selain mampu mencegah penyakit dan lain-lain.
4 Cara Untuk Hindari Perut Buncit Dalam Masa Yang Singkat
Masalah perut buncit sememangnya menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah individu. Bukan saja individu yang gemuk berdepan dengan masalah ini, malahan yang kurus pun turut menghadapi masalah perut buncit. Jadi bagaimana caranya untuk anda kembalikan perut anda kepada bentuk asal yang kempis? Mungkin anda patut mencuba 4 perkara di bawah dan anda sedang dalam perjalanan anda ke arah perut yang mendatar dalam bila-bila masa!
7 Manfaat Halia Yang Sukar Dipercayai
Halia merupakan salah satu daripada ubat-ubatan semula jadi yang berkesan untuk tubuh badan manusia. Halia adalah salah satu daripada makanan yang boleh memberikan satu impak kepada kesihatan anda, kerana ia adalah penuh dengan zat yang sihat untuk badan dan minda anda. Halia boleh dicampurkan dengan air teh bersama madu atau air limau, untuk kesan penurunan berat badan yang mudah dan cepat.










