Makanan Diet

Ketahui 14 Rahsia Kehebatan Buah Delima.

timthumb

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:

Menstabilkan paras Kolestrol

  • Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

Delima mempunyai Tahap Antioksidan yang tinggi.

  • Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

Continue Reading ➞

Tips Kurus Di Bulan Puasa

image

PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani. Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan. Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.

Jadi pada perkongsian kali ini,adalah mengenai tips kurus pada bulan puasa yang boleh anda amalkan dalam keadaan selasa. Continue Reading ➞

1

Tips Kurus Selepas Bersalin.

Ramai di kalangan ibu-ibu yang lepas bersalin, sering mengeluh kerana sukar untuk mendapatkan berat badan seperti sebelum mengandung serta tercari-cari tips kurus selepas bersalin yang paling mudah untuk diamalkan. Dan keluhan ini berlarutan bukan sahaja hanya dalam tiga hingga empat bulan pertama, malah berpanjangan dan ada kalanya sampai mengandung anak seterusnya pun berat badan masih tak turun-turun lagi dan yang lebih menyedihkan bersambung pula sehingga anak seterusnya dilahirkan.

iiiiii

 

Akibat daripada berat badan yang sukar nak turun dan tak dapat kembalikan bentuk badan kepada bentuk yang asal, ramai ibu-ibu yang tertekan dan stress dengan perkara ni. Lebih-lebih lagi bila mereka lihat kawan baik, orang sekeliling seperti ipar duai yang lain senang sangat kembali kurus dengan cepat selepas bersalin. Mahu tak stress tahap dewa? Betul tak? Dan kadang-kadang sampai terbawa-bawa tekanan itu sehingga ke tempat kerja dan mengganggu prestasi cemerlang anda di pejabat.

Selain tertekan dengan masalah berat badan yang susah nak turun, perasaan malu nak bercampur gaul dengan orang lain juga menjadi masalah besar. Rasa tidak yakin pada diri mula menular dan sering merasakan diri sendiri dah tak cantik seperti dulu. Lebih-lebih lagi bila baju-baju yang cantik sebelum mengandung dah tak muat nak pakai, hanya tersadai dalam almari.

Akibatnya, kita lebih gemar bersendirian daripada bergaul dengan rakan-rakan sekeliling. Kita mula menjauhkan diri daripada kawan-kawan HANYA kerana kita gemuk dan kita tak yakin dengan diri sendiri. Continue Reading ➞

8 Jenis Makanan Yang Perlu Dielak Semasa Diet.

burger-590x278

Terdapat lebih kurang 8 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan. Continue Reading ➞

3 Resepi Smoothies Untuk Diet Anda.

smoothies-300-dpi-11

 

Lemak badan yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, hati berlemak, dan risiko yang lebih tinggi untuk  menghidap kanser. Makanan yang kaya dengan serat membuat anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lama, dan ia juga membantu anda menangani ketagihan makanan. Makanan yang kaya dengan serat adalah pilihan yang ideal untuk golongan yang menghadapi masalah sembelit.

Makanan protein sangat sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berta badan dan pada masa yang sama ia mampu mengekalkan jisim otot. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan memberi tenaga yang cukup untuk aktiviti harian anda.

Jika berat badan yang berlebihan adalah menjadi masalah anda,  jadi kelaparan adalah perkara terakhir yang perlu anda lakukan. Jadi anda perlu mengubah menu sarapan anda dengan mengamalkan minum smoothies yang super lazat setiap pagi. Disamping itu, anda dapat turunkan berat badan secara semulajadi.

Memandangkan sarapan pagi adalah penting, maka sangat sesuai dengan menjadikan smoothies ini sebagai menu sarapan harian anda. Smoothies bukan sahaja memberikan rasa yang enak tetapi ia juga dapat menigkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.

Disini saya sertakan 3 jenis resepi smoothie yang sangat sedap untuk proses penurunan berat badan tanpa apa-apa usaha yang khusus. Continue Reading ➞

10 Kehebatan Minyak Avocado Untuk Kesihatan

avocado-oil

Tahukah anda, minyak buah avocado mempunyai banyak kebaikan?
Buah avocado kaya dengan Vitamin A, B,D dan E. Kita selalu dengar Vitamin E untuk menghilangkan parut luka kan? Tahukah anda khasiat dari minyak avocado juga  boleh membantu anda mendapatkan kulit yang lebih sihat! Bukan sahaja kulit muka, malahan khasiat avocado sangat berguna untuk kesihatan kulit kepala. Avacador dikenali keran manfaatnya bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan.

Avocado adalah agen anti-oksida yang sangat berkesan. Anti-oksida inilah yang bertindak sebagai anti-penuaan dan membantu mengurangkan garis-garis penuaan di wajah anda! Minyak avocado telah terbukti merangsang penghasilan kolagen dalam kulit kita (collagen boaster) dan juga bertindak sebagai pelembap kulit (moisturizer) bagi mengekalkan kulit kekal terhidrasi. Continue Reading ➞

3 Jadual Diet Yang Betul Membuatkan Anda Ramping Menawan

diet-sehat-dengan-mengatur-pola-makan

Kita kadang-kadang mengamalkan sikap sambil lewa tentang jadual makan seharian.Sehingga terlepas sarapan pagi. Tetapi kita terus gabung sarapan pagi dengan makan tengahari sekaligus. Ada yang panggil “brunch”kan? Tak bagus tu. Jadi, jom kita tengok jadual masa makan yang baik untuk kita lengkapkan jadual pemakanan seimbang kita dengan pengambilan nilai kalori yang betul.

Sarapan pagi: 7.00 – 8.30 pagi.

Makan tengahari: 12.00 – 2.00

petang Makan malam: 6.30 – 8.30 malam

Nak Kuruskan Badan? Jangan Culas Kira Kalori Harian

Nampak tak jadual pemakanan yang bagus untuk kita? Disiplin kena ada kalau ada hajat besar untuk kuruskan badan. Kalau tak, memang payah dan agak mustahil untuk turunkan berat badan. Nak Kuruskan Badan? Jangan Culas Kira Kalori Harian

Continue Reading ➞

Kempiskan Perut Dalam Masa 2 Hari

7-conselhos-para-perder-barriga

Seperti mana yang kita tahu,masalah perut boroi atau buncit adalah perkara paling ditakuti oleh lelaki dan juga wanita. Salah satu faktor bagi mereka yang mengalaminya adalah disebabkan lemak yang berlebihan disekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan.Kebiasaannya kaum  lelaki lebih cepat mengalami masalah perut buncit kerana cara permakanan  mereka tidak terkawal berbanding kaum wanita.

 

Jadi untuk mengatasi masalah ini,saya ingin berkongsi petua kempiskan perut dengan cepat dan selamat 🙂

Continue Reading ➞

Menakjubkan! Minuman yang Mampu Meleburkan Lemak Anda Dengan Hanya 2 Minit untuk Penyediaannya….

Resepi Minuman Leburkan Lemak

tea-ginger-lemon-mint

  • 8 uncang teh hijau, sebaik-baiknya berkafein
  • 8 cawan air ditapis
  • ½ timun, dihiris nipis (saiz sederhana)
  • 1 oren besar dihiris nipis
  • 1 lemon, dihiris nipis
  • 1 sudu teh halia segar (diparut)
  • 4 helai daun pudina segar

Arahan: Continue Reading ➞

8 Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Diet..

jam-makan-untuk-diet

Kelihatan seperti tidak logik, menurunkan berat badan tanpa perlu melakukan diet. Melakukan diet ketat dan berlatih gym sering dianggap sebagai pilihan yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Tapi memandangkan jadual sibuk kita sehari-hari, diet dan bersenam tidak semua orang mudah melakukannya. Kita seringkali akan meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada diet atau bersenam selama berjam-jam di gym. Selain diet dan program sukan dapat membantu dalam menurunkan beberapa kilogram dalam masa yang singkat, tetapi penurunan berat badan ini hanya sementara. Dengan berhenti diet, kemungkinan berat badan yang sudah hilang akan kembali lagi. Continue Reading ➞